Aku duduk di atas bangku yang terdapat di dalam bilik menari selepas penat berlatih tarian baru. Tidak lama lagi, aku akan debut sebagai girl group yang kedua selepas 2NE1.
Aku memandang jam. Sudah pukul 10 malam. Pasti ramai staff YGE yang sudah pulang ke rumah. Tetapi aku masih menunggu Jinhwan kerana dia sudah berjanji akan membantu aku dengan tarian.
Aku bangun dan berlegar legar di ruang yang sunyi ini. Masa terus berjalan tetapi kelibat Jinhwan masih tidak kelihatan. Aku melepaskan keluhan yang berat. Ini sudah kali yang ketiga dia lupa akan janjinya.
Semenjak Jinhwan debut, masa yang diluangkan untuk aku sangat sedikit. Aku rindukan Jinhwan yang sebelum ini. Jinhwan yang sentiasa mengambil berat pasal aku dan membuat aku tersenyum. Tetapi kini, dia hanya membuat aku kecewa dengan perubahannya.
Pintu bilik terbuka. Aku tenampak Jinhwan berjalan laju ke arah aku. Dari gayanya, seolah-olah dia baru teringatkan janjinya pada aku. Saat dia berada betul-betul di hadapanku, badan aku ditarik ke dalam pelukannya. Erat. Rambutku diusap lembut membuatkan aku berasa tenang.
"Mianhae jagiya. Oppa betul-betul sibuk hari ni sebab ada rakaman untuk lagu baru." Tanpa dipinta, dia terus menjelaskan.
Aku senyap. Bukan kerana aku marah tetapi kecewa. Aku cuba untuk memahami kehidupan Jinhwan yang semakin sibuk tapi Jinhwan seolah-olah tidak memahami aku.
Pelukan dilepaskan. Dia memegang kedua bahu aku dan memandang tepat mata aku. "Jagi marah oppa ke?" Lembut Jinhwan bertanya.
Aku memandang lantai. Tetapi Jinhwan memegang dagu aku dan membuat aku memandang ke arahnya. Tepat ke dalam matanya yang cantik berwarna coklat pekat.
"Aniya. Saya tak marah pun.." Aku membalas perlahan. Menatap matanya cukup untuk membuat rasa rindu aku hilang. Kalau boleh aku ingin masa berhenti agar aku dapat terus melihat orang yang aku sayang tanpa ada gangguan.
"Dah tu, kenapa muka masam je ni. Tak senyum untuk oppa. Sini oppa tolong bagi jagi senyum." Tanpa amaran, dia terus melekapkan bibirnya dengan bibir aku.
Disebabkan terkejut aku cuba meleraikan ciuman itu tetapi Jinhwan memegang kepalaku dengan tangan kanannya dan sebelah tangannya lagi memeluk pinggang aku.
Perlahan dia menolak aku ke dinding, membuatkan aku bersandar. Tubuhnya bersentuhan dengan aku. Buat seketika kami berbalasan ciuman.
"Oppa ni.." Aku rasa muka aku dah merah padam macam udang kena bakar. Dada Jinhwan ditampar lembut. Kalau kuat sangat nanti takut effect dekat jantung.
"Kyeopta jagiya." Jinhwan mengelus pipi lembut aku. Aku tersenyum gembira. Aku menatap wajah seolah tiada lagi hari esok.
"Jinhwan hyu ..." B.I membuka pintu dan masuk tetapi apabila dia melihat Jinhwan dengan aku, terus dia keluar dan tutup pintu semula.
Aku dan Jinhwan memandang ke arah pintu. Sekali lagi tersembul kepala B.I sambil tersengih. "Eyy, hyung buat apa tadiii." Acara mengusik sudah bermula. Semakin lama senyuman nakal B.I semakin lebar.
Aku melihat ke tempat lain. Aish! Malu sangat sampai aku rasa dah tak sanggup dah berhadapan dengan B.I lagi walaupun kami berkawan baik.
"Kacau je lah. Ada apa-apa ke cari hyung?" Jinhwan cuba berkelakuan biasa walaupun aku tahu dia juga berasa malu. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.
"Rakaman tak habis lagi lah. Hyung ni curi tulang kan. Dating dengan awek dekat tempat kerja pulak tu." B.I ketawa melihat wajah Jinhwan yang bengang apabila diusik begitu.
Aku pula hanya diam. Malas nak masuk campur urusan mereka. Nanti kalau aku pun cakap jugak, hmm, mesti aku pun kena bahan dengan B.I.
