17

4.8K 354 21
                                    

HUJAN. Sampaikan Ayen tak ada mood nak buat apa-apa. Dahlah awal pagi lagi abang Shinnya dah menghilang entah ke mana. Ayen sedar je,  bilik Shin dah berkunci dan ada satu sticky notes ditinggalkan depan pintu peti sejuk.

"Abang keluar. Tak payah tunggu. Kalau Ayen nak keluar, keluar je. Abang izinkan. Happy weekend."

Hmmm... Menyampah juga Ayen baca. Pasangan lain duk sibuk ambil kesempatan hujung minggu untuk berdua tapi abang Shin pula rileks je bagi Ayen peluang untuk keluar. Siap dengan permission dan "happy weekend" sekali. Apa dia fikir Ayen nak berterima kasih la?

Oh no! Ayen sakit hati lagi ada. Dia bosan tahap gaban tau kat rumah tak ada nak buat apa. Konon nak mulakan hari dengan memasak sarapan berkhasiat untuk suami ter-chenta. Tup-tup bila tengok pesanan encik suami, hancur berderai impian Ayen nak masak sarapan. Sudahnya, elok je dia sambung tidur. Serius malas.

Haih! Nak buat apa ni? Bosan kut. Bosan tahap apa entah. Sampaikqn baring menelentang kat bawah kipas pun Ayen rasa cukup bosan. Bagaikan dia tak ada apa langsung yang mahu dilakukan dalam hidupnya.

Kat luar masih hujan. Walaupun taklah lebat macam awal tadi, tapi masih hujan. Nak keluar pun Ayen rasa dia macam orang bengong je keluar seorang.

Blurb! Telefon Ayen berbunyi menandakan ada whatsapp yang baru masuk. Lambat-lambat dia capai telefon dihujung kepala. Itupun cuma tangan yang bergerak.

Abang Rul hantar mesej.

Abg Rul:
Ayen, wat pe? Keluar jom.

Ayen pun apa lagi, bagaikan pucuk dicita ulam mendatang lagaknya. Laju aje membalas.

Ayen:
Takde wat pe ni. Menelentang je macam ikan paus bersara.
Nak keluar gi mana?
Abg Rul belanja?  😍

Abg Rul:
Cewah, bab belanja laju je dia kan...
Napa macam ikan paus bersara pula? Tak de keje lagi elok nak buat?

Ayen:
Hehe... Abg Shin keluar laa 😪
Ayen bosyannn duduk seorang ni.
Elok juga abg Rul ajak Ayen keluar.
Tengok movie jom.

Abg Rul:
Movie apa Ayen nak tengok?

Ayen:
Movie apa yg best?

Abg Rul:
Eh... Dia tanya orang pula.

Ayen:
Heheee...Ayen pun tak tahu la abg Rul.
Jom la keluar je dulu.
Kat sana baru kita pilih.

Abg Rul:
Baiklah Ayen.
Siap... Setengah jam lagi abg Rul datang ambil.

Ayen:
Ay ay boss😀

Oh yeah! Akhirnya ada sesuatu yang Ayen boleh buat selain menelentang macam ikan paus bersara. Jam dipandangnya sekilas. Bersiap dalam masa setengah jam bukanlah benda mustahil bagi Ayen. Dia, lima belas minit pun boleh siap dah. Dia bukannya jenis wanita yang bersolek dan berdandan bagai.

Alah, tapi tudung. Wajah Ayen berkerut memikirkan itu. Tanpa abang Shin yang menjadi pendandan tudung, Ayen terpaksa pakai instant shawl atau tudung sarung. Yang akan menyebabkan muka dia nampak bulat.

Hmm...tak pe la. Keluar dengan abang Rul ajepun.

Hikayat Pintu SebelahWhere stories live. Discover now