34

6.9K 414 30
                                    

AYEN merehatkan sikunya di tepi tingkap kereta yang sedang bergerak itu sambil tapak tangannya melekap di dahi. Kepalanya terasa berdenyut selepas hampir beberapa jam menghabiskan masa di rumah ibu bapanya. Sakit kepala bukan kerana apa tapi kerana terpaksa mengasah bakat lakonan dengan berlakon 'normal' di hadapan ibu.

Takkan nak tunjuk kat depan ibu yang Ayen sedang krisis dengan Shin kan? Kalau tunjuk, sahlah ibu kerat empat belas seluruh tubuh badan Ayen.

Ayen tak tahulah apa motif Shin mengheret Ayen untuk balik ke rumah minggu ini. Sekeras mana pun hati Ayen, bila hal melibatkan orang tua mereka, dia memang tak banyak hal.

Agaknya sebab Shin tahu hakikat itu, maka dia sengaja bawa Ayen balik. Ingatkan dengan cara tu Ayen nak bercakap semula dengan dia?

Sorry tapi kali ini Ayen dah nekad untuk keraskan hatinya.

Bunyi yang tiba-tiba kedengaran dalam kereta itu membuatkan Ayen tersentak dari lamunannya. Terus dia menoleh ke sebelah.

Tadi elok je kereta ni aman-damai-sunyi-sepi, tak ada pula nak buka radio. Dah kenapa tiba-tiba nak dengar lagu bagai. Tak nampak ke Ayen tengah sakit kepala ni?

Namun tatkala Ayen menoleh dan dia dibalas dengan pandangan Shin yang bagaikan tahu sahaja apa yang ada dalam benaknya, tak jadi dia mahu membuka mulut. Pandangan kembali ditala kehadapan.

Dia dengar Shin mengeluh dengan responnya. Namun Ayen tetap mendiamkan diri.

Biarlah radio tu nak melalak pun. Okey lagi banding senyap mengalahkan perpustakaan negara.

Ayen memejamkan matanya seketika. Tiba-tiba rasa syukur pula sebab Shin buka radio tu. Tenang sikit telinga ni mendengar.

Tenang sehinggalah...

🎵 Melepaskanmu...bukan mudah bagiku untuk melalui... 🎵

Ah, sudah! DJ radio ni dah kenapa? Dalam banyak-banyak lagu, tu juga yang dia pilih?

Tanpa sedar tangannya sudah bergerak menekan butang untuk menukar siaran radio. Shin menoleh kerana tindakannya namun tak berkata apa-apa.

🎵 I hate you, I love you, I hate that I want you... 🎵

Why did people need to create song like that? Ayen sekali lagi tukar siaran radio.

🎵 Salahkanku, jangan salahkanmu... kasih biarku lupakan dirimu... Mana satu ku jadi keliru... 🎵

DJ radio ni dah kenapa? Lagu lama macam tu pun nak main lagi buat apa? Tukar stesen lagi.

🎵Don't you give up, nah nah nah... I won't give up, nah nah nah... Let me love you... 🎵

Aisht! Frekuensi radio bertukar lagi.

🎵We don't talk anymore, we don't talk anymore, we don't talk anymore... Like we used to do... 🎵

Tangan Ayen sekali lagi mahu menukar siaran radio namun tak kesampaian apabila tangan orang di sebelah sudah mendahului.

Radio dimatikan terus.

Ayen tergamam lalu menoleh ke sebelah. Cewah, protes ke doktor seorang ni? Terus nak matikan radio?

"Kalau ya pun jiwa kacau, tak yah la nak protes dengan stesen radio tu," ujar Shin dengan muka tak beriak apa-apa.

Ayen menjegilkan mata. Protes dicakapnya aku? Terus dia menjeling, geram.

"Lagipun kita dah sampai," ujar Shin lagi walaupun kata-katanya tadi tak dapat respon.

Hikayat Pintu SebelahWhere stories live. Discover now