32

6.6K 449 38
                                    

TV yang terpasang dipandang tanpa emosi oleh Ayen. Tak ada mood. Hatinya masih lagi geram dengan apa yang dilihatnya di hospital tadi. Sepatutnya jam-jam sebegini, Ayen sudah berlari masuk ke dalam biliknya untuk bersembunyi tetapi tak hari ini.

Sengaja dia duduk di luar ni untuk menunggu Shin. Bukannya tunggu untuk bercakap dengan Shin, sebaliknya menunggu untuk tengok sendiri pukul berapa Shin nak balik. Jam macam ni selalunya Shin dah balik. Entah apa yang menyebabkan dia lambat hari ni.

Jangan-jangan...

Laju Ayen menggelengkan kepalanya tatkala satu andaian melintas dibenaknya. Tak dapat nak membayangkan kalau betul Shin lambat balik kerana masih bersama dengan perempuan yang dilihatnya tadi. Oh tidak! Janganlah. Tolonglah cakap andaian Ayen itu tidak tepat. Minta dijauhkan.

Shin nak layan Ayen dingin Ayen tak kisah walaupun rasa sakit hati tu memanglah ada.

Tapi kalau Shin curang dengan dia, hati serius rasa macam kena tikam bertubi-tubi tanpa belas kasihan.

Ceh... macam ekstrem sangat kan? Tapi memang itulah yang Ayen rasa.

Ayen tak tahu sampai bila dia boleh bersabar dengan situasi hubungannya dengan Shin yang sebegini. Yang jelasnya, dia mula mempersoalkan tentang kesabarannya sendiri.

Ayen makan hati. Who wouldn't? Dia kena reject dengan Shin bukan sekali tapi berkali-kali. And despite all that, she is still here. Masih berharap bahawa Shin akan berpaling dan pandang dia.

Kalau dulu, harapan Ayen masih tinggi. Dan tahap keyakinannya masih lagi ada.

Tapi bukan sekarang. Selepas beberapa bulan ni dia mencuba untuk mengambil hati Shin...dan keadaan mereka tetap sama.

Ayen rasa dia dah letih menunggu.

Bunyi yang datangnya dari pintu utama membuatkan lamunan Ayen hilang begitu sahaja. Shin dah balik. Satu ayat itu yang menerpa mindanya.

Seminit... Shin muncul di ruang tamu.

Ayen terus mengangkat muka lalu pandangannya bertembung dengan Shin.

"Eh? Ada pula Ayen hari ni." Suara Shin berbaur usikan. Jelas sekali untuk mengusik Ayen.

Namun usikan itu tak menjadi apabila Ayen sekadar tayang muka tak berperasaan dengannya.

"Ayen taknak masuk bertapa ke hari ni?" Sekali lagi Shin mengusik seraya melabuhkan duduk disebelah Ayen.

Ayen menjarakkan duduk sambil mata menjegil kepada Shin. Tajam pandangannya.

Terkejut dengan reaksi Ayen terhadap gurauannya, senyuman Shin berganti dengan kerutan dahi.

"Amboi, mata." tegur Shin. Tajamnya jelingan Ayen tadi. Nampak sangat mood dia yang sangat tak elok. "Abang cucuk mata tu karang, biar tak nampak terus. Nak?"

Ayen mencebik. Orang tengah badmood tapi mood Shin kemain cerianya. Ni mesti gembira sebab jumpa perempuan tadi. Tak tahulah siapa. Bekas kekasih Shin agaknya.

Mengenangkan itu, Ayen memandang lagi wajah Shin. Seriously, apa yang dia buat tak langsung memberi kesan kepada Shin? He didn't care at all?

And here I thought, it will affect him.

"Dahlah baru balik. Nak cari gaduh dengan orang pula tu," omel Ayen perlahan. Sakit sangat hatinya. Lebih-lebih lagi terbayang senyuman Shin bersama dengan doktor wanita tadi.

Isk!

"Eleh... Ayen tu yang cari gaduh dengan abang dah seminggu. Abang tak complaint pun." Tanpa Ayen duga, Shin membalas kata-katanya.

Hikayat Pintu SebelahWhere stories live. Discover now