DUA BELAS

147 11 13
                                    

Hari yang ditunggu-tunggu oleh Syuzana tiba juga.

Harini Asyiif dan dia akan keluar bersama walaupun ada kakak dia. Kira keluar bersama jugak lah kan?

Uminya belum memberikan kata putus lagi. Kata umi, dia mahu melihat dulu Asyiif di depan mata baru dia setuju. Haih, tapi nasib baik hubungan dia dan Asyiif umi tak marah langsung. Umi cuma nasihatkan aje jangan berlebihan.

"Menungkan apa tu puteri walid?" Tegur Encik Syamil, walid kepada Syuzana. Tempat disebelah Syuzana diambilnya.

"Kalau umi tak bagi keluar macam mana?" Soal Syuzana kepada walidnya. Encik Syamil sudahpun bagi lampu hijau. Tinggal Puan Nabila aje.

Bahu Syuzana diusapnya Encik Syamil lembut. Sayang sangat dia dengan anak tunggalnya itu. Diikutkan hatinya memang tak mahu dia benarkan Syuzana keluar namun setelah dia mendengar nama penuh Asyiif keluar daripada mulut anaknya terus dia bersetuju. Asyiif Mikail? Memang dia kenal sangat budak itu termasuk keluarganya sekali. Namun anaknya itu langsung tak tahu perihal itu. Atau kata lainnya tak ingat.

"Kalau budak tu baik mesti umi benarkan...jangan risaulah..." Pujuk Encik Syamil.

Syuzana mengeluh sesekali memandang jam tangannya. Kejap lagi pasti Asyiif akan sampai. Dia hanya mampu berharap uminya membenarkan dia keluar dengan Asyiif. Kalau tak, buat penat aje dia bersiap bagai nak rak macam ni.

Encik Syamil hanya tersenyum melihat tingkah laku anaknya yang asyik termenung itu.

'Walid yakin, mesti umi akan benarkan....' Desis hati Encik Syamil.

Bunyi deruman kereta kedengaran di luar rumah Encik Syamil dan Puan Nabila. Encik Syamil menjengah ke tingkap untuk melihat siapa dan dia tersenyum lebar.

"Haaa..dah sampai dah.." Ujar Encik Syamil. Syuzana memandang walidnya dengan riak wajah siapa datang?

"Bila sayang, Asyiif nya dah sampai..." Laung Encik Syamil kepada isterinya, Puan Nabila.

Puan Nabila terkocoh-kocoh menuju ke ruang tamu rumahnya. Pintu rumah dibuka untuk membenarkan Asyiif dan kakaknya masuk.

Syuzana yang duduk diatas sofa mula bangun. Rasa berdebar muka bertapak di hati. Ceh, macam nak kena pinang pulak.

"Jemput masuklah Asyiif....haih, dah besar dah kamu ya makcik tengok. Makin handsome! Kamu pun Afiqah! Makin cantik makcik tengok." Ujar Puan Nabila mesra. Dia mempelawa Asyiif dan kakak Asyiif, Afiqah masuk.

Asyiif dan Afiqah masuk ke dalam rumah. Mereka berdua tersengih sendiri. Tak sangka rupanya umi dan walid Syuzana merupakan kenalan ibu dan abah mereka sendiri!

"Jemput duduk..." Pelawa Encik Syamil. Asyiif menyalami tangan Encik Syamil sebelum mengambil tempat duduk. Begitu juga Afiqah, dia menyalami tangan Puan Nabila dahulu.

"Haa, kamu Syuzana. Pergi ambikkan air dekat dapur. Umi dah siapkan, tolong bawak ke depan." Arah Puan Nabila.

Syuzana akur. Dia terus menuju ke dapur dengan tanda tanya yang meninggi dalam dirinya.

Nama Asyiif memanglah uminya tahu kerana dia yang bagitahu. Tapi nama kakak Asyiif? Dan, kenapa uminya menegur Asyiif seolah-olah umi dah kenal lama? Apa semua ni...?

Air dihidangkan oleh Syuzana. Tanpa dipelawa tempat disebelah walidnya diambil.

"Ibu dengan abah macam mana? Sihat? Makcik dah lama tak jumpa diaorang berdua. Nak jumpa ni hah pakcik tu asyik sibuk aje..." Ujar Puan Nabila. Encik Walid hanya tersengih.

"Eh, dia yang tak tanya kita pun. Cakap kita sibuk pulak." Balas Encik Syamil.

Asyiif dan Afiqah hanya tertawa. Manakala, Syuzana disebelah Encik Syanil terdiam. Otaknya cuba mencerna kata-kata umi dan walidnya.

Lelaki Berambut Hutan RimbaWhere stories live. Discover now