37

7.1K 404 46
                                    

🎵 Little do you know I... I love you till the sun dies.  🎵

"JANGAN kau pula yang sakit." Suara Hafis yang kedengaran memaksa Shin untuk membuka semula matanya yang baru sekejap tadi dipejamkan. Sebaik kelopak mata terbuka, terus pandangannya disapa dengan wajah Hafis yang tersenyum kepadanya sambil mengangkat kening.  Shin membalas dengan senyum segaris, tapi senyuman yang langsung tak bernyawa.

Hafis hanya membiarkan. Dah menduga pun itu respon yang dia akan terima. Who will be able to smile in this situation? Bet Shin is dying inside. Fikirnya lantas melabuhkan duduk di sebelah sahabatnya itu.

Untuk seketika, kedua-dua lelaki itu hanya mendiamkan diri. Pandangan kedua-duanya menala ke arah dinding putih di hadapan mereka dan ke arah pintu bilik wad yang tertutup rapat. Wad yang menempatkan Ayen.

Selang seminit, Hafis terdengar keluhan kecil terlepas daripada Shin di sebelahnya. Hafis sendiri tak dapat membaca apa yang ada dalam fikiran Shin ketika itu namun satu benda yang dia pasti, a mess.

Satu tin Nescafe Latte dihulurkan kepada Shin.

"You're feeding me caffeine at this hour? Kau saja nak biar aku berjaga ke?" Mulut berkata begitu namun tangan menyambut juga tin minuman yang dihulurkan oleh Hafis itu. Ni ubat berjaga paling mujarab bagi Shin. 'Ubat' kalau nak stay up. Dari zaman belajar dulu sampailah kalau dia perlu stay up kat hospital.

"Aku tak bagi kau kafein pun, I bet you will stay up this whole night," ujar Hafis selamba.

Mendengarkan itu, Shin sekali lagi tersenyum nipis. Tin minuman dibuka lalu mula diteguk isinya.

"Ayen sedar dah?" Hafis memulakan perbualan. Pandangannya fokus di wajah Shin.

"Not yet." Shin membalas lantas memandang jam di pergelangan tangan. Mindanya mula mencongak sesuatu sebelum dia menyambung jawapannya. "Still one hour left before the sedative wears off."

Hafis mengangguk faham. Tak perlu penjelasan yang lebih tentang itu kerana dia sendiri tahu.

"Kau tahu tak aku tak pernah bayangkan pun Ayen akan terlantar kat dalam tu. Apatah lagi untuk aku sendiri yang bagi arahan untuk bagi sedatif pada dia." Shin berkata tanpa dipinta. Meluahkan perkara yang berbuku di dalam mindanya sejak tadi.

"No one does. Nobody could ever imagine something like that would happened." Hafis berkata tenang.

"But why her?" Pantas Shin membalas. Nada suaranya benar-benar kedengaran tak bertenaga. "Apa salah dia?"

Hafis meletakkan tangannya di bahu Shin lantas mengurut perlahan. Cuba untuk menyalurkan sedikit ketenangan kepada sahabatnya yang jelas sedang berkecamuk itu.

"Kau tak boleh macam ni, Dr. Syazani," ujarnya tenang. Jarang sekali dia memanggil Shin dengan panggilan itu. "Kalau kau dah macam ni, kau bayangkan perasaan Syazani yang kat dalam tu."

Shin mengeluh lagi. Apa yang Hafis katakan ada betulnya.

"I bet she feels like dying after what she'd been through. Paramedik kata they found Ayen right beside the guy. So I think she saw his body before she passed out. I assume she get off her car to find out what did...." Hafis rasa lidahnya tak dapat nak melengkapkan ayat itu. He feels bad. Bila membayangkan apa yang dah dilalui oleh Ayen.

"No wonder she was talking about the body full of blood the moment she wake up before." Shin membuat kesimpulannya. Kata-kata Hafis menjelaskan persoalan yang bermain dalam fikiran Shin tadi, tentang kenapa Ayen boleh nampak lelaki itu.

Hikayat Pintu SebelahWhere stories live. Discover now