LIMA

162 15 6
                                    

"NI KENAPA NI?!" Jerit seseorang yang bersuara garau. Serentak Aira dan Syuzana memandang pemilik suara itu.

Gulp!

Serentak Syuzana dan Aira memandang arah suara garau itu datang. Dan tajam pandangan mata pemilik suara itu merenung Syuzana dan Aira.

Cikgu Borhan misai tebal!

Gulp!

Gulp!

Gulp!

Semua pelajar di kantin itu senyap memandang cikgu disiplin sekolah mereka itu.

Allah, luluh jadinya mereka tatkala melihat Cikgu Borhan. Sudahlah datang bersama rotan di tangan kiri dan kuih apam di tangan kanan. Dengan perutnya yang buncit bergerak atas bawah dengan laju dan kuih apam itu menunjukkan waktu makannya terganggu kerana mereka.

"Kenapa kamu buat kecoh dalam kantin?" Soal Cikgu Borhan. Kuih apam yang tinggal separuh yang dipegangnya itu dimakan terus. Mencerlung matanya memandang Syuzana dan Aira.

"Kamu, Syuzana dan kamu.....? Siapa nama kamu?" Soal Cikgu Borhan sebaik saja dia memandang Aira. Dia memang kenal Syuzana disebabkan Syuzana adalah top student sekolah.

"Aira..." Jawab Aira. Hampir tak terkeluar suaranya kerana ketakutan.

"Kamu berdua ikut saya ke bilik disiplin sekarang!" Arah Cikgu Borhan. Syuzana dan Aira akur. Kalau tak ikut memang cari nahaslah.

Semakin cuak Syuzana dan Aira apabila perjalanan ke bilik disiplin mereka terserempak dengan budak kelas. Bertambah harunya Asyiif turut ada sekali.

Hampir tersembul mata budak kelas lelaki mereka kerana melihat keadaan Aira dan Syuzana yang dalam keadaan yang kotor. Seorang bajunya berwarna merah kerana air sirap. Seorang lagi tudungnya turut berwarna merah kerana sambal.

Tergeleng kepala Asyiif dibuatnya.

'Tak sangka ganas jugak Syuzana ni,' bisik hati seseorang.

Sampai saja di bilik disiplin Aira dan Syuzana diceramah kaw-kaw oleh Cikgu Borhan. Tergoyang-goyang perutnya yang buncit itu apabila tangannya menepuk meja ketika dia tengah membebel. Peluhnya merecik-recik walaupun di dalam bilik disiplin itu sudah terpasang penghawa dingin.

"Lain kali kalau kamu buat hal lagi saya telefon ibu bapa kamu!" Kata Cikgu Borhan. Dapat dilihat air liurnya terkeluar ketika bercakap dan air liurnya itu terkena muka Aira. Kembang kempis hidung Aira dibuatnya.

'Keluar dari sini memang aku samak hidung aku ni.' Omel Aira sendirian dalam hati.

"Kamu boleh masuk ke kelas," arah Cikgu Borhan setelah setengah jam membebel kepada mereka.

Sebaik saja mereka keluar dari bilik disiplin, terus mereka saling menjeling antara satu sama lain.

"Kita musuh!" Jerit Aira lantang. Syuzana hanya beriak biasa sambil berdecit.

'Fikir aku heran,' desis hati Syuzana.

****************

Pelajaran pada hari itu berjalan dengan lancar walaupun Syuzana dan Aira terpaksa menahan malu kerana keadaan baju dan tudung mereka.

Syuzana pulang pada jam 3 petang pada hari itu. Sebaik saja dia pulang habis dia diceramahkan uminya kerana baju sekolahnya yang berwarna merah. Namun dia hanya tersenyum dan memberitahu bahawa tak tersengaja tumpahkan air sirap.

Petang itu, Syuzana membuat keputusan untuk keluar. Tudung bawal disarungnya.

"Umi, Syu nak keluar jap amik angin", Syuzana meminta izin uminya. Puan Nabila mengangguk mengiyakan sambil tersenyum.

Sampai saja di padang yang berdekatan dengan taman permainan Syuzana terberhenti seketika.

Ada perlawanan bola.

"Handsome jugak pemain hari ni. Mesti budak dari Masai ni," sempat Syuzana melihat wajah-wajah pemain bola yang sedang bermain bola itu. Alah, cuma perlawanan persahabatan antara taman-taman je.

Syuzana mengambil tempat dibawah pokok untuk menyaksikan perlawanan itu. Memang agak ramai yang menyaksikan perlawanan pada petang itu. Tapi kebanyakannya perempuan. Memang niat nak cuci mata di petang harilah.

Entah mengapa, susuk belakang seorang pemain bola di padang itu menarik minat Syuzana. Khusyuk Syuzana memandang belakang pemain itu. Bagi Syuzana, dia seperti kenal dengan belakang itu namun dia tak mampu mengenalpasti siapa. Apa yang dia tahu, pemain itu benar-benar kelihatan bergaya dan hebat ketika menggelecek bola. Syuzana terpaku melihat pemain itu.

Tanpa dia sedari, tangannya lincah mengambil telefon pintarnya dari poket seluarnya. Aplikasi kamera dibuka dan telefonnya dihalakan kepada pemain itu.

Klik!

Gambar diambil dan pada ketika itu pemain itu memandangnya.

Hampir luruh jantungnya kerana pemain itu adalah Asyiif. Dan bertambah luruh lagi kehadirannya di situ disedari oleh Asyiif kerana Asyiif begitu asyik merenungnya kini.

Tiba-tiba..

Dush!

Bola yang datang entah dari mana terkena kepala Asyiif.

"ASYIIF!!!!" Jerit Syuzana tanpa dia pinta. Tindakan refleks barangkali. Orang di sekelilingnya sudah merenungnya tajam.

Tanpa dia sedar dia telah berlari ke tepi padang untuk melihat Asyiif yang sudah dibawa ke tepi padang.

"Awak okey?" Kalut Syuzana bertanya tanpa berasa malu walaupun ramai orang merenungnya. Malah jurulatih pasukan Asyiif juga turut merenungnya namun kemudian tersenyum sendiri.

'Budak-budak...' bisik hati jurulatih itu.

"Saya okey. Cuma pening sedikit." Balas Asyiif jujur. Entah kenapa dia berasa senang dengan kehadiran Syuzana. Pada mulanya dia memang agak terkejut melihat Syuzana yang menontonnya bermain dan kemudian dia mula terleka daripada permainan apabila Syuzana mula menghalakan telefon kearahnya.

'Betul ke dia ambil gambar aku?' Soal hati Asyiif lagi. Tak mahu terfikirkan perkara itu lagi, botol 100 plus diambilnya. Tutup botol dibukanya lalu air diteguk rakus.

"Err..saya nak kembali bermain." Ujar Asyiif. Syuzana yang tadi terleka melihat Asyiif tersentak. Mukanya membahang kerana berasa malu.

"Oh..ahh..pergilah. Goodluck. Harap awak dapat jaringkan gol," Syuzana tersenyum selepas berkata. Dia kemudian kembali ke tempat duduknya. Namun apabila melihat tempatnya sudah diambil orang dia lantas pulang ke rumah.

Bukannya dia tak mahu melihat Asyiif beraksi di padang, tapi kerana tempat yang sudah penuh dan dia yang berasa malu kerana lantas meluru kearah Asyiif tanpa malu tadi terus membantutkan niat ingin terus menonton.

Pemain di padang bermain dengan bersungguh-sungguh walaupun perlawanan pada petang ini sekadar perlawanan persahabatan.

Bola dihantar pada Asyiif. Dengan bergaya Asyiif menyambut bola itu dengan kakinya. Bola itu langsung tidak dapat digelecek pemain lain apabila sudah berada di kaki Asyiif. Seperti digam saja pada kaki Asyiif. Apabila berada dekat dengan gol, Asyiif lantas menyepak bola itu sekuat hatinya. Pemain pertahanan pihak lawan yang tidak berada dekat dengan Asyiif memudahkan kerja Asyiif dan...

GOLLLLL!

Walaupun sepakannya kearah gol tidak sehebat pemain bola, Mohd Faiz Subri. Namun, sepakan itu berjaya menjaringkan gol pertama untuk pasukannya.

Setelah 87 minit bermain akhirnya pasukan Asyiif berjaya menjaringkan gol. Asyiif mencari-cari kelibat seseorang namun hampa, kerana seseorang itu tiada. Bahu Asyiif ditepuk lembut.

"Kau okey?" Soal Fendi. Kawan sepasukan Asyiif. Asyiif mengangguk.

"Jom sambung main. Lagi 3 minit je ni. InsyaAllah kita boleh menang." Ujar Asyiif. Perasaan kecewa tadi dicampak jauh-jauh. Entah kenapa dia terlalu inginkan seseorang itu melihatnya menjaringkan gol. Malah, sejak kebelakangan ini dia juga seringkali mengingati seseoarang itu. Apa sebenarnya berlaku dengan dia?


Tbc
16/12/2016 - ....

Lelaki Berambut Hutan RimbaWhere stories live. Discover now