19

5.1K 366 47
                                    

"TOLONGLAH abang long, kak chik." Suara Yazid di hujung talian sebelah sana kedengaran merayu. Dah betul-betul merayu ni sampaikan Ayen pun rasa simpatinya mencanak naik.

Simpati, simpati juga. Tapi nak menjaga seorang budak kecik tu... Ayen rasa dia tak sanggup. Rasa je tau. Itu tandanya dia masih belum habis fikir.

"Abang long betul dah tak de jalan lain ni. Kak long habis mengajar pun dalam pukul tiga. Kalau nak hantar baby Zati balik rumah ibu, abang long kena ulang-alik. Takut tak sempat." Yazid menjelaskan panjang lebar.

Haih! Ayen menggaru kepala yang tak gatal. Nak tolong, dia takut tak termampu jaga baby. Tapi kalau tak tolong, kesian pula kat abang seorang ni.

Ceritanya macam ni. Hari ni hari Sabtu a.k.a hari cuti. Tapi baru beberapa minit tadi abang long Ayen, abang Yazid, tiba-tiba called. Minta tolong jagakan baby-nya sebab dia ada kecemasan kat tempat kerja. Dengar kata ada kerosakan sistem apa entah. Yazid terangkan tadi pun serba-sedikit je. Terangkan lebih pun bukannya Ayen faham bahasa programmer ni.

Nak dijadikan cerita, kakak ipar Ayen pula ada kelas tambahan hari ni. Tu sebab tak de orang yang dapat jagakan baby diorang tu. Dan rumah yang paling dekat dengan rumah abang longnya tu ialah rumah ni. That's why Yazid nak hantar baby dia ke sini untuk Ayen jaga.

"Kejap je kak chik. Kak long habis mengajar karang dia terus datang ambil Zati. Okey?"

Adoi... Ayen bukannya biasa sangat dengan budak. Nama je selalu in charge O&G Dept. Tapi soal bayi, sepatah haram nak ambik tahu.

Kalau yang dah besar sikit,  Ayen tak kisah sangat. Tapi baby abang Yazid ni kecil lagi. Baru nak merangkak. Tu yang Ayen risau tu.

"Bolehlah..." Pujuk rayu kedengaran lagi. "Birthday kak chik nanti abang long belanja hadiah mahal sikit. Kak chik nak apa?"

Ayen tersenyum. Pandai betul abang seorang ni bodek. Tahu je kelemahan Ayen bila disebut pasal hadiah.

"Hadiah mahal ye?" Dia tersenyum nakal. Peluang baik ni.

"A'ah. Kak chik cakap je nak apa. Abang long belikan."

"Kak chik ingat nak beli laptop baru la." Ayen memancing. Pandai kan dia. Ambil kesempatan dalam kesempitan.

"Laptop baru. Okey, deal. Sepuluh minit lagi abang long sampai hantar Zati." Sekelip mata Yazid bersetuju.

Ayen hanya mampu ternganga tatkala talian dah dimatikan oleh Yazid. Abang long memang nampak sungguh desperate kemain ni. Dan kau Ayen... 'kerja' apalah yang kau dah tempah ni. Adoyai!

"Nasib baiklah baby dengar cakap macam ayah baby, Zati oi. Kalau Zati ikut perangai mama Chik ni..."

Shin mengerut kening sambil membuka kasut sukannya. Suara itu dah kedengaran sejak dia menolak pintu dan masuk ke dalam rumah lagi. Dia macam dengar suara Ayen bercakap dengan seseorang. Tapi dengan siapa pula la budak Ayen ni membebel? Ingatkan kalau dengan orang lain je dia duk potpetpotpet. Tak sangka bila ditinggalkan sendiri pun mulut tu masih rancak lagi.

Aduhai Ayen. Shin menggantungkan kunci kereta ditepi pintu. Kemudian terus langkahnya diatur masuk. Dan...

"Eh?" Perkataan itu yang pertama kedengaran dari mulut Shin selepas mengucap salam. Dahi sekali lagi berkerut melihat Ayen yang sedang bersama seorang bayi ditengah ruang tamu.

"Abang long datang ke?" tanya Shin tanpa menunggu respon Ayen. Melilau matanya mencari kelibat abang iparnya disegenap ruang tamu tapi tak de pun.

"Baby Zati je." Ayen jawab sejurus membalas salam Shin. Kemudian dia menjelaskan lanjut tanpa dipinta. "Abang long minta jagakan Zati sekejap sebab ada emergency kat office dia."

Hikayat Pintu SebelahWhere stories live. Discover now