7

4.8K 339 40
                                    

"BETUL ni tak nak?" Shin tanya lagi untuk kesekian kalinya.

Dan Ayen bagi jawapan yang sama. Anggukan tanpa memandang wajah Shin.

"Tak menyesal?" Shin minta kepastian.

Ayen masih mengangguk.

"Are you sure?" Sekali lagi bertanya.

Ayen menjegilkan mata ke sebelah. "Ayen lagi menyesal kalau Ayen ikut abang tau."

Shin memicingkan mata kesebelah. "Alaa... jom la, Yen. Teman abang Shin."

"Tak mau!" balas Ayen beria. "Ayen tak minat la!"

"Movie tu best. Jom, abang Shin belanja." Shin memujuk.

"Abang, ni bukan soal belanja tak belanja. Soalnya Ayen tak minat nak tengok." Ayen dah separuh merayu dah. Penat pula la melayan karenah Shin ni.

Shin, kalau ada yang dia nak, memang macam ni la perangai. Memujuk sehabis daya. Dari pagi tadi, kemain dia memujuk Ayen untuk temankan dia. Bukan pergi mana pun. Tengok wayang je. Entah apa menarik sangat movie tu sampai Shin beria ajak Ayen. Tak putus-putus dia mengajak. Siap ugut lagi.

Masalahnya ugut la apa benda sekalipun, Ayen malas. Kalau hari ahad macam ni, Ayen sungguh malas nak keluar. Dia punya malas tu, tahap nak tidur sepanjang hari kat rumah.

"Ayen tak payah tengok pun tak pe. Ayen temankan abang Shin je."

Ayen garu kepala sendiri yang tak gatal. Apalah tak kena abang Shin aku ni lahai?

"Sejak bila abang keluar nak berteman ni?" Ayen bertanya pelik.

Shin tersengih. Kalau setakat tengok movie, Shin tak kisah tengok seorang. Tapi lepas tu Shin nak pergi makan, itu yang dia beria ajak Ayen ni.

"Jom la. Lepas tu abang Shin belanja Ayen makan." Shin tak jawab soalan Ayen tadi sebaliknya sambung memujuk.

"Ohhhh..." Panjang harakat Ayen membalas. Faham dah, faham dah!

"Sebenarnya abang nak ajak Ayen sebab tak nak makan seorang je nanti kan? Kan?" Ayen serkap jarang dan tekaannya itu tepat terkena sasarannya. Dia cukup arif tabiat Shin yang tak suka makan seorang. Shin pun tak nafikan apabila berterusan tayang sengih.

"Abang balik makan kat rumah je. Karang Ayen masak sedap-sedap," kata Ayen. Dia sungguh-sungguh tak nak keluar.

"Tak nak. Abang Shin nak try satu restoran baru buka tu. Meh la temankan." Shin berterusan memujuk.

Ayen buat muka toya. Bijak betullah Shin ni. Sajalah tu cakap elok-elok sebab nak sangat Ayen temankan dia. Kalau tak, jangan haraplah Shin nak cakap nada macam tadi tu. Asyiklah sarkastik dan sinis memanjang.

"Abang ni..." Ayen merungut. Merungut sebab diri sendiri lembut hati dengan pujukan Shin yang tak seberapa.

"Cepattt," desak Shin seraya menarik tangan Ayen supaya berdiri. Kali ini dah betul-betul paksa rela namanya.

"Haisy... tengok sekarang siapa yang buat perangai macam budak-budak." Omel Ayen.

"Bla bla bla...babang Shin tak mau dengar. Ayen pergi siap cepat."

Tengoklah tu. Shin pun ada childish-nya kadangkala.

"Tengok? Tak betul ke apa abang Shin cakap? Perangai Ayen sama dengan Harley Quinn tu kan?"

Ayen jeling tak puas hati. Malas ah cakap dengan Shin ni. Dahlah paksa orang keluar, lepas tu boleh pula samakan Ayen dengan watak dalam movie yang dia tengok tu. Kalau watak senonoh sikit tak pe la juga.

Hikayat Pintu SebelahWhere stories live. Discover now