🌸 Jinhwan | A Stubborn Sister

295 18 4
                                    

Request by gwanni

author; please vote

***
Ain mencapai beg sekolahnya lalu segera turun ke ruang makan. Apabila melihat makanan yang sudah terhidang, cepat-cepat dia mengambil tempat.

Sedang Ain sibuk menikmati sarapan, tiba-tiba, abangnya menarik tangannya dan membawanya naik ke biliknya semula.

"Eh ehhhh, hyung!! Apa ni hyunggg! Lepaslah. Orang nak makan ni!" marah Ain sambil cuba melepaskan pegangan tangan Jinhwan. Dijelingnya Jinhwan yang masih kekal dengan muka polosnya.

"Bukak seluar tu sekarang." arah Jinhwan sambil memandang tepat ke arah Ain yang sudah memuncung.

"Taknak lah!" bantah Ain. Baru sahaja dia ingin melangkah keluar dari bilik, sekali lagi Jinhwan menariknya. Ain mengetap giginya kerana geram.

"Hyung!!" jerit Ain lagi. Eyy, pagi-pagi dah buat orang geram.

"Apa dia hyung hyung? Panggil oppa lah! Sekarang ni, oppa nak Ain tanggalkan seluar tu. Dah kenapa pakai seluar panjang sekali dengan skirt? Ain ni perempuan lah!" bebel Jinhwan. Dia memicit kepalanya yang berdenyut sebab Ain punya pasal lah.

"Tak selesa lah pakai skirt je. Terdedah sangat lah." Ain memberi alasan.

"Ain taknak dengar cakap oppa lah ni? Okey okey. Kalau macam tu oppa taknak dah bagi duit belanja." ugut Jinhwan. Dia tahu hanya cara ini sahaja boleh buat Ain dengar cakapnya.

"Alaaaa hyungg....." Ain merayu. Sengaja dia menunjukkan mukanya yang teamat sedih tu sebab nak meraih simpati dari Jinhwan.

"No no. Oppa kira sampai 3. 1.. 2.." Jinhwan mengerling ke arah Ain.

"Heshhh! Arasseo arasseo!" Ain menghentakkan kakinya. Pantas pintu dihempas dengan kuat. Kalau tak sebab hyung bagi duit belanja memang aku tak dengar cakap dia!

"Tak payah nak hempas pintu tu sangat lah. Nanti oppa jugak yang nak kena repair." Jinhwan masih membebel sambil turun semula ke tingkat bawah.

***
"Harini oppa comel kau tu paksa kau pakai skirt je ke?" usik Lisa sambil cuba menahan ketawa. Dia memandang Ain yang wajahnya sudah cemberut.

"Hmm." jawab Ain malas. Meletakkan kepalanya di atas meja. Oppa punya pasal lah ni! Pagi-pagi dah buat mood orang hancur. Hump!

"By the way Lisa.." ujar Ain tiba-tiba dengan matanya yang masih tertutup.

"Ha? Apa dia?" soal Lisa tidak sabar.

"Boleh tak kau berhenti sebut abang aku tu sebagai abang comel? Aku rasa loya lah." kata Ain selamba. Dia membuka sebelah matanya apabila dia terdengar Lisa sedang mengekek ketawa.

"Apasal kau gelak?" tanya Ain geram. Lantas badannya ditegakkan semula dan memandang Lisa tajam.

"Kau kena faham kenapa aku panggil abang kau tu comel. Sebab dia memang comel lah. Kau tak perasan ke?" Lisa mengangkat sebelah keningnya. Hesh tak faham betullah perangai kawannya yang sorang ni. Luaran perempuan tapi perangai sebijik macam lelaki.

[HIATUS] Imagines + iKON Where stories live. Discover now