23

5.3K 390 29
                                    

"AYEN tak nak."

Shin mengerut dahi, spontan. Telefon dialihkan seketika daripada gegendang telinga lalu dipandang skrin telefon itu. Macam tak percaya aje dengan jawapan yang baru dia terima daripada Ayen tadi.

'Ayen taknak'? Okey.. Ini memang pelik. Tak pernah-pernah Ayen tolak ajakan Shin.

"Kenapa pula taknak?"

"Sejak bila pula Ayen tak ada hak nak cakap taknak?"

Amboi... respon sarkastik kemain lagi dia. Sejak dua tiga hari ni memang banyak je ayat sarkastik Shin dapat daripada Ayen. Entah angin apa yang terkena pada budak Ayen ni.

"Janganlah marah. Abang tanya aje kan." Shin membalaa dengan nada selamba.

Tahu Ayen merajuk dengan dia dua tiga hari ni. Sebab tu Shin nak ajak lunch sekali. Konon nak memujuk sebab selama ni dah masuk sepuluh kali juga Ayen ajak Shin lunch dan sepuluh kali tu juga Shin tolak.

Kut la dengan cara ni Ayen terpujuk. Malangnya belum apa-apa lagi dia dah cakap taknak.

"Siapa yang marah?"

Shin tahan senyum bila membayangkan muncung Ayen ketika itu. Boleh dia tanya orang lagi siapa yang marah sedangkan memang jelas nada suara dia tu yang nak mengamuk je.

"Tak ada siapa-siapa la yang marah," ujar Shin. "Jomlah kita lunch. Ayen selalu cakap abang tak nak lunch dengan Ayen kan."

Orang tengah memujuk kan. Kenalah buat nada baik-baik sikit. Sikit aje la.

"Ayen tak nak. Abang pergilah lunch sendiri."

"Aik, jual mahal."

Diam. Ayen tak membalas membuatkan Shin garu kepala sendiri. Sahlah budak seorang ni merajuk sungguh-sungguh dengan dia. Tapi sebab apa ya?

"Ayen jomlah..." Cuba lagi.

Kata orang, usaha tu tangga kejayaan. Tapi usaha Shin nak memujuk tak ada tanda tangga nak muncul pun. Sebab Ayen terus putuskan talian selepas itu.

Aduhai... susah juga bila budak kecik merajuk ni.

"

Kesiannya Dr. Shin makan seorang-seorang."

Ayen sikit lagi nak tepuk dahi sendiri apabila Hafis laju menonong dihadapannya, terus menuju ke meja yang diduduki Shin. Aduhai, parah ni!

Sejak masuk restoran tadi lagi Ayen dah perasan kehadiran Shin sebenarnya. Dia nampak tapi bersungguh dia berharap supaya abang Hafis ni tak nampak.

Harapannya hancur musnah bila mereka masuk ke dalam restoran dan Hafis terus menghampiri meja yang diduduki Shin.

Seriously... dalam banyak-banyak restoran yang ada dalam dunia ni, kenapalah mesti restoran yang sama juga yang diorang masuk?

Aduhai... dahlah elok je tadi dia menolak ajakan Shin untuk lunch sekali.

"Eh?"

Shin pandang Hafis sebelum dia beralih pada Ayen dibelakang sahabatnya itu. Riak wajah terkejut terbias pada wajahnya tatkala memandang Ayen.

'Abang Hafis... tolonglah cari tempat duduk lain.' Ayen beria berdoa dalam hati.

"Kenapa duduk makan seorang ni?"

Harapan Ayen jatuh menjunam tatkala Hafis dah menarik kerusi dihadapan Shin.

Tang tu juga rasa nak hantuk kepala. Sekarang ni rasa serba-salah nak duduk kat mana. Sama ada kerusi kosong disebelah abang Shin atau disebelah abang Hafis.

Hikayat Pintu SebelahWhere stories live. Discover now