Hanbin duduk termenung di dalam kelas sambil tangannya memegang choco cone. Dia sendiri pun taktau kenapa dengan diri dia, tapi otak dia tengah blank gila sekarang ni. Tiba-tiba seseorang menyergahnya membuatkan Hanbin sedikit terkejut.
Hanbin tersenyum saat melihat Hyejin, teman wanitanya, mengambil tempat duduk disebelahnya. "Termenung apa? " tanya Hyejin. Hanbin menggelengkan kepalanya. "Exam dah nak dekat. Saya risau" luah Hanbin.
"Kita study sama-sama?" ajak Hyejin sambil membuat aegyo. Hanbin ketawa lalu menggosok lembut kepala Hyejin kemudian mengusap pipinya. "Arasseo" balas Hanbin. Kemudian Hyejin berlalu keluar apabila cikgu kelas Hanbin dah masuk memandangkan Hyejin dan Hanbin tak sama kelas.
Sepanjang cikgu mengajar, Hanbin cuba untuk fokus. Dia amat lemah dalam mata pelajaran sejarah. Yelah, siapa ja yang suka sejarah kan? Kalau cuba nak belajar pun, seminit lepas tu rasa mengantuk dah.
"Kim Hanbin, sebelum ni kamu gagal kan? Cikgu harap ujian kali ni, kamu dapat tingkatkan lagi usaha kamu" kata cikgu secara tiba-tiba. Hanbin tersengih sambil memegang tengkuknya. "Kau pecah rekod jelah. 2 strike fail sejarah" usik Yunhyeong yang duduk di belakang Hanbin. Dia sendiri hairan dengan Hanbin. Mathematics punya high score tetiba dekat sejarah lak. Haa, jatuh gaung tuh!
Hanbin memusingkan tubuhnya dan menjelirkan lidah pada Yunhyeong sambil membuat muka 'beruknya'. Yunhyeong pula yang rasa geram + nak tumbuk tengok muka Hanbin tu.
"Kali ni aku akan bagi lulus lah. Aku study dengan Hyejin" dengan bangga Hanbin membalas. Sambil belajar tu boleh lah dia nak luangkan masa dengan Hyejin kan. Loceng berbunyi, dan Hanbin pantas bangun dari kerusinya.
Hanbin menunggu Hyejin di depan pagar sekolah. Apabila dia ternampak kelibat Hyejin, dia melambaikan tangannya. Hyejin berlari anak ke arah Hanbin, kemudian memeluk pinggangnya. "Ga-ja" ajak Hyejin.
Mereka menuju ke sebuah cafe yang khas untuk buat ulang kaji. Cafe yang memang senyap dan tak akan ada gangguan. Mereka berdua duduk di tempat yang agak tersorok.
Selepas membuat pesanan, Hyejin mengeluarkan bukunya. "Takkan nak mula sekarang?" soal Hanbin malas. Dia bersandar lemah pada kerusi kusyen dan membuat muka sedih pada Hyejin. Hyejin memandang Hanbin kemudian ketawa. "Mula sekarang lah. Habis tu bila lagi?" balas Hyejin dengan senyuman nakal di bibirnya.
"Tak larat lahh..." kata Hanbin manja. Dia mengelip-kelipkan matanya membuatkan Hyejin ketawa lagi. "Arasseo arasseo. Awak mula lepas makan lah" ujar Hyejin. Dia memulakan pelajarannya. "Hyejin-aaa" panggil Hanbin. Dia berasa bosan, jadi dia ingin mengacau Hyejin. Tapi, Hyejin tidak membalas. "Hyejin-aaa" panggilnya lagi.
Dan sekali lagi mata Hyejin hanya fokus pada buku. Hanbin mula berasa geram. Rasa nak merajuk pun ada jugak. "Jagiyaaaa" akhirnya Hyejin memandang Hanbin dengan wajah terkejut. Hanbin tersengih. Yelah, tak pernah-pernah lagi Hanbin panggil Hyejin macam tu. Sekarang ni, muka Hyejin merah gila.
"Apaa" balas Hyejin malas. Cuba untuk menutup perasaan malu tadi. Hanbin memeluk Hyejin dengan kedua tangannya dan meletakkan kepalanya di bahu Hyejin. "Kiss mee juseyeoo" pinta Hanbin sambil menyuakan pipinya.
"Shireo" usik Hyejin. Dia cuba mengekalkan wajah kosongnya. Namun gagal apabila melihat wajah sedih Hanbin. "Eishh, yelah yelah" Hyejin akhirnya mengalah. Saat bibirnya ingin sampai di pipi Hanbin, tiba-tiba sahaja Hanbin memusingkan mukanya membuatkan bibir mereka bertemu.
![](https://img.wattpad.com/cover/72959505-288-k988327.jpg)
YOU ARE READING
[HIATUS] Imagines + iKON
أدب الهواة+ Buku yang dipublished khas untuk iKONICs dan imaginasi datang dari diri aku sendiri / tukang request. Dibintangi oleh ahli iKON: ⇨ Kim Hanbin ⇨ Kim Jinhwan ⇨ Koo Junhoe ⇨ Kim Jiwon (Bobby) ⇨ Song Yunheong ⇨ Jung Chanwoo || 아이콘 ||