38

6.7K 384 14
                                    

AYEN have a nightmare yesterday. Dalam mimpinya, Ayen sedang menangis ketakutan dan Shin datang memujuknya. Shin memeluknya dan mengelap air mata dipipinya, memujuknya untuk tak menangis. Dan untuk seketika, Ayen sempat berdoa bahawa itu semua bukan mimpi sebaliknya sesuatu yang benar-benar terjadi. Dia berdoa semoga Shin benar-benar datang kepadanya. Dan sebelum dia membuka matanya, dia sempat berdoa semoga Shin masih ada disisinya. Dia tak kisah apa yang terjadi selagi Shin ada disisinya.

"Ayen sejuk? Nak abang matikan air-cond?"

Ayen pantas berpaling ke sebelah, pada Shin yang sedang memandu. Riak wajahnya jelas menunjukkan yang dia terkejut dengan soalan itu. Fikirannya menerawang jauh tadi.

Dia tak bermimpi. Semuanya benar-benar terjadi. Apabila dia membuka matanya pagi tadi, Shin masih ada disisinya. Masih memeluknya seperti dalam mimpinya.

Degupan jantung Ayen tak sekata sebaik dia masuk ke dalam kereta ini tadi. Mahu atau tidak, peristiwa petang kelmarin tetap juga menghantui dia. Telinganya masih mendengar bunyi berdesing itu dan bayangan tubuh yang berlumuran darah itu masih jelas dalam minda Ayen.

"Ayen?"

Ayen terkejut lagi sekali. Tanpa sedar dia telah memejamkan matanya dalam cubaan memadamkan bayangan lelaki itu dalam mindanya.

"Hah?" Wajah Shin dipandang blur.

"Are you okay?" Shin bertanya dengan riak risau pada wajahnya. Pagi ini saja dah masuk dua puluh lima kali rasanya dia mengulang soalan yang sama kepada Ayen.

Angguk. "Okey. Ayen okey."

Ayen mengucap selawat berulang kali dalam hati. Cuba untuk menenangkan dirinya sendiri. Dia jadi takut untuk memandang ke hadapan. Takut sesuatu akan melintas secara tiba-tiba seperti yang berlaku kelmarin.

"Just close your eyes if it is comfortable for you." Shin memberi arahan bagaikan dapat membaca fikiran Ayen ketika itu.

Agaknya dirinya nampak nervous. Fikir Ayen tanpa membalas kata-kata Shin tadi. Fokusnya cuba dialihkan daripada pandangan depan ke tingkap kereta. Debarannya sudah berkurangan tetapi bayangan kelmarin masih juga bermain dalam mindanya.

"Ayen rileks, tak payah fikir apa-apa." Shin bersuara lagi.

Ayen mengeluh perlahan. Wajahnya dipalingkan ke arah Shin sebelum dia mengikut arahan lelaki itu. Matanya dipejamkan.

"Abang." Panggilnya memecahkan kesunyian selepas beberapa ketika.

"Yes?"

"Orang tu..." Suara Ayen tersekat dikerongkong. Walaupun dia bersungguh mahu mengajukan soalan itu namun ayatnya selalu tersekat. Dia tak berani. Takut dengan jawapan yang akan diberikan Shin.

"Dia tak apa-apa."

Tipu. Desis Ayen dalam hatinya.

"Dia... masih..."

"He is alive." Shin memotong kali ini. Sudah tahu apa yang mahu ditanya oleh Ayen.

"Rileks, okay. I'll make sure to keep him alive." Serentak dengan itu Ayen terasa tangannya digenggam oleh Shin. Memujuk untuk dia mempercayai kata-katanya.

Ayen mahu bertanya lagi tapi dia memilih untuk mendiamkan diri.

"Kalau Ayen nak apa-apa bagitau je tau. Cakap kat ibu. Tak pun Ayen call abang," ujar Shin. Dalam kepalanya memikirkan jika ada perkara yang mahu diberitahu kepada Ayen.

Hikayat Pintu SebelahWhere stories live. Discover now