1

7.4K 415 20
                                    

"ADOILAH, lenguh kaki kite." Ayen merungut sendirian dalam keriuhan orang ramai. Rendah perlahan aje suaranya, cukup untuk dia seorang yang dengar. Ini nasib baik sejak kecil lagi cita-cita memang nak jadi 'isteri abang Shin' aje. Kalaulah bercita-cita jadi model catwalk, sumpah Ayen tak tau apa jadi pada hidup dia sekarang. Mesti tulang belakang dah retak dan tumit kaki pula terkehel.

Ayen dan high heels... memang bukan kombinasi yang sesuai. Sebab ni Ayen dah cakap nak pakai kasut converse je untuk majlis kahwin ni tapi ibu pula awal lagi dah bagi red light. Red light ya... maknanya, jangan nak mengada-ngada. Ada ke patut ibu cakap Ayen sengaja nak perasan hipster pakai kasut converse dengan baju kahwinnya. Ceh! Ingat Ayen suka la? Masalahnya Ayen memang tak boleh pakai high heels. Tengok apa jadi dengan dia sekarang? Jalan pun mengalahkan penguin.

Dahlah pengantin lelaki tinggal dia seorang-seorang. Huwaa...sedihlah macam ni! Nikah baru beberapa hari tapi dah kena tinggal seorang-seorang macam ni. Tahulah abang Shin kahwin sebab nak kasi cukup syarat je. Tapi kut ye pun behave la sikit depan orang ramai macam ni. Aiyoo...nasib baik la hensem. Nak marah pun tak sampai hati.

Pandangan Ayen lemparkan di sekeliling dewan resepsi tersebut. Hmm... tak nampak pun kat mana keberadaan encik suami kesayangannya tu. Biasa nampak je Shin kat mana-mana. Duduk Dataran Merdeka pun Ayen boleh kenalpasti abang Shinnya yang mana satu. Tapi ni dah lepas nikah boleh pula jodoh makin kabur.

Hailah, apa yang kau merepek ni Yen?

Ayen capai segelas air atas meja. Terus diteguk habis memandangkan tekaknya memang kering tika ini. Penat juga rupanya jadi pengantin ni. Tambah pula diorang bernikah baru dua hari lepas. Penat majlis akad nikah tak habis lagi, sambung pula dengan majlis resepsi ni. Inipun dah kira nasib baik tak bersanding lagi sekali.

Shin yang tak nak. Dia nak buat majlis santai dimana pengantin tak payah nak duduk bersanding atas pelamin. Dia kata tu semua poyo. Ada ke patut? Berhabis juga la dibantah oleh ibu bapa diorang tempoh hari. Sudahnya, atas budi bicara, Shin bersetuju untuk duduk bersanding lepas akad nikah dua hari lepas je. Itu ajelah. Majlis resepsi ni jangan harap!

Tapi Ayen sebenarnya bersyukur. Ye la... dia pun bukannya suka duduk macam mannequin depan orang ramai. Berjalan macam ni lagi selesa berbanding duduk diam. Jangan tak tahu Ayen ni jenis yang tak reti duduk diam. Berjalan aje tahunya. Cuma hari ni pergerakan terbatas gara-gara high heels. Nak cari encik suami pun tak jumpa-jumpa sejak tadi.

Ah, jumpa dah! Ayen tersenyum tatkala terlihat wajah kacak Shin tak jauh dari tempatnya berdiri. Laju gelas kosong ditangannya diletakkan di atas meja semula sebelum dia atur langkah menuju ke arah meja yang diduduki oleh Shin.

"Ya ampun... Addin! Habislah rosak mekap groom tu." Suara itu menerpa pendengaran Ayen ketika dia semakin hampir ke meja tersebut. Dia nampak seorang kanak-kanak sedang berada di pangkuan Shin ketika ini. Orang-orang kat meja tu je yang tak sedar kehadiran Ayen lagi. Ayen mengira dalam diam. Ada dua orang wanita dan tiga orang lelaki, selain Shin.

Hmm... kawan-kawan dia? Setahu Ayen, rakan sekerja Shin dia kenal semuanya. Tapi setiap wajah di meja tersebut, semuanya asing di mata Ayen.

"Edd, aku tak pakai mekap okey. Ni kehenseman natural, okay." Suara Shin kedengaran jelas semakin Ayen menghampiri.

"Ceh, perasan! Kau jangan nak auta aku la, Shin." Suara wanita yang sama.

"Eh, aku cakap betul okey. Kau jangan nak meragui kekacakan aku ni."

Abang Shin memang kacak pun. Ayen iyakan dalam hati. Kalau tak kacak, tak adanya Ayen nak angau dari dulu sampai sekarang. Dan Ayen sampai ke meja tersebut. Uhuk uhuk... lepas bersusah payah merentas hall dengan kasut tumit tinggi ni.

Hikayat Pintu SebelahWhere stories live. Discover now