"Nahh, album untuk awak." Chanwoo menghulurkan album debutnya kