40

7.4K 401 42
                                    

"ABANG RUL."

Ayen terlebih dahulu memecahkan kesunyian itu. Namun begitu dia tak menunjukkan wajah kepada Shahrul sebaliknya merendahkan kedudukan dirinya, agar terus bersembunyi disebalik dada Shin. Tudung tak pakai.

"Wait a minute..." Ayen dengar Shin berkata kepada Shahrul. Sambil itu tangan Shin yang sebelah lagi memanjang mencapai sesuatu.

Tak sampai dua saat, Ayen rasa kepalanya dilitupi sesuatu. Pashmina mana entah Shin capai dan terus digunakan menutup rambut Ayen. Ini nasib baik Ayen pakai long tee dan track suit.

Ayen hanya membiarkan Shin menguruskan pashmina itu sebelum dia tegakkan duduk apabila dah selesai. Pelukan pada pinggang Shin terlepas dan kedudukannya juga dijarakkan daripada Shin.

Tindakannya membuatkan Shin menoleh dan memandangnya namun Shin tak berkata apa-apa.

"Tak kerja, Shin?" Shahrul bertanya sambil melabuhkan duduk tanpa dijemput.

"Petang sikit baru pergi," jawab Shin ringkas saja.

Shahrul angguk dan tak komen apa-apa lagi. Pandangan beralih pada Ayen.

"Ni abang Rul belikan kerepek. Ayen cakap teringin nak makan," ujarnya serentak meletakkan sebungkus beg plastik diatas meja.

"Aaa... ye." Serba-salah Ayen membalas.

Dari ekor mata, dia perasan Shin pandang dia. Menjentik lagi rasa serba-salah Ayen.

Bukannya Ayen yang cakap kat Shahrul dia nak makan kerepek. Dia cuma terlepas cakap masa nampak iklan kat tv. Tapi macam mana kalau Shin fikir Ayen yang minta dari Shahrul? Sedangkan berkali Shin tanya kat dia tapi semuanya Ayen jawab tak ada apa yang dia mahukan?

Tak mungkin Shin mahu salah anggap kan?

"Thank you abang Rul," ucap Ayen ringkas.

"Welcome." Shahrul membalas senang hati.

Dan selepas itu jeda tercetus antara mereka.

Ayen bagaikan berlari marathon menunggu dua beradik itu memecahkan kesunyian. Debarannya Tuhan saja yang tahu. Dia menunggu dua beradik itu untuk memulakan perbualan, namun tiada seorang pun mengalah.

Apa kena diorang berdua ni? Ayen pula rasa bersalah. Sungguh dia tak selesa dengan keadaan ini. Ayen pula yang rasa tersepit.

"Ayen berbual dengan abang Rul ya. Abang nak siap pergi hospital." Kata-kata itu Shin tujukan padanya. Tanpa sempat Ayen berfikir jalan keluar dari situasi itu, Shin lebih dulu bertindak.

Ayen tak pasti sama ada memang tiba masa Shin bersiap ataupun itu alasan Shin untuk mengelak daripada abangnya sendiri.

Yang pasti, Ayen rasa dia semakin tersepit diantara dua beradik itu.

Rambut yang menutup muka Ayen dialihkan. Kemudian dia menghela nafas dalam. Telefon bimbit dimeja sisi diambil untuk melihat jam.

Pukul dua pagi. Maknanya baru tiga jam lebih Shin terlelap, selepas dia pulang dari hospital tadi. Kononnya dia cakap kat Ayen nak balik dalam pukul 8 tapi sudahnya terpaksa dibatalkan apabila ada hal yang berlaku di hospital.

Dan tadi baru sekejap dia melelapkan mata, Shin terjaga semula apabila Ayen disebelahnya meracau dalam tidurnya. Mimpi buruk lagi gadis itu.

Shin meletakkan semula telefonnya. Cuba melawan rasa mengantuk, Shin mengiringkan tubuh menghadap Ayen. Kepalanya ditongkat menggunakan tangan kanan dan tangan yang sebelah lagi menepuk perlahan tubuh Ayen.

Hikayat Pintu SebelahWhere stories live. Discover now