🌸 Donghyuk | A Short Date

600 36 6
                                    

Request by didanikim

***

"Jagiya!!" Donghyuk berdiri daripada duduknya dan berlari mendapatkan Yuien, kekasihnya. Dia berasa sungguh gembira melihat Yuien datang ke bilik latihan mereka di YG.

Yuien tersenyum dengan gelagat Donghyuk. Dia mendepakan tangannya dan berlari mendapatkan Donghyuk. Akhirnya mereka berpelukan buat seketika. Donghyuk pantas mencium pipi Yuien kerana rindukan kekasihnya.

"Aigooooooo!! Donghyuk-aaaaa!!" Ahli iKON yang lain ketawa dengan aksi Donghyuk yang terlebih manja dengan Yuien. Yang paling teruk ketawa ialah Bobby dengan Chanwoo. Mereka berdua merupakan pasangan yang paling suka mengusik orang. Walaupun Chanwoo ni adalah maknae tapi bukan senang nak buli dia sebab ketinggian dia yang memang tinggi gila.

Yuein menampar lembut lengan Donghyuk. Dia merasakan yang pipinya sudah bertukar merah kerana malu. Ini bukan kali pertama Donghyuk menciumnya di depan member iKON, tapi Yuien masih tidak dapat membiasakan diri.

"Saya ada bawakkan snek malam untuk korang." Yuien akhirnya bersuara sambil mengangkat bekas makanan. Malam itu, dia mendapat mesej daripada Donghyuk yang mengatakan dia terpaksa berjaga malam untuk membuat persediaan konsert. Yuien amat simpati dengan Donghyuk dan member yang lain. Dia tahu yang mereka perlu berehat tetapi itu merupakan kerjaya mereka. Dia tidak boleh menghalang.

"Jinjja yeo noona?" Soal Chanwoo teruja. Lalu dia bangun dan berjalan laju ke arah Yuien. Lengan Yuein ditarik kemudian dia menyuruh Yuien duduk sekali dengan mereka. "Yah! Suka hati je bawak lari yeochin
hyung!" Marah Donghyuk kerana ditinggalkan seorang diri. Kenapa mereka pula yang sibuk nak luangkan masa dengan Yuien? Huh!

"Hati tisu lah kau ni" balas Junhoe membuatkan wajah Donghyuk bertukar masam. Member yang lain hanya ketawa dengan gelagat maknae mereka. "Sini lah Donghyuk-aa." Panggil Yuien manja. Dia menepuk nepuk lantai di sebelahnya. Memanggil agar Donghyuk duduk. Senyuman kembali mekar di wajah Donghyuk. Dia berjalan lalu melabuhkan punggung di sebelah Yuien.

Mereka semua menjamu selera dengan gembira. Bilik tarian amat riuh kerana member iKON yang masih bersemangat walaupun hari sudah malam. Sikap mereka yang suka mengusik antara satu sama lain merupakan punca hidup mereka bertambah ceria. Mata Donghyuk tidak lepas memandang Yuein yang tersenyum serta ketawa melihat gelagat teman-temannya.

Rindu Donghyuk sedikit terubat dengan kehadiran Yuein. Tangannya mencapai tangan Yuein dan menggenggamnya erat. Yuien memandang Donghyuk dan memberikan senyumannya yang manis. Dia membalas pegangan tangan mereka.

"Saya balik dulu ye. Fighting untuk konsert korang yang akan datang" Yuien berdiri. Dia turut memberi semangat kepada mereka semua. Semua member bersorak dengan semangat.

"Gomawo noona!" Balas Chanwoo.

"Jom saya hantar awak" Donghyuk memegang tangan Yuien dan membawanya ke pintu. "Jangan lupa balik sini semula tau!" Jerit B.I sebelum Donghyuk melangkah keluar. Donghyuk memuncungkan bibirnya. Ish baru je nak lari!

"Arasseo!" Jeritan dibalas dengan jeritan.

