24

5.5K 365 19
                                    

"JEALOUS la tu." Hafis mencebik. Sengaja dia menyakitkan lagi hati Shin dengan mengukirkan senyuman senget. Main psikologi.

"Siapa?" Shin buat bodoh sambil memukul bola tenis kuat, ke gelanggang sebelah.

Hafis ketawa kecil sambil berlari mengejar bola tersebut. Namun gagal apabila bola tu dah terlebih dahulu melantun keluar gelanggang. Macam manalah tak gagal kalau Shin pukul bola tu kemain kuat. Kalau Hafis ni ada bakat macam Rafael Nadal tak pe la juga.

"Kut ye pun kau jealous aku keluar dengan bini kau hari tu, tak payah la kau lepas geram kat bola tenis ni," omel Hafis sambil berlari anak mengejar bola tenis tersebut. Kemudian terus dilemparkan kepada Shin.

Tak membalas apa-apa, Shin hanya berdiri di gelanggangnya dengan posisi bersedia menghantar servis kepada Hafis.

"Susah juga bila abang Shin dah mula jealous ni. Lepas ni susahlah aku nak ajak Ayen makan sama dah." Hafis berterusan mahu menggiat.

"Tak ada masa aku nak jealous." Shin membalas tenang.

"Eleleleh... hari tu pun kemain tajam mata kau pandang aku dengan Ayen." Hafis dengan teorinya.

Bola tenis berterusan melantun dari satu gelanggang ke gelanggang sebelah.

"Tak bermakna aku jealous. Kau jangan memandai la, Fis."

Hafis berterusan tersenyum meskipun naik semput dia mengejar bola yang dihantar oleh Shin. Shin ni pun... nak melepaskan geram tak agak-agak langsung.

"Kau gaduh dengan Ayen ke?" duga Hafis. Dia bukannya lembab sangat sampaikan tak sedar situasi antara Shin dengan Ayen tempoh hari. Dia perasan Ayen yang chatterbox itu kurang bercakap dengan Shin tempoh hari.

Dan tipulah kalau dia cakap dia tak perasan wajah kelat Shin.

"Entah budak tu. Nak merajuk dengan aku pula."

Servis mati tatkala bola yang dipukul Shin tak lepas dari jaring untuk ke gelanggang sebelah. Giliran Hafis untuk servis.

Hafis menarik nafas lelah sambil sengaja melambatkan menghantar servis kepada Shin. Padahal Shin sudah bersedia mahu menerima servis Hafis ketika itu.

"Ni kau mesti ada buat salah dengan dia. Ayen tu bukan jenis yang merajuk suka-suki hati tau."

Shin berdiri tegak. Tangannya diangkat sebagai isyarat melarang Hafis menghantar servis terlebih dahulu.

"Amboi... kau cakap macam kau tahu sangat Ayen tu fiil dia macam mana."

Hafis tersenyum senget. "Takkan aku cakap macam tu pun dah jealous kut."

Kemudian dengan sengaja dia menghantar servis secara mengejut kepada Shin. Bola tenis laju melantun ke gelanggang sebelah.

"Chill la, bro!" Nampak tak sengajanya mencari pasal kat situ?

"Kau boleh tak berhenti..." Shin bertindak pantas, mengejar bola lalu memukul menggunakan raket tenisnya. Sambil itu dia menghabiskan ayat. "...kaitkan perkataan 'jealous' tu dengan aku?"

Hafis tergelak kuat. Kuat ketawanya memenuhi ruang gelanggang tenis yang cuma ada dia dan Shin itu. Dan dalam pada itu, kedua-duanya masih lincah memukul bola.

"Syukurlah," ujar Hafis tiba-tiba.

"What?" Apa kena Hafis ni? Tetiba je 'syukur' bagai.

"Syukur sebab hati kau terbuka untuk Ayen."

Shin ketawa sinis. "Merapu la kau wei."

"Sah la tu. Kau dah masuk fasa awal." Selamba Hafis balas dengan nafas yang agak tercungap-cungap. Tapi mana dia nak mengalah. Lebih-lebih lagi bila dilihat Shin masih lagi lincah di gelanggang sebelah.

Hikayat Pintu SebelahWhere stories live. Discover now