🌸 Jinhwan | VIP Pass

287 20 0
                                    

Daeun merupakan peminat fanatik iKON. Memang sejak era WIN: WHO IS NEXT lagi dia dah minat mereka. Dan member yang paling dia minat ialah Jinhwan. Yang paling menggembirakannya ialah dia telah mendapat tiket VIP untuk ke belakang pentas!

iKON akan mengadakan konsert mereka di Seoul. Dan hanya 5 sahaja peminat bertuah yang dapat memiliki pass ini. "Ohmygod! Aku masih tak percaya! Aku boleh tengok Jinhwan aku dekat-dekat" jerit Daeun sambil menggoncangkan bahu rakannya, Jiae. Jiae sekadar mengangguk-angguk kepalanya. Malas nak melayan perangai fanatik Daeun ni. Dia pun dipaksa oleh Daeun untuk teman dia pergi konsert iKON.

Kalau ada tempat duduk takpe lah jugak. Ini tidak. Rock Zon yang dipilihnya. Mau lenguh kaki berdiri berjam-jam ni. Dengan nak bertolak-tolak lagi dengan peminat yang lain. Fuhh, fikir pasal tu pun dah boleh lemas.

"Iya iyaaa. Tapi jangan lah goncang aku kuat sangat! Bergegar otak aku ni" marah Jiae sambil menolak tangan Daeun kasar. "Aku kena bersiap sekarang" kata Daeun lalu berlari ke almarinya. Dia mengenakan pakaian yang amat ringkas dan selesa. Yelah, memandangkan suasana dekat konsert nanti sesak, jadi Daeun taknak lah pakai baju liplap liplap lak. Sekadar baju blouse putih dengan seluar jeans pendek dan sneakers warna merah.

"Wuuu, comelnyaa" puji Daeun pada dirinya sendiri. Jiae yang mendengarnya membuat gaya seolah-olah nak muntah. "Eeee kau ni" marah Daeun apabila melihat reaksi Jiae. Jiae ketawa apabila melihat wajah masam kawannya. "Dah lahh shuh shuh. Pergi jumpa Jinhwan kau tu" halau Jiae. Dia malas nak turun sekali jadi dia biar Daeun pergi dulu. Memandang hanya Daeun seorang je yang ada VIP pass.

Daeun tersenyum gembira. "Bye!" jeritnya lalu berlari keluar dari bilik. Sampai sahaja di kawasan konsert, sudah terdapat begitu ramai peminat yang menunggu. Daeun terpegun dengan suasana di situ sehingga menyebabkan dia terlanggar sesuatu yang besar yang berbulu. Daeun jatuh terduduk. "Awww" jerit Daeun perlahan apabila punggung terasa sakit.

Apabila Daeun mengangkat wajahnya, dia terkejut apabila melihat Krunk sedang memandangnya. Patutlah rasa berbulu semacam je, Krunk rupanya.

Krunk tersebut menghulurkan tangannya. Daeun mencapai, dan Krunk tersebut membantu Daeun bangun. Aksi Krunk tadi diambil gambar oleh peminat dan pastinya gambar tersebut akan tersebar dengan cepat kan. Daeun menundukkan kepalanya. "Maaflah" kata Daeun sambil tersenyum kemudian terus berlalu ke pintu stadium.

Daeun menunjukkan pass VIPnya kepada staff dan staff tersebut membenarkan Daeun masuk. 5 orang peminat yang bertuah termasuk Daeun diberi sedikit 'ceramah' oleh staff. Macam, jangan pergi ke kawasan bahaya, ataupun menghilangkan diri. Staff tersebut turut mengatakan yang mereka akan diberi peluang untuk bertemu dengan iKON setelah mereka sudah bersiap.

Daeun sungguh teruja. Telefon sudah dipegang di tangannya. Bersedia untuk bergambar dengan Jinhwan. Mereka diberi masa untuk meninjau sendiri keadaan di belakang pentas dan tempat pertama yang dituju oleh Daeun ialah bilik persalinan iKON. Apabila sampai di depan pintu bilik iKON, Daeun merasakan yang jantungnya seolah ingin melompat keluar.

Daeun membuka pintu bilik tersebut dan menjengul masuk kepalanya ke dalam, badannya pula masih di luar. Mata Daeun melihat keadaan di dalam bilik tersebut. Memang luas betul! Ada sofa, set tv dan macam-macam lagi. Dan tiba-tiba mata Daeun bertemu dengan Bobby. Tup! Daeun terasa seperti jantungnya ingin meletup.

"Ada pengintipp!!" jerit Bobby. Sengaja dia berkata begitu kerana ingin mengusik peminat mereka. Dan mereka juga dimaklumkan mengenai 5 orang peminat. Daeun yang terkejut segera menutup kembali pintu dan melarikan dirinya sejauh yang mungkin. Kemudian dia menyembunyikan diri di satu sudut yang tidak ada ramai staff.

[HIATUS] Imagines + iKON Where stories live. Discover now