14

4.9K 337 30
                                    

"EH? Macam kenal." Itu ayat pertama yang keluar dari mulut Ayen sebaik seorang wanita mengambil tempat di hadapannya,  di kaunter tersebut. Terkebil-kebil mata Ayen memandang wajah wanita itu yang nampak blur. Namun di sebalik mask yang dipakainya, bibir Ayen sebenarnya sudah mengukir senyuman.

"Kak Edd kan?" Ayen dah bertanya terlebih dahulu walau dah yakin jawapannya.

Edd masih nampak blur.

Lantas Ayen membuka ikatan mask pada belakang kepala lalu menanggalkan mask tersebut. Dia senyum.

"Ayen la ni. Wife abang Shin... Ingat?" Teruja Ayen memperkenalkan dirinya.

Lama Edd renung mukanya sebelum, "Laa... Ayen." Wanita itu memetik jari.

"Sorry,  sorry... Kak Edd memang susah sikit nak kenal orang," ujar Edd dengan sengihan bersalah.

"Tak pe.  Lagipun Ayen pakai mask tadi," balas Ayen semula.

Kali ini Edd tersenyum. Manis senyumannya membuatkan Ayen tiba-tiba rasa wanita kat hadapannya ini sangat lawa.

"Eh... Kejap. Ayen kerja sini ke?" Edd mengajukan soalan. Dia merenung lab coat yang menutup kemeja yang dipakai Ayen.

"A'ah. Pharmacist." Masa majlis hari tu lupa pula nak tanya kerjaya masing-masing. Ye tak?

"Wah... Rupanya. Kak Edd baru tahu. Padanlah sesuai dengan Shin. Pharmacist dengan doktor, memang match made from heaven la korang."

Ayen tarik sengih. Tengok... Kak Edd pun tahu Ayen dan Shin ni match made fron heaven. Shin seorang tak ngaku.

"Kak Edd pregnant kan?" Ayen ubah topik. Balik pada tujuan asal Edd berada di hadapannya tika ini. Seketika dia sempat pandang ubat yang mahu diberikan kepada Edd.

Edd hanya menjawab soalan itu dengan senyuman penuh makna.

"Wah... The cutest Didi nak dapat adik la ni," komen Ayen. Terbayang pula telatah Didi yang Shin perkenalkan sebagai girlfriend dia masa majlis tempoh hari.

"Tahniah kak Edd," ucap Ayen ikhlas.

"Thank you."

"Tapi ni mesti blood pressure kak Edd rendah sangat kan. Sebab tu bertimbun folic acid dalam prescription." Ayen berkata pantas bagaikan memang dah menunggu nak menyuarakan ayat itu.

"Haih, itulah pasal. Masa pregnant Didi dulu, macam ni juga kejadiannya," omel Edd bagaikan mengadu dengan Ayen.

Ayen senyum sebelum mula menerangkan schedule pemakanan ubat kepada Edd.

"Tu bukan Edd ke?"

Edd baru je berlalu. Baru keluar daripada unit farmasi pesakit luar itu dan tak sampai seminit Ayen terus diasak dengan soalan itu daripada pegawai seniornya. Senior yang Ayen kenal sebenarnya sebab merupakan salah seorang rakan Shin.

"Abang Hafis kenal ke?" Ayen bertanya. Unit itu tiada orang ketika itu. Edd merupakan pelanggan terakhir untuk pagi itu.

Pelik pula bila Hafis tiba-tiba sebut nama Edd. Kalau kenal, kenapa masa berselisih tadi Edd terus berlalu je? Tak nampak tanda dia kenal Hafis pun.

"Kenal. Tapi dia mana kenal abang Hafis." Hafis menjawab selamba sambil masuk ke dalam bahagian staf farmasi itu.

Erk? Ayen confuse. Jawapan serupa apakah itu?

Hikayat Pintu SebelahWhere stories live. Discover now