50

7.7K 429 53
                                    

HAFIS hulur segelas minuman kepada Ayen yang masih kelihatan terkejut itu. Sengaja dia ambil masa sekejap sebelum mula menerangkan semuanya kepada Ayen. Wajah Ayen apabila nampak Shin masuk ke situ tadi, dah macam kena mental breakdown.

Gila tak mental breakdown? Masa mula-mula tadi Ayen rasa nak memaki pun ada. Macam mana Shin boleh muncul di situ sedangkan baru je tadi Shin melarangnya untuk keluar? Rasa tak masuk akal sungguh situasi itu. Dan Ayen rasa Shin tak adil sebab melarangnya keluar.

Untuk seminit awal, itu yang Ayen rasa. Kejap je la... sebelum dia nampak Shin menghampiri lelaki tadi.

Dan serta-merta semuanya 'nampak' jelas di depan Ayen. Apa yang dia nampak masih belum sempurna tapi dia rasa dia dah boleh agak apa tujuan Hafis membawanya ke situ.

"Abang Fis nak tunjukkan Ayen tu?"

Kedudukan mereka berdua terlindung daripada pandangan Shin. Tentang itupun Ayen sudah dapat agak sebabnya, Hafis memilih kedudukan macam tu. Dah rasa macam pengintip pun ada juga ni.

"Ayen tak tahu kan?"

Tak faham dengan soalan tu, Ayen menoleh.

"Ayen tak tahu yang Shin have been busy these past month because of him over there?"

Bingo!

"Itu lelaki yang Ayen langgar tu kan?" teka Ayen walaupun dia sudah pasti jawapannya.

"Yes, memang dia."

"Tapi Abang Shin kata he is fine," ujar Ayen dengan matanya memaku pada lelaki itu.

"Of course he is fine. Ayen nampak tu." Hafis menjawab dengan nada tenang. Dia menghirup perlahan minumannya sambil cuba menilai reaksi wajah Ayen sebelum dia menyambung ceritanya.

"He almost died before Shin saved him." Hafis menyambung ayatnya selepas beberapa ketika.

"Shin sendiri yang handle operation to save him. God knows how hard he tried and he even went to see him with every free times he got, to check up on him. Lelaki tu koma dalam seminggu, then the doctors agreed to take away his oxygen supply if he still doesn't wake up."

"Maknanya I almost..." Ayat tergantung. Ni mesti terjadi setiap kali Ayen nervous.

"Ada lagi satu benda yang Ayen perlu tahu," ujar Hafis. Bukan Ayen seorang yang nervous. Hafis pun dalam diam nervous juga nak bagitau hal ni pada Ayen. Bimbang reaksi Ayen nanti.

Kalau Shin tahu apa yang Hafis buat ni, sah dia akan kena kerat 14 oleh Shin. Mahu Shin belasah dia cukup-cukup. Tapi Hafis dah geram sangat dengan Shin. Benda macam tu pun dia nak sembunyikan daripada Ayen sedangkan jelas Ayen ada hak untuk tahu.

Tahulah Shin cuma risau emosi Ayen terganggu kalau dia dapat tahu. Tapi pasal tu Hafis tak setuju tu. Ayen bukannya budak-budak. Shin seorang anggap macam tu. Hafis rasa la, Ayen tu lagi matang daripada Shin.

Itu yang dia rasa dan dia harap Ayen betul-betul akan bertenang.

"Tiga hari lepas kejadian tu, sebenarnya polis ada datang hospital."

Degupan jantung mula tak menentu.

"Sebab accident tu?" teka Ayen. Akalnya masih cukup waras untuk meneka.

Perlahan-lahan Hafis mengangguk. "If he doesn't wake up, his family are ready to put the blame on you."

Degupan jantung Ayen terhenti. Gelas di tangannya terlepas menyebabkan isinya tumpah di atas lantai.

Hikayat Pintu SebelahWhere stories live. Discover now