36

6.9K 399 38
                                    

WAJAH itu direnung lama. Sejak tadi lagi pandangannya memaku hanya ke situ. Pada wajah Ayen yang masih belum sedar walaupun dah masuk empat jam sejak dia dibawa ke sini.


Suasana di sekeliling agak sibuk. Biasalah ER. Kena pula kebetulan banyak kecemasan yang berlaku. Tapi walau sebising manapun sekeliling mereka, Ayen tetap sama keadaannya. Mata itu masih belum terbuka dan tubuhnya juga masih kaku tak bergerak.

Shin risau. Rasanya setiap lima minit dia memeriksa denyutan nadi gadis itu, memeriksa tekanan darahnya... demi memastikan Ayen benar-benar okey.

Ayen is fine. Satu benda itu yang Shin pasti. Namun yang merisaukan dia adalah sebab isterinya itu masih belum sedar.

Seumur hidup Shin, ini kali pertama dia rasa terkejut sehingga sebegitu sekali. Apabila dia mendengar daripada Hafis bahawa Ayen terlibat dalam kemalangan, terasa nak tercabut jantung daripada tangkainya. Sehingga sekarang pun dia rasa degupan jantungnya masih belum bertukar kepada kadar yang normal lagi.

Tak... selagi Ayen tak membuka matanya, selagi itulah Shin rasa dia tak boleh nak bertenang.

Tangan Ayen dipegang lalu diusap perlahan. Nafas panjang dihela.

'Ayen, please open your eyes. I'm sorry for ignoring you before. Sorry for treating you carelessly. Sorry for pushing you away. Sorry for not able to love you back and sorry for everything. Please, open your eyes. Please... be fine. I promise to treat you better.'

Mata yang berat dibuka perlahan. Terang cahaya lampu yang terlebih dahulu menyapa pandangan matanya. Dia memandang sekeliling dan pantas menyedari bahawa dia sedang berada di hospital.

Akalnya pantas berpusing dan memikirkan punca dia berada di situ. Ketika itulah Ayen terasa usapan lembut di tangannya. Bebola mata Ayen pantas bergerak, mencari punca.

Shin.

Ayen terkebil-kebil melihat Shin berada di sisi katil itu. Tapi persoalan yang lagi besar dalam kepalanya tika ini adalah tentang bagaimana dia boleh terlantar di sini.

Bagaimana dan kenapa?

Ayen cuba untuk bangkit namun dia terasa sesuatu yang amat sakit di bahagian dadanya. Sesak yang menghimpit saluran pernafasannya.

"Ayen."

Telinga menangkap suara Shin memanggil namanya. Pantas dia memandang wajah itu.

"Ayen dengar suara abang tak?"

Kenapa suara Shin bernada cemas?

"Kenapa?" Suara Ayen bagaikan tak keluar. Tekaknya terasa perit. Agaknya sebab dia tak sedar untuk tempoh masa yang agak lama.

Pelik dengan pandangan Shin terhadapnya. Lagi pelik kerana Shin memegang tangannya.

"Ayen, are you okay? Do you feel any pain?"

Sakit? Dadanya, terasa sakit yang teramat. Dan kepalanya terasa berpusing.

"Macam mana Ayen boleh..." Soalan Ayen tergantung saat tiba-tiba dia dengar bunyi berdesing di telinganya. Serta-merta satu gambaran imej bagaikan terpapar dalam mindanya. Memori yang membuatkan degupan jantung Ayen menjadi pantas, adrenalinenya meningkat mendadak dan tangannya menggigil.

Tangan ditarik daripada pegangan Shin. "I... I ki...killed someone, ain't I?"

Nafas Shin bagaikan terhenti mendengar ayat yang keluar daripada mulut Ayen. Knew it's going to be like this.

Hikayat Pintu SebelahWhere stories live. Discover now