DUA PULUH EMPAT

143 15 6
                                    

"You better tell me everything Azri...." Pinta Syuzana bersama air mata yang mengalir.

Azri tergamam. Rasa bersalah mula menyelubungi dirinya. Ikutkan hati ingin saja dia beritahu tapi apa pula kata abangnya nanti. Tak pasal-pasal dituduh menyibuk. Azri mengeluh.

"Azri...please.. Akak tahu Azri know everything kan?" Pinta Syuzana lagi. Ditatapnya wajah adik iparnya itu sedalam-dalamnya.

"Err...better akak tanya abang," ujar Azri. Diramas-ramasnya tepi bawah bajunya kerana gemuruh.

"Akak tak boleh Azri....hati akak sakit sangat! Abang meracau dalam tidur dia and he called me Zulaikha! Who is Zulaikha?! Siapa dia...?" Tanya Syuzana. Suaranya mula mengendur. Air matanya sudah kembali mengalir dengan deras.

Azri terkedu. Dia berasa bersimpati dengan kakak iparnya.

"Zulaikha arwah isteri abang...." Ujar Azri dalam satu nafas.

"Si— apa?"

"Arwah isteri abang dekat Jepun dulu..." Ulang Azri.

Dan Syuzana terjelopok jatuh ke lantai.

"Azri tak tipu kan?" Tanya Syuzana. Dia tersenyum tawar walaupun air mata masih tidak berhenti mengalir.

Azri menggeleng.

"Azri tak tipu akak. Zulaikha arwah isteri abang..."

"Kiranya akak ni isteri kedua abang?" Soal Syuzana. Dipandangnya wajah Azri untuk meminta kepastian.

Azri rasa ragu-ragu untuk menjawab. Dia tak mampu melihat kakak iparnya selemah ini. Ah, kenapalah abangnya itu perlu rahsiakan kepada kakak iparnya? Sekarang dia yang rasa bersalah untuk berterus-terang.

"Betul kan?"

Nak taknak Azri terpaksa mengangguk juga. Itu kenyataannya.

Syuzana tersenyum tipis.

"Terima kasih sebab bagitahu akak segalanya Azri." Ucap Syuzana. Dia bangun dan beredar dari situ. Pintu klinik ditujunya.

"Akak nak ke mana?" Tanya Azri apabila melihat kakak iparnya itu membuka pintu klinik.

"Akak tak kerja harini. Nak balik rumah umi akak. I need space. Dan kalau abang cari akak kat klinik cakap dengan dia Azri tak tahu. Please?"

Azri mengeluh dan dia mengangguk. Kakak iparnya itu sememangnya perlukan ketenangan. Dia tahu perkara yang baru diketahuinya amat menyakitkan. Siapa je tak sakit kalau suami sendiri merahsiakan perkara yang serius macam tu?

******

Syuzana pulang ke rumahnya untuk mengemas barang-barangnya. Sungguh dia tak tahu berapa lama dia ingin menjauhi Asyiif. Tapi apa yang dia tahu hatinya begitu sakit sekali dengan rahsia suaminya. Kenapa suaminya begitu tegar menganggapnya Zulaikha? Huh, pasti Zulaikha cantik orangnya.

Syuzana bergerak ke meja Asyiif pulak. Kenyataan yang meja itu adalah meja Asyiif sudah cukup membuatkan dia meluat. Tika ini segala benda tentang Asyiif dia tak mahu dekati tapi apakan daya dia perlu mengambil pengecas telefonnya yang diletakkan atas meja suaminya itu.

Pengecas diambil. Tapi matanya tiba-tiba saja terpandang sesuatu di dalam bekas pen suaminya.

Kunci?

Syuzana menyambar kunci itu. Dia membelek-belek kunci itu dan baru dia sedar itu adalah kunci laci meja suaminya itu. Memang dia tahu ada satu laci yang suaminya sengaja kuncikan.

Dia mula rasa ingin tahu yang tinggi. Kenapa ada satu laci berkunci? Ada juga dia tanyakan suaminya. Namun apa yang dijawab suaminya kunci dah hilang lagipun laci itu kosong. Nampaknya suaminya sudah menipu dirinya.

Lelaki Berambut Hutan RimbaWhere stories live. Discover now