Donghyuk dan Yuein berjalan sebentar di taman dan duduk di atas sebuah bangku. Suasana di taman yang amat sunyi memberikan mereka sedikit ketenangan dan juga privasi kepada Donghyuk. Yuein tahu pasti sukar untuk Donghyuk keluar secara bebas memandang mereka mempunyai banyak peminat.

Donghyuk berbaring di atas bangku dengan kepalanya beralaskan paha Yuein. Donghyuk tersenyum apabila Yuein mengusap lembut rambutnya. "Awak macam dah makin kurus lah" kata Yuein risau. Dia kemudiannya mengusap pipi Donghyuk.

Donghyuk memegang tangan Yuien yang sedang mengusap pipinya. "Jangan risau. Saya tak apa-apa." Dia tidak mahu Yuien risau dengan keadaannya jadi dia memberikan senyuman yang manis untuk Yuein. "Jangan sakit tau oppa" pesan Yuein. Donghyuk mengangguk.

Suasana menjadi sunyi seketika. Tangan Yuien masih lagi mengusap-usap wajah Donghyuk. Donghyuk menutup wajahnya, dia ingin menikmati sentuhan daripada Yuien. Usapan tangan Yuien membuatkannya cukup tenang. Dia ingin masa berhenti. Yuien pula mengambil peluang untuk menatap wajah Donghyuk. Tiba-tiba Donghyuk membuka matanya.

"Jagiyaa, kiss" Donghyuk memuncungkan bibirnya. Yuien ketawa dengan permintaan Donghyuk. Lalu dia pun mencium pipi kiri Donghyuk. "Aniyaaaa! Sini laaa" Donghyuk menunjukkan bibirnya. Sekali lagi Yuein ketawa dengan kuat. Dia begitu seronok mengusik Donghyuk. Yuein mencium pipi Donghyuk.

"Jagiyaa!" Donghyuk seolah-olah merajuk. "Arasseo arasseo" Yuien akhirnya mengalah. Bibirnya masih tidak berhenti senyum melihat gelagat Donghyuk yang seperti kanak-kanak. Lalu Yuien pun mendekatkan wajahnya dengan Donghyuk. Dengan pantas, Donghyuk mengangkat sedikit tubuhnya dan laju bibirnya mencium bibir Yuein. "Gomawo" ucap Donghyuk sambil memegang pipi Yuien.

Malam itu, mereka menghabiskan masa bersama di taman buat seketika. Yuien dan Donghyuk berbual-bual kosong dan berkongsi cerita. Sampailah B.I terpaksa telefon Donghyuk sebab dia keluar dating lama sangat. Okey, mungkin Donghyuk lupa yang mereka perlu berlatih untuk konsert akan datang.

"Iya iyaaa, saya balik lah ni" panggilan diputuskan. Donghyuk memandang Yuien yang duduk di sebelah. Dia begitu leka memandang dada langit yang gelap dan dipenuhi bintang. "Jagii" panggil Donghyuk.

Yuien memandang Donghyuk. "Awak kena pergi dah ke?" Tanya Yuien tetapi Donghyuk tidak menjawab. Yuien tersenyum. Dia tahu Donghyuk rasa bersalah dengannya. "Gwenchana. Nanti esok saya datang lagi." Pujuk Yuien pula. Donghyuk akhirnya mengukir senyuman. Dia gembira kerana Yuien memahami situasinya.

"Bila dah sampai rumah, mesej saya ye" pesan Donghyuk. Dia bangun begitu juga dengan Yuien. Kepala Yuien diusap lembut kemudian Donghyuk mencium dahinya. "Hati-hati ye. Jangan singgah mana-mana dah"

Yuien mengangguk faham. "Awak pergilah dulu" Donghyuk memusingkan tubuh Yuien dan menolaknya ke depan. Yuien tersenyum dan mula melangkah meninggalkan Donghyuk. Apabila Yuien semakin tidak kelihatan, Donghyuk turut mengatur langkahnya kembali semula ke YG.

***

Okey ke tidak? Ke bosan? Ke tak sweet?

Hoho

[HIATUS] Imagines + iKON Where stories live. Discover now