ENAM BELAS

150 13 0
                                    

"Apa maksud awak, Asyiif? Jangan main-main boleh tak?!" Marah Syuzana. Tak suka kalau Asyiif hanya main-main ingin tebus janji mereka dulu. Janji itu melibatkan soal hidupnya.

"Saya tak main-main. Saya dah bertekad Syuzana..." Jelas Asyiif.

Syuzana menelan air liurnya kesat.

"Tak perlulah awak nak tebus janji tu. Saya rasa tak perlu pun..." Balas Syuzana.

Muka Syuzana dipandang Asyiif tanpa berkelip.

"Saya rasa perlu Syuzana. Saya dah janji tapi saya mungkiri. Saya tahu awak terseksa selama ni. Semuanya salah saya..." Ujar Asyiif.

"Tapi..tak perlulah sampai macam tu sekali. Awak yakin ke dengan keputusan awak ni? Awak jangan buat semua ni sebab saya je! Saya tak kisah kalau awak tak tunaikan janji tu pun. Sebab mungkin awak dan saya memang tak ada jodoh..." Kata Syuzana lemah.

Asyiif tersenyum tipis.

"Saya dah buat istikharah Syuzana... Mungkin ini adalah keputusan yang terbaik..." Ujar Asyiif.

"Awak hanya buatkan diri awak terseksa nanti. Mana mungkin awak akan cintakan saya Asyiif!" Marah Syuzana. Jujur, dia sebenarnya mahu janji itu ditunaikan namun setengah daripada dirinya tidak mahu. Kerana mungkin Asyiif sudah ada orang lain. Kerana itulah Asyiif tak pernah berhubung dengannya selama 7 tahun.

"Siapa kata saya tak cintakan awak? Saya cintakan awak...cuma cinta tu tak mampu diluahkan lagi. Awak dan saya masih belum halal lagi Syuzana. Mungkin apabila kita kahwin perasaan tu akan bertambah mekar. Kita cuba ya? Saya yakin ini yang terbaik." Balas Asyiif.

Syuzana terdiam. Patutkah dia ikut aje? Lagipun Asyiif pun ada mengatakan dia sudah melakukan istikharah. Tapi dia...? Adakah dia bersedia ingin menjadi seorang isteri kepada lelaki yang dicintainya ini..?

"Suka hati awaklah..." Gumam Syuzana perlahan namun cukup untuk didengari Asyiif.

Asyiif tersenyum. Kalau dah suka hati tu maknanya Syuzana setujulah.

"Nanti esok ibu dan abah datang meminang awak. Saya rasa tak payah tunanglah. Kahwin terus..." Ujar Asyiif selamba. Memang itu pun kehendak ibunya. Benda yang baik buat apa dilambatkan? Lagipun dia turut bersetuju kerana dia inginkan mulakan kehidupan yang baru bersama Syuzana. Kehidupan lamanya ketika di Jepun harus dibuang daripada memorinya. Kerana memori itu perlu dirahsiakan daripada pengetahuan Syuzana.

"Hmm.." Hanya deheman balasan daripada Syuzana. Dia sebenarnya terlalu malu untuk melihat ataupun bercakap dengan Asyiif. Like seriously?! Esok keluarga Asyiif nak meminang dia..?!

Luka di tangan Asyiif dibalut Syuzana tanpa apa-apa suara.

"Dah..lain kali jaga diri. Kalau luka ke cedera lagi pergi klinik lain sebab saya takkan terima." Ujar Syuzana.

Asyiif hanya tersengih. Tahu apa maksud di sebalik kata-kata Syuzana itu. Syuzana sebenarnya terlalu risaukan dia!

"Ye lah Doktor Syuzana." Balas Asyiif.

Syuzana tidak menunjukkan sebarang reaksi. Ceh, sebenarnya dia tengah tahan senyum tu.

Asyiif menunggu sehingga Syuzana selesai berkemas dan mengunci kliniknya. Dia meneman Syuzana hingga Syuzana sampai ke kereta.

"Jangan lupa esok." Asyiif mengingatkan Syuzana lagi.

"Yelah. Saya tahu." Ujar Syuzana. Berapa kali tah agaknya nak ingatkan.

"Take care.. Nanti jangan lupa makan ubat. Saya tahu awak demam Syuzana. Saya boleh rasa haba awak. Btw, awak cantik dengan tudung tu. Assalamualaikum." Ujar Asyiif lalu beredar daripada situ.

Lelaki Berambut Hutan RimbaWhere stories live. Discover now