Request by didanikim
***
"Saya suka awak. Sudi tak jadi kekasih saya?" Junhoe memandang Dani yang sedang leka bermain dengan buaian di taman permainan."Saya taknak lah!" Jerit Dani kemudian dia berlalu meninggalkan Junhoe seorang diri. Bagi Dani, Junhoe bukanlah lelaki idamannya tambahan pula, Junhoe seorang lelaki yang selekeh. Penampilannya membuatkan Dani berasa takut untuk berkawan rapat.
Junhoe memandang sayu Dani yang sudah semakin jauh dari pandangan matanya. Keluhan berat dilepaskan. Dani merupakan cinta pertamanya. Dia memberanikan diri untuk meluahkan perasaan namun Dani menolak nya. Junhoe amat kecewa. Yaa teramat kecewa.
Beberapa tahun kemudian..
Dani sedang sibuk membuat latihan matematik. Dia lebih suka menghabiskan masa dengan buku berbanding lepak dengan pelajar lain. Lagipun tidak lama lagi mereka akan memasuki alam universiti jadi dia kenalah belajar dengan bersungguh-sungguh.
"Ada pelajar baru!!" Bobby yang merupakan rakan sekelas Dani, berlari masuk ke dalam kelas. Semua pelajar menumpukan perhatian padanya.
"Jinjja yeo?" Soal Jinnie teruja. Dia menepuk tangannya kerana gembira dengan berita itu. Dia berharap agar pelajar tersebut adalah lelaki.
Dani tidak berminat dengam berita tersebut jadi dia meneruskan kerjanya. Tiba-tiba datang seseorang menyiku Dani. Dani memandang sekilas rakan baiknya, Mina. "Hmm, wae?" Soal Dani malas.
"Kau tahu tak pasal pelajar baru tu? Ramai orang cakap dia hensem. Wah tak sabarnya aku!" Mina berkata teruja. Dia memegang pipinya dan mula berangan. Dani pula hanya tersenyum dengan gelagat Mina.
"Kau dah ada Mark lah. Janganlah nak menggatal lagi." Balas Dani membuatkan Mina memuncungkan mulutnya.
"Bangun kelas" ketua kelas memberikan arahan apabila Cikgu Lim masuk bersama dengan seorang lelaki. Saat mata Dani melihat lelaki itu, dia terkaku. Lelaki tu! Jantung Dani mula berdegup.
"Baiklah, semua duduk" arah Cikgu Lim. Dia memandang Dani yang masih berdiri. "Dani? Ada masalah ke?" Cikgu Lim memandang Dani, begitu juga dengan yang lain. Dani tersedar dari lamunannya, dan kembali duduk.
"Hari ni kita ada pelajar baru. Dia baru pindah dari UK. Perkenalkan diri." Pinta Cikgu Lim kepada pelajar itu.
Dani menanti dengan debar. Dia ingin memastikan yang apa yang sedang dia fikirkan adalah benar atau tidak.
"Anyeonghaseyo. Goo Junhoe imnida" perkenalan yang cukup ringkas namun membuatkan pelajar perempuan dalam kelas saling berbisik. Mereka tersenyum gedik memandang Junhoe.
YOU ARE READING
[HIATUS] Imagines + iKON
Fanfic+ Buku yang dipublished khas untuk iKONICs dan imaginasi datang dari diri aku sendiri / tukang request. Dibintangi oleh ahli iKON: ⇨ Kim Hanbin ⇨ Kim Jinhwan ⇨ Koo Junhoe ⇨ Kim Jiwon (Bobby) ⇨ Song Yunheong ⇨ Jung Chanwoo || 아이콘 ||