51

7.7K 396 54
                                    

SHIN berlari anak masuk ke dalam ER. Suara Nadya dihujung talian tadi masih jelas dalam memorinya.

"You jangan terkejut tau dengar apa yang I cakap ni."

"Apa dia?" Shin cuba mengusir perasaan tak enak tadi.

"It's ER here. And..."

"Not again?"

"I don't know what you're thinking about but my answer is 'yes again'. She is here, your wife."

Dan dengar je ayat itu, Shin terus bergegas ke hospital. Tak sempat nak bagitahu apa-apa kat Puan Anita.

Buat kali kedua, Shin rasa jantungnya bagai direntap keluar dari tubuh badan sendiri. Sudahlah keliru dan terkejut dengan apa yang Puan Anita katakan masih belum reda. Ditambah lagi dengan berita Ayen berada di ER... sekali lagi.

Sungguh... Shin hanya pernah rasa ketakutan sebegini teruk dua kali seumur hidupnya. Kedua-duanya disebabkan oleh Ayen dan yang paling teruk, kedua-duanya berlaku dalam tempoh masa yang agak dekat je.

Lepas ni kalau Shin deny lagi tentang perasaan dia pada Ayen, Shin mengaku yang dia memang bodoh tahap entah apa nak cakap dah.

Nadya yang sedang berada di kaunter ER terus dihampiri.

"Oh, you're here." Nadya terus berhenti menulis sesuatu lalu berdiri tegak di hadapan Shin.

"Where is she?" Shin tak sabar bertanya.

"I need you to calm down. Take a deep breathe first," arah Nadya.

"But I don't have time for that!" bentak Shin.

Nadya mengeluh perlahan.

"They found her in the washroom, at the second floor," ujar Nadya. Wajah Shin dipandang penuh simpati.

Dahi Shin sudah berkerut. Jelas keliru. Maknanya Ayen keluar tadi untuk datang ke sini? Ke hospital ni?

"And?" Dia tanya apabila Nadya masih belum menyambung ayat.

"Ayen jatuh and unfortunately, she lost the baby."

Kepala Shin terasa berpinar.

'She lost the baby'.

Jadi betullah? Betul Ayen mengandung?

"I'm so sorry for you," ucap Nadya dengan pandangan yang masih sama kepada Shin.

Shin diam. Wajahnya tak menggambarkan apa-apa emosi sungguh pun kepalanya sedang sarat dengan pelbagai perkara ketika itu. Bayangkan aje la. Dia dapat berita yang isteri dia keguguran. Sedangkan dia tak tahu pun Ayen tengah mengandung?

Make is make sense.

Salah dia.

Ayen mengelap air mata yang mengalir pada pipinya. Bibir bawahnya digigit supaya tak ada esakan yang keluar daripada mulutnya. Jujur rasa nak meraung sebenarnya. Tapi disebabkan sekarang tengah kat hospital, Ayen cuba bertenang.

Bertenang tapi dengan air mata yang tak henti mengalir.

Ayen couldn't help but blame herself.

Salahnya sehinggakan dia kehilangan baby itu.

Salahnya juga sebab they lost the baby before Shin even know about it.

Semuanya salah Ayen.

Dia yang degil, yang hanya memikirkan tentang perasaan sendiri.

Sikap childish-nya yang buat kesimpulan sendiri tanpa bertanya apa sebenarnya yang berlaku.

Hikayat Pintu SebelahWhere stories live. Discover now