20

5.4K 341 26
                                    

"WHAT the betik Ayen." Shin berkata sambil menutup pintu dibelakangnya. Dikunci terus pintu bilik tersebut. Untuk apa dikunci pun tak tahu. Yang pastinya sekarang, jantung Shin bagaikan hampir mengalami kegagalan mengepam darah.

Sebabnya?

Ayen. Permintaan Ayen tak tahu nak masuk kategori apa. Rasanya permintaan paling mengarut dan tak masuk akal yang pernah Shin dengar sepanjang dua puluh sembilan tahun dia hidup kat dunia ni.

O... key. Mungkin bukanlah tak masuk akal sebab bukannya tak mustahil benda tu. Tapi... whoa, whoa, whoa... kau fikir apa ni Shazrin?

Berbalik pada permintaan Ayen. Woo... bahaya budak ni. Boleh pula dia request benda macam tu.

A baby?! Seriously... b-a-b-y. Adoilah Ayen! Apa dia ingat baby tu boleh pungut kat tepi jalan ke apa? Tak pun ada jual kat Toys R Us? Huisy...kemain permintaan dia. Ingat proses nak menghasilkan baby tu--whoa, whoa, whoa! Once again, behave your thought Shin! Apa yang kau fikir ni?

Dan sekali lagi... berbalik pada permintaan Ayen. Hmm... Shin rasa eloklah tak payah fikir. Mengarut aje la budak Ayen ni! Haih!

Dalam banyak-banyak benda dia boleh request, 'baby' juga yang dia nak. Apakah?

Tak boleh, tak boleh. Tak boleh dilayan sangat kepala sengal Ayen ni. Karang dengan Shin sekali ikut sengal.

Nasib baik Shin tak pengsan tadi tau. Sikit lagi nak rebah dengar permintaan Ayen yang jelas sungguh berani, mengarut dan...sengal!

Sungguh sengal!

"Tapi abang dah janji. Mana boleh tarik balik lagi."

Lalalala... Shin selamba menggigit toast. Topik 'baby' ni sejak malam semalam Ayen duk ungkit. Shin buat tak dengar. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

"Abang buat-buat pekak la dengan Ayen. Karang pekak betul-betul, padan muka abang."

Amboi, ada hati nak sumpah orang pula tu. Shin menjegilkan matanya.

"Nanti abang belikan Ayen patung Barbie okey. Baby juga tu," ujar Shin selamba sebaik menyudahkan kunyahan toast dalam mulutnya.

Ayen menjeling. Jelas tergambar riak tak puas hati pada wajahnya. Dah macam nak mencekik Shin hidup-hidup pun ada juga.

"Ayen tak nak. Ayen nak baby."

"Jangan mengarut boleh tak?" Shin membalas. Nada geram sama. "Ayen ada nampak tertera kat mana-mana ada jual baby?"

"Bukannya Ayen suruh abang beli. Abang ajelah yang bagi." Nada selamba bagaikan itu benda paling normal dalam dunia.

Shin rasa dia pula yang nak sembunyi dengan sikap selamba Ayen ni. Aduhai Ayen... tak malu ke?

"Abang ni gay ye?"

Dan soalan seterusnya yang membuatkan Shin sikit lagi mahu tersedak. Nasib baik air nescafe suam itu masih belum mencecah ke dalam mulut. Jikalau tidak, memang sah Ayen pegang rekod berjaya membuatkan Shin tersedak berkali-kali.

Matanya membulat memandang Ayen yang menayang wajah innocent itu. Serasa nak dijentik je dahi budak seorang ni la. Shin sikit punya macho macam ni, boleh dicakapnya gay?

Hipotesis membuta tuli sungguh.

"Alah... kalau abang bukan gay--"

"Ayen, stop spilling nonsense and finish your breakfast. Or else I'll leave you alone and go to work first."

Hikayat Pintu SebelahWhere stories live. Discover now