56

8.4K 385 11
                                    

"SERIUS?" Ayen jatuh rahang. Macam tak percaya pula dengan berita yang baru disampaikan oleh mama mertuanya.

Abang Rul nak kahwin. Sebab terlalu fikirkan tentang masalah dia dan Shin sebelum ni, Ayen dah lupa tentang Abang Rul. Sedangkan Abang Rul sebenarnya salah seorang penggerak konflik yang tercipta antara dia dan Shin.

Okey. Mungkin ayat tu dengar macam Ayen menyalahkan Abang Rul atas semua yang jadi. Sebenarnya tak. Maksud Ayen, dia menjauhkan diri daripada Shin dulu kan lepas dia dapat tahu yang Abang Rul simpan hati padanya. Dan lepas tindakan Ayen tu, memang banyak benda yang jadi antara dia dan Shin.

Mama Nita angguk tanpa teragak-agak. Menjawab soalan Ayen tadi.

"Tapi kenapa macam rushing sangat?" Ayen bertanya pelik. Abang Rul bukannya ambil tindakan kahwin sebab Ayen kan?

Tolong cakap tak. Sebab kalau ya, sumpah akan rasa bersalah seumur hidup pada abang ipar sendiri.

"Dah jodoh dia agaknya, Yen. Lagipun Abang Rul Ayen tu bukannya muda lagi. Memang patut la dia kahwin cepat pun," ujar Mama Nita.

Ayen angguk. Hmm... ada betulnya juga. Tapi, Ayen masih tak dapat menolak andaian yang tindakan tu disebabkan oleh dia.

Atau mungkin Ayen seorang yang perasan? Entahlah Ayen!

"Ayen."

"Hmm?" Panggilan Shin dibalas pantas. Serentak dia mengangkat muka memandang encik kesayangannya itu.

"Sejak bila Ayen awkward dengan Abang Rul?"

Gulp! Buat pertama kalinya, Ayen rasa dia diajukan soalan yang lebih susah berbanding soalan Fizik masa SPM dulu. Tak tipu, Fizik memang susah duh! Kalau Ayen ni terer Fizik, sah la dia dah jadi engineer dan tak jadi pharmacist. Tapi angkat tangan aje la. Dia reda menghadap Kimia dan Biologi berbanding Fizik.

Ayen, kau merepek apa? Ya ampun... jauhnya fikir.

"Mana abang tahu Ayen awkward dengan Abang Rul?" tanya Ayen seraya mengalihkan pandangan. Tak mampu nak menipu la. Lebih-lebih lagi apabila Shin pandang dia macam sekarang ni. Lemah semacam.

Walaupun mata Shin yang sebelah lebih kecil kalau diperhatikan sungguh-sungguh, tapi pandangan mata dia bahaya tau. Tergugat iman.

Eh tak. Maksud Ayen tercabar keberanian. Tergugat iman tu waktu lain hiks.

"Abang perasan lama dah, Yen. Tapi abang tak perasan sejak bila," ujar Shin, tenang. Ayen dipandang tepat.

"Mind to tell me?"

"Ayen pun tak perasan sejak bila," dalih Ayen. "Agaknya sebab Ayen dah lama tak jumpa kut. Tu yang awkward."

"Jangan nak tipu abang eh." Shin membalas pantas. "Abang Rul satu dekad duduk luar negara pun, bila dia balik sini masih kamceng juga dengan Ayen. Jadi Ayen jangan nak bagi alasan tu."

Ayen sempat mencebik. Melampau la tu satu dekad. Abang Shin ni sengaja hiperbola.

"Ayen, meh sini." Shin menggamit apabila Ayen tak ada tanda nak mengaku padanya.

Ayen kerut dahi. Pelik apabila Shin menggamitnya untuk duduk di sebelah lelaki itu.

"Meh la cepat. Abang nak buat something yang Ayen suka ni."

Makin bertambah kerutan dahi Ayen. Buat something yang Ayen suka? Macam pelik je bunyinya.

"Come hereee."

Hikayat Pintu SebelahWhere stories live. Discover now