4

5.3K 375 30
                                    

"PAGI Aireyn. Selamat kembali." Ucapan selamat pagi daripada rakan sekerjanya, Tina, membuatkan Ayen tergelak besar.

"Wei... kemain kau ucap macam aku kembali ke rahmahtullah pulak." Ayen membalas selamba dengan gelak yang masih bersisa.

"Cewah mulut kau asal celupar sangat? Aku ucap selamat kembali daripada ber-honeymoon kut." Tina menepuk bahu Ayen menggunakan board di tangannya. Tunjuk geram apabila Ayen selamba je bercakap perkara yang ntahapapa.

"Chait! Honeymoon apanya? Kite cuti berapa hari je." Omel Ayen, membalas balik. "Penat majlis pun tak habis tau."

"Aik... tu baur-baur tak puas cuti je. Mentang-mentang la dapat husband kacak meletop."

Ayen ketawa lalu mengangkat bahunya. Couldn't argue more. Ayen ni kalau ikutkan nak cuti lama lagi, tapi memandangkan Shin cuti beberapa hari je... dia pun ikut sekalilah apply cuti yang cuma sekerat bilangannya.

Kalau cuti panjang pun tapi berseorangan, apalah ertinya kan. Mereput je la.

"As a wedding gift, I nak bagi you sesuatu Ayen." Kevin, si mamat cina yang merupakan kawan Ayen sejak zaman belajarnya lagi, bersuara tiba-tiba. Mengejutkan Ayen yang baru nak termenung mengingati abang Shinnya.

"Hari ni you accompany I pergi round ward," ujar Kevin sambil tersenyum-senyum.

"Alaa, setakat round ward I biasa buat." Laju je Ayen membalas.

"Selalu you pergi O&G kan... Hari ni you teman I pergi internal medicine la."

Ayen kerut dahinya. "Tina ada kan? You nak buli I saja ke, Kev?"

"Tina ganti dengan you la. I nak test bawa you hari ni."

"You fikir I ni tikus makmal ke nak test bagai?" Ayen balas sarkastik.

"Kevin nak test hari ni. Kalau pharmacist tu wife dia sendiri, Dr. Shin akan tegas juga ke tak. Tahu tak dia punya semangat nak tunggu kau dengan Dr. Shin naik cuti semata-mata sebab nak jalankan test dia ni." Tina tolong jawabkan bagi pihak Kevin.

Kevin pula dah tersengih-sengih mengiyakan kata-kata itu.

"Huk aloh, apek! Ada je idea you kan?" Ayen mengomel sambil menggeleng kepala sendiri.

Kevin tersengih tak bersalah.

"Kena test la. Mustahil itu Shin nak marah-marah juga dengan wife dia sendiri."

Ayen mencebik. Shin kat hospital ni terkenal dengan sikapnya yang suka berdebat dengan pharmacist. Asyik nak membantah je dos ubat yang mahu diberikan kepada pesakit. Sebab tu la kebanyakan pegawai farmasi mengelak untuk mengendalikan department yang sama dengan Shin.

Banyak karenah doktor seorang tu. Cerewet!

"Dengan you dia mesti kompromi punya." Yakin Kevin menyatakan pendapatnya.

♥♡♥

Tett! Hipotesis Kevin ditolak. Shin nak berkompromi dengannya semata-mata sebab Ayen ni isterinya? Huh, jangan harap! Makin dia ajak Ayen berbahas adalah!

"We can't do that. You know the consequences." Ayen membantah tatkala mereka sedang berbahas mahu menghentikan dos ubat salah seorang pesakit ataupun tidak.

"I also know the consequences if we stop the medicine. He will get worse." Laju Shin membantah tanpa memandang Ayen. Dia menunduk sedang menulis sesuatu pada kertas di atas meja.

Hikayat Pintu SebelahWhere stories live. Discover now