EMPAT BELAS

136 12 2
                                    

"Tahniah, puan. Puan mengandung 2 minggu." Ujar Syuzana. Dia tersenyum kepada pasangan suami isteri di hadapannya.

Suami isteri itu memeluk sesama sendiri. Kepala si isteri diusap si suami banyak kali. Diciumnya pipi isterinya bertalu-talu. Sungguh bahagia mereka dengan kehadiran anak pertama mereka yang bakal lahir nanti.

Syuzana hanya mampu tersenyum. Tak mahu mengganggu pasangan muda itu. Ya, memang muda. Mereka berdua baru 20 tahun. Alahai, indahnya kalau dia dalam situasi macam tu. Berkahwin, mempunyai anak. Syuzana hampir tergelak apabila tersedar dia sudah berangan terlalu jauh. Haih, walaupun dia sudah 27 tahun statusnya masih single. Tak tahulah bila nak tukar status married. Ada ke orang nak dekat dia?

Huh, doktor cantik kut. Gila tak ada orang nak? Patient lelaki yang datang selalunya mesti tak lepas pandang dia. Tu dia kata tak ada orang nak dekat dia? Mungkin dia terlalu memilih...atau?

"Doktor?" Panggil Hanizah selaku jururawat di situ.

"Hello.......doktor Syuzana!" Kali ini suara Hanizah meninggi.

Syuzana masih tidak menyahut. Terlalu asyik dengan dunia sendiri agaknya. Sampaikan patient dah keluar langsung tak sedar.

Meja ditepuk Hanizah kuat.

"EHJOMKAHWIN!" Latah Syuzana kuat. Mukanya menjadi merah. Ditamparnya lembut mulutnya yang nakal itu.

"Kau berangan nak kahwin eh...." Usik Hanizah.

"Taklah..." Nafi Syuzana. Dia cuba beriak biasa.

"Alah. Aku kenal kau dah lama. Tak payah nak nafikan lagi. Cepat ngaku! Kau fikir pasal kahwin kan!" Kata Hanizah lantang. Sengaja ingin mendesak kawannya itu.

Syuzana mengeluh.

"Em, aku fikir pasal kahwin tadi. Yelah, aku dah 27 tahun kut. Kau pun dah kahwin. Aku ni........huh lambat betul jodoh sampai. Mungkin jalan kaki kut." Ujar Syuzana selamba.

Hanizah hampir tergelak. Alahai, Syuzana ni walaupun dah jadi doktor kesengalannya masih ada. Nasib baik depan pesakit tak tunjukkan kesengalan dia. Kalau tak, mungkin makin teruk sakit yang dialami oleh setiap pesakit.

"Eleh. Ada je banyak laki nak dekat kau. Kau je yang tolak. Cakap tak berkenanlah, perangai tak senonohlah, pemarahlah. Terus terang ajelah Syu, kau sebenarnya masih sayangkan Asyiif kan? Sebab tu kau tak pernah terima lelaki lain. Betul tak?" Tebak Hanizah.

Syuzana jeda.

"Doktor Sophea dah balik?" Dalih Syuzana tiba-tiba. Sengaja dia bertanya walaupun sudah tahu jawapannya. Dia cuma ingin menukar topik aje.

"Ah. Takde-takde. Jawab dulu soalan aku." Ujar Hanizah.

Syuzana menelan air liurnya kesat. Uh, kenapalah dia begitu lemah dengan topik sebegini?

"Er...aku dah tak sayangkan dialah!" Nafi Syuzana. Jarinya mengetuk permukaan meja tanpa henti. Tanda dia sedang gelabah.

"Yelah tu..." Balas Hanizah. Dia tahu apa isi hati Syuzana. Tahu sangat...

"Balik jom?" Ajak Syuzana.

Hanizah mengerling jam pada tangannya. Em, jam 8.30 malam.

"Em, jomlah. Patient pun takde." Kata Hanizah. Dia beredar daripada bilik Syuzana. Yalah, doktor kan. Mesti ada bilik sendiri.

Mereka berdua termasuk dua orang lagi jururawat mula berkemas untuk menutup klinik.

Poliklinik Ana pada hari itu ditutup jam 8.45 malam. Syuzana tersenyum sendiri sebelum beredar pergi. Klinik itu kepunyaannya. Hadiah daripada walid kepadanya. Sememangnya pekerjaan sebagai seorang doktor amat menarik minatnya sejak dari kecil. Dia suka merawat orang lain. Dan disebabkan itulah dia belajar bersungguh-sungguh dan alhamdulillah berjaya juga dia mencapai impiannya.

Lelaki Berambut Hutan RimbaWhere stories live. Discover now