Request by denjhoe
***
Bobby mendail nombor telefon Denny buat kali yang kelima. Namun panggilan tidak diangkat, terus ke peti mail suara. Keluhan kasar dilepaskan. Kini Bobby rasa sunyi. Fikirannya berserabut.Dia seolah-olah sudah tidak dapat berfikir dengan waras sejak kematian rakannya, Jinhwan. Disebabkan kecuaian Bobby, rakan serumahnya mati dalam kebakaran yang tidak disengajakan.
Bobby meninggalkan makanan yang sedang dimasak begitu sahaja tanpa menutup apinya terlebih dahulu kerana pada masa itu ada orang yang datang ke rumahnya.
Bobby begitu rancak bersembang dengan jiran sebelah rumahnya. Dia sedar kehadiran Jinhwan yang baru pulang ke rumah. Namun tidak disangka Bobby akan berlaku kebocoran gas, dan akhirnya gas memasak tersebut meletup. Membuatkan rumah Bobby hangus teruk.
Bobby cuba untuk masuk menyelamatkan rakannya tetapi, dihalang oleh orang ramai. Semenjak kejadian itu, Bobby tidak pernah tenang. Hatinya sentiasa gusar. Dia merasakan yang dirinya sentiasa diperhatikan oleh seseorang. Dan kadang-kadang, Bobby akan berkelakuan seolah-olah Jinhwan masih lagi hidup
Teman wanitanya, Denny juga seperti menjauhkan diri daripadanya. Buktinya? Sudah banyak kali Bobby mengajak mereka keluar bersama namun Denny selalu menolak.
Donghyuk menepuk bahu Bobby. Dari tadi lagi termenung. "Kau kenapa? Dari tadi termenung." tegurnya. Dia duduk bersantai di atas sebuah bangku di tasik.
"Rumah aku berselerak lah. Nanti Jinhwan bising pula." beritahu Bobby. Donghyuk pupa terpinga-pinga mendengar kata-katanya.
"Apa maksud kau?" soal Donghyuk berhati-hati. Jauh di sudut hatinya, sungguh Donghyuk rasa bersimpati pada Bobby. Penampilannya amat tidak terurus. Rupa Bobby sekarang tidak ubah seperti orang gila.
"Aku nak balik dulu lah. Nanti Jinhwan cari pulak." ujar Bobby lalu bangun meninggalkan Donghyuk. Donghyuk terkejut lantas Bobby dikejarnya. Lengan Bobby dipegang.
"Yahh! Kenapa dengan kau ni? Jinhwan apa benda ni hah?" marah Donghyuk. Sekarang ini, susah untuk dia faham perangai Bobby. Kadang-kala dia berfikiran yang Bobby sudah tidak waras lagi.
"Kenapa kau nak marah-marah ni? Aku dah kata kan tadi. Rumah aku berselerak. Nanti kalau Jinhwan dah balik, dia bising pulak dekat aku." suara Bobby mula meninggi sehingga menarik perhatian daripada orang yang ada di sekitar mereka.
Donghyuk mengeluh. "Dia dah mati lah." beritahu Donghyuk berani. Bobby perlu disedarkan sebelum dia menjadi lebih parah.
Bobby terkejut mendengar kata-kata Donghyuk. Lantas dia merentap lengannya yang masih lagi dipegang oleh Donghyuk.
"Kau jaga sikit mulut kau. Dia tak mati lagi lah!" jerkah Bobby lantar berlalu pergi. Dia rasa amat bengang dengan Donghyuk.
Donghyuk mengeluh. Dia perlu buat sesuatu. Donghyuk rasa yang Bobby memerlukan rawatan. Dia sendiri pun ragu-ragu dengan keadaan mental Bobby.
***
"Kita nak pergi mana ni?" soal Bobby malas apabila dipaksa oleh Donghyuk untuk mengikutnya ke suatu tempat."Kita pergi hospital." jawab Donghyuk. Tidak dihiraukan Bobby yang sudah separuu ternganga mendengar jawapannya tadi.
YOU ARE READING
[HIATUS] Imagines + iKON
Fanfiction+ Buku yang dipublished khas untuk iKONICs dan imaginasi datang dari diri aku sendiri / tukang request. Dibintangi oleh ahli iKON: ⇨ Kim Hanbin ⇨ Kim Jinhwan ⇨ Koo Junhoe ⇨ Kim Jiwon (Bobby) ⇨ Song Yunheong ⇨ Jung Chanwoo || 아이콘 ||