57

9.9K 435 56
                                    

LEPAS dengar conversation Shin dan Abang Rul tu, sumpah Ayen lega. Macam diangkat satu beban yang sangat berat pada hatinya. Sekarang dah rasa lapang, ringan dan tenang.

"Dahlah curi dengar conversation orang, buat tak dengar pula abang cakap kan?" Ayen tersedar apabila terasa pipinya dicubit kuat.

Baru tersedar kepala Shin masih berada di ribanya. Dan entah sejak bila tangannya yang sebelah lagi berada dalam pegangan Shin.

Dia tarik sengih. "Ayen tak sengaja la."

Shin buat muka, yang mengundang tawa Ayen. Encik suami buat muka pun tetap hensem.

Gosh! Seriously Ayen never-ending love for him, huh?

"Abang cakap apa tadi?" soal Ayen.

Shin tersenyum.

"Abang cakap 'thank you'."

"Thank you kenapa? Sebab curi dengar abang berbual dengan Abang Rul?"

Spontan Shin melepaskan tawa. "Bukanlah, Mrs. Syazani."

"Dah tu?" Suka cakap sekerat-sekerat. Buat orang confuse je.

"Thank you sebab Ayen bersabar tunggu abang."

Ayen senyum. Automatik tulang pipi memberi tindak balas.

"And thank you sebab tak give up walaupun abang layan Ayen teruk."

"Tahu pun abang kan." Ayen mencubit pinggang Shin. Bila fikir balik sikap Shin yang 'beku' pada dia tu, sumpah taubat! How come you can survive, Ayen?

Obviously, it is the power of never-ending love for Shin.

"Couldn't help it. Tu personaliti abang. Abang betul-betul anggap Ayen macam adik abang mula-mula dulu. Abang rasa tak masuk akal sebab kahwin dengan 'adik' sendiri." Shin buat pengakuan.

"Maknanya abang tak terima Ayen bukan sebab Abang Rul?" duga Ayen.

"Not at all. It was all because of me." Shin yang nak lari dari kenyataan yang dia dah kahwin dengan Ayen.

"Ayen nak tanya." Ayen bersuara selepas beberapa ketika.

"Apa dia?"

"Sejak bila abang suka kat Ayen?"

Shin terdiam berfikir seketika. "Sejak bila abang tak pasti. Tapi kalau tanya sejak bila abang sedar, abang ada jawapannya."

Ayen angkat kening. "Bila?"

"It was after you started ignoring me."

Ayen tergelak. Once again, because of that 'mogok'. Maknanya semua bermula sejak tu.

Ada bagus juga tindakan Ayen dulu kan? Kalau tak entah sampai bila dia dan Shin akan kekal dengan keadaan lama tu.

"But before I could told you, the accident happened." akui Shin. Entah pengakuan ke berapa sejak tadi. Malam ni the night of truth agaknya.

"Tapi kenapa abang tak bagitau lepas tu?"

"I tried to. Tapi Ayen anggap abang layan Ayen macam tu sebab Ayen accident."

Okey. Ayen mengaku lagi. Memang itu andaian dia masa tu.

"Lagipun abang banyak kali hantar signal tau."

"Signal apa pula?"

'Signal' drama Korea yang gempak tu ke apa? Ke lagu TWICE? Ayen sekali lagi merapu. Hentak kepala sendiri, Yen.

Hikayat Pintu SebelahWhere stories live. Discover now