33

6.8K 408 20
                                    

"AYEN."

Ayen mengeluh perlahan tatkala terdengar namanya dipanggil lagi untuk kesekian kalinya dari balik pintu biliknya yang tertutup rapat. Suara Shin. Awal pagi lagi suara itu sudah kedengaran, serentak dengan ketukan bertalu-talu pada pintu bilik Ayen.

Sejak malam tadi Shin tak henti-henti memanggil dia. Tapi tiada satu pun panggilan itu yang Ayen jawab. Dia hanya membiarkan sehinggalah Shin letih dan berhenti sendiri.

Otaknya serabut dengan keadaan emosi yang tak stabil. Semuanya kacau-bilau dalam fikiran Ayen ketika ini. Dia sendiri tak pasti sama ada 'melancarkan perang' terhadap Shin merupakan satu tindakan yang bijak ataupun tidak. Separuh dari dirinya rasa bersalah kerana berkasar dengan Shin, tapi yang separuh lagi berbisik bahawa tindakan yang dia lakukan sebenarnya memang tepat.

Satu perkara yang pasti, Ayen betul-betul maksudkan apa yang dia katakan pada Shin malam tadi. Mungkin, semua tu terlepas disebabkan rasa geram dan marah yang sangat membuak-buak. Tapi jauh disudut hati, Ayen benar-benar maksudkan bila dia cakap dia sudah letih menunggu Shin.

Entahlah. Selepas menghabiskan bertahun-tahun cuba untuk membuka pintu hati Shin untuk terima dia, Ayen dapat rasakan yang semua tu sangat tak tergapai olehnya. Jangankan nak buka pintu hati dia, nak gapai tangan untuk mengetuk pun Ayen tak sampai.

Rasanya Ayen kena fikirkan semula tentang masa depannya dengan Shin.

"Abang minta maaf." Ayat itu meluncur keluar dari mulut Shin sebaik Ayen keluar dari biliknya.

Ayen tergamam seketika. Ingatkan suasana dah senyap-sunyi tadi, Ayen assume yang Shin dah keluar pergi hospital.

Rupanya tak lagi.

Dan sebaik Ayen keluar, Shin terus mengekornya dari belakang.

Ayen buat tak dengar. Langkah terus dibawa ke pintu utama. Kasutnya dikeluarkan dari rak kasut.

"Ayen, please." Suara Shin kedengaran lagi ketika Ayen sedang memasang kasutnya. "Tak adil Ayen nak marah abang macam ni. At least bagitahu abang kenapa Ayen boleh marah macam ni sekali? Apa salah abang?"

Ayen melepaskan keluhan, yang sengaja nak bagi Shin dengar. Cakap pasal adil tak adil...habis Ayen selama ni macam mana?

"I should know what is my--"

Kata-kata Shin terhenti apabial kelibat Ayen sudah hilang disebalik pintu rumah yang tertutup kembali.

Suasana tegang menyelubungi sesi round ward pagi itu. Entah kenapa auranya lain macam. Sehinggakan jururawat-jururawat yang turut serta beberapa kali berbalas pandangan penuh makna.

Sikap Shin yang serius bukannya benda pelik, cuma peliknya sebab pagi itu mood Shin kelihatan sangat... menakutkan.

Cakap pasal menakutkan, ada seorang lagi yang mengeluarkan aura yang sama pagi itu: Ayen.

Mana tak cuak bila Ayen yang selalunya murah dengan senyuman tu tiba-tiba sahaja kelihatan tegas dan serius. Hilang suara dan senyuman cerianya.

Sebenarnya yang lebih menakutkan apabila kedua-dua mood serius itu bertembung dan tercetuslah suasana yang janggal dan tegang.

Pagi ini saja, dah masuk kali ketiga Ayen membantah arahan Shin.

And they are doing it again, for the fourth time.

"So you mean we should change the medicine when we could have only change the doses?" Suara Shin kedengaran tegang, dengan kepala yang menunduk kerana sedang menulis sesuatu.

Hikayat Pintu SebelahWhere stories live. Discover now