18

5K 365 32
                                    

AYEN duduk diruang balkoni biliknya sambil leka berbalas mesej dengan abang Rul. Sekejap-sekejap tersengih sendiri. Namun tak lama lepas tu mulutnya memuncung apabila ada mesej yang dihantar oleh abang Rul yang sengaja mengusiknya.

Dah nama pun adik-beradik. Memang hobi adik-beradik 3S - Syahrul, Shahrin, Shahril tu mengusik Ayen je sejak dulu. Ayen ni kalau tak sebab berkahwin dengan Shin, orang akan sangka dia anak perempuan Puan Anita. Sejak kecil lagi, masanya banyak dihabiskan di rumah keluarga itu. Sebabnya apa lagi kalau bukan jadi stalker sejati Shin.

Tapi sebenarnya antara tiga orang tu, Shin je la yang paling malas melayan karenah Ayen. Bab membahan atau mengusik Ayen memang Shin rajin ambil port, tapi bab dengar bebelan Ayen memang abang Rul seorang la. Si abang sulung tu redho je dengar luahan hati Ayen selalunya.

Tengah duk menaip mesej kepada abang Rul, telinga Ayen tiba-tiba menangkap bunyi pintu gelongsor ditolak dari arah sebelah. Sebelah tu balkoni bilik abang Shin. Abang Shin kat luar juga ke?

Tiba-tiba Ayen rasa teruja. Lupa kejap pada mesej yang mahu ditaip tadi. Dia menjengketkan kaki dengan tangan memaut rapat pada pagar yang berada pada paras pinggangnya. Badannya dipanjangkan untuk mencuri pandang ke sebelah.

Almaklumlah, balkoni bilik diorang ni nama aje satu rumah yang sama tapi balkoninya dipisahkan dengan satu dinding yang menghalang pandangan ke sebelah. Entah arkitek manalah yang cipta rumah dengan design macam ni. Rasa nak mengamuk je haih! Menyukarkan kegiatan Ayen nak meng-skodeng suami sendiri je.

Sebaik matanya menangkap bayang Shin dari balkoni sebelah, Ayen terlompat lalu berdiri dengan stabil semula. Tak langsung tunjuk tanda takutnya berdiri dihujung pagar dengan aras ketinggian sebegitu. Mana tak takut bila duk fikir pasal Shin aje. Ececeh... Parah!

Abang Shin... Abang Shin buat apa ya? Ayen tertanya-tanya sendiri. Setahunya abang Shin jarang keluar kat balkoni macam ni. Tak... Seingat Ayen tak pernah. Dia je yang rajin bertenggek macam ni tapi Shin rasanya baru pertama kali. Pertama kali semenjak Ayen tinggal kat sini berdua dengan dia la.

Ayen merapatkan telinganya pada dinding yang memisahkan dua balkoni berkenaan. Cuba mendengar apa-apa bunyi. Takut juga kalau-kalau abang Shin tengah on the phone dengan skandal dia ke. Ayen juga yang patah hati karang.

Erk... Tapi betul ke abang Shin ada skandal? Huisy, janganlah! Fuh kanan! Fuh kiri! Minta jauh!

Dah tu abang Shin buat apa ya kat luar malam ni? Ayen sekali lagi menjengketkan kaki untuk curi pandang ke sebelah. Dia nampak cahaya laptop. Ohhh... Tengah main laptop la tu. Ayen terangguk-angguk sendiri.

Tanpa sedar telefonnya dah diletakkan dalam poket. Kalau tadi tersenyum-senyum berbalas mesej sekarang dia tersenyum-senyum memikirkan inche somii kat sebelah.

Entah kenapa Ayen tiba-tiba rasa situasi mereka sangat romantik sekarang. Walaupun dipisahkan dengan dinding ni dan inche somii tak sedar pun kehadiran Ayen kat sebelah...Ayen rasa romantik je. Dah macam mereka habiskan masa berdua walau hakikatnya tak. Mereka habiskan masa bersendirian secara masing-masing ketika ini.

"I'm only one call away... I'll be there to save the day... Superman got nothing on me..." Tiba-tiba Ayen dengar suara Shin humming lagu Charlie Puth tu. Tak berapa jelas tapi Ayen dengar dan cukup untuk buat senyuman dia makin berbunga mekar.

Wah... encik suami kita nyanyi la. Suara dia lagi sedap daripada suara abang Charlie Puth kita.

Hmm... yalah tu, Ayen. Kalau dah suka tu, memang semua nampak indah ajelah. Tak de yang tak indah lagi dah. Sampaikan suara abang Charlie yang lemak merdu tu pun boleh kalah dengan suara abang Shin kau.

Hikayat Pintu SebelahWhere stories live. Discover now