DUA PULUH ENAM

158 12 0
                                    

Syuzana termenung sendirian melihat jendela di bilik hospital itu. Entahlah. Jiwanya terasa kosong. Perlahan-lahan tangan kirinya dibawa ke perutnya. Serentak itu, air matanya mengalir sama. Air mata itu menjadi deras dan akhirnya dia mula meraung. Dia menumbuk-numbuk dadanya dengan kuat dan menjerit sekuat hatinya. Tak cukup dengan itu dia ambil gelas yang berada diatas meja sebelah katil. Dengan sekuat hati dia bawa gelas kaca itu ke kepalanya dengan mata yang sudah dipejam rapat. Biarlah...biar dia mati aje. Biar dia ikut anaknya. Dia pembunuh! Pembunuh anaknya!

"Nurul Syuzana Hanani!" Namanya dipanggil membuatkannya tersentak. Terlepas genggaman pada gelas kaca itu.

Prang!!

Gelas itu pecah. Syuzana kembali menangis. Apatah lagi namanya disebut oleh suami sendiri.

"Shh..janganlah macam ni sayang.." Pujuk Asyiif lembut. Dipeluk tubuh lemah isterinya itu dan diusap lembut belakangnya.

"Anak kita dah mati! Saya bunuh dia...." Ujar Syuzana dalam esak tangisnya.

"Mungkin ni bukan rezeki kita...sayang redha ya? Terimalah qada' dan qadar ni. Jangan sampai nak bunuh diri sayang..." Tutur Asyiif. Menitis setitik air matanya melihat keadaan isterinya itu.

Syuzana masih menangis. Sebak Asyiif melihatnya. Semua ni berpunca daripada dia. Kalau dia tak rahsiakan mengenai Zulaikha pasti isterinya tak akan bertindak sebegini.

"Sayang rehat ya?" Pujuk Asyiif. Pelukan dileraikan dan dipandang wajah isterinya penuh kasih.

Syuzana tercebik-cebik. Dan kembali menangis.

"Awak jahat!" Jerkah Syuzana.

Asyiif terkejut.

"Apa maksud sayang?" Tanya Asyiif ingin tahu.

"Awak tipu saya!"

"Tak..abang tak tipu sayang pun..." Balas Asyiif. Tangan isterinya itu diraih namun Syuzana pantas menarik tangannya.

"Dahlah..awak tak payah nak tipu saya. Takpayah nak ambil berat pasal saya! awak pergi! Saya benci awak!" Jerit Syuzana lantang. Ditolak Asyiif menjauhinya. Dia kembali baring dan berselubung dirinya dengan selimut.

Asyiif mengeluh lemah. Dah dua hari isterinya begini. Adakalanya dia tak kisah dengan kedatangannya. Adakalanya juga akan mengamuk jika dia datang melawat. Tapi, mujur saja waktu malam ketika dia menjaga isterinya itu, isterinya tidak terjaga. Bimbang juga sekiranya isterinya itu mengamuk.

Dengan langkah yang longlai Asyiif beredar pergi juga.

"Nanti jururawat masuk bersihkan kaca tu. Sayang jangan bergerak tau.." Ujar Asyiif sebelum dia benar-benar keluar dari bilik yang menempatkan isterinya itu.

******

"Weh, janganlah macam ni. Makanlah sikit." Pujuk Hanizah. Perasan simpati melimpah tatkala dia melihat nasib kawan baiknya itu.

Syuzana menggeleng. Dia termenung dan matanya sudah bergenang dengan air mata.

Hanizah mengeluh perlahan. Benarlah apa yang umi Syuzana khabarkan, Syuzana asyik termenung aje kerjanya. Lepastu dia akan menangis. Teringat pula dia ketika kawan baiknya itu rindukan Asyiif dahulu. Beginilah dia, cuma kali ini lebih teruk. Sampai diajak makan pun tak mahu.

Syuzana yang tadi memandang jendela di bilik itu kini mengalihkan pandangan pada Hanizah pula. Perut Hanizah yang sudah membukit itu dipandang sayu.

"Mesti best kan kalau perut dah membukit macam kau.." Lirih Syuzana berkata.

Hanizah terdiam dengan kata-kata Syuzana itu.

"Syu....."

"Aku nak mengandung macam kau. Tapi aku jahat....aku bunuh anak aku sendiri..." Syuzana mula teresak-esak kembali.

Lelaki Berambut Hutan RimbaWhere stories live. Discover now