"Okey, kau pergi lah dulu. Lepasni hyung naik." Jinhwan membalas. Baru teringat yang mereka masih belum menghabiskan rakaman lagu.
Jinhwan melepaskan keluhan berat sebelum memandang ke arahku.
"Mianhae jagi, oppa ada.."
"Gwenchana gwenchana. Saya okey je. Awak pergilah." Aku memotong percakapannya. Jujur aku berasa sedih sebab kami baru sahaja berjumpa. Tak sampai satu jam pun lagi.
Wajah Jinhwan menunjukkan dia berasa serba salah. Aku pula cuba untuk menyembunyikan kekecewaan aku.
"Jagi balik dulu ye? Habis rakaman nanti oppa pergi rumah." Jinhwan mengusap lembut rambutku.
Aku hanya memberikan senyuman tipis. "Jangan lah buat muka macm tuu" Dia memegang kedua dua belah pipi aku, kemudian ibu jarinya mengusap pipiku. Senyuman manis di bibirnya sedikit sebanyak telah mengubat kekecewaan aku.
"Hmm arasseo." Balasku sepatah.
"Saranghae jagiya." Dia mencium pipiku sebelum dia melangkah keluar.
"Nado saranghae" Kataku lembut sambil melihat Jinhwan pergi.
Hm. Aku menarik nafas sedalam mungkin dan dihembus kuat. Aku cuba untuk berfikiran positif. Aku tidak mahu disebabkan sikapku yang tidak memahami, akan merosakkan hubungan kami. Aku mengambil keputusan untuk berlatih menari lagi.
Hanya kedengaran bunyi muzik dalam bilik tarian. Seletah berlatih selama 1 jam aku terus menyimpan barang-barang aku ke dalam beg. Tuala dicapai kemudiannya mengelap peluhku yang membasahi wajah. Aku melangkah keluar dari YG. Perjalanan pulang ke rumah amat sunyi. Bandar Seoul yang bising pada siang hari kini amat senyap.
Tidak banyak kereta yang lalu. Hmm mungkin mereka sudah tidur, fikirku. Sampai sahaja di depan pintu rumah, aku memasukkan pin nombor kemudian aku meletakkan kasut di rak kasut.
Saat aku melintasi ruang tamu, tiba-tiba ada seseorang memeluk aku dari belakang. "Arghh!" Aku menjerit ketakutan. Aku cuba untuk melepaskan diri daripada pelukannya tetapi tidak berjaya. Ruang tamu yang gelap menyebabkan sukar untuk aku melihat wajahnya.
"Shhh, ni oppa laaa" bisiknya lembut di telinga aku. Aku melepaskan nafas lega. Aku yang tadinya ketakutan kini berasa tenang. "Oppaa nii" rungut ku manja. Lengannya yang sedang memeluk pinggang aku, ditampar lembut.
"Mianhae sebab buat jagi terkejut." Katanya sambil meletakkan kepalanya di bahuku. Pelukannya semakin erat. Aku tersenyum. "Oppa dah habis rakaman ke?" Soalku. Hairan jugak aku apabila dia tiba-tiba ada di rumah.
Dia menggelengkan kepalanya. "Belum, tapi dah lewat sangat. Jadi oppa balik lah." Teranganya. "Jagi kenapa balik lambat? Jangan buat oppa risau lah" ucapnya sambil mengucup pipi aku. Aku ketawa.
"Saya khusyuk sangat menari tadi" jawabku. Kemudiannya dia memusingkan tubuh aku agar mengadapnya. Lalu tubuh aku ditarik rapat ke arahnya menyebabkan kami saling bersentuhan. Tangannya mengelus lembut wajahku. "Oppa rindu jagii" ucapnya dengan suara yang mampu menbuatkan aku terbuai-buai.
"Nado" balasku ringkas. Lehernya dirangkul lembut. Dengan pantas bibir aku dikucupnya. "Tidur jom. Oppa penat lah" ajaknya manja.
Aku ketawa lalu mengangguk. "Ga-ja!" Kataku bersemangat.
***
Comel pulak jinhwan dalam ni.
YOU ARE READING
[HIATUS] Imagines + iKON
Fanfiction+ Buku yang dipublished khas untuk iKONICs dan imaginasi datang dari diri aku sendiri / tukang request. Dibintangi oleh ahli iKON: ⇨ Kim Hanbin ⇨ Kim Jinhwan ⇨ Koo Junhoe ⇨ Kim Jiwon (Bobby) ⇨ Song Yunheong ⇨ Jung Chanwoo || 아이콘 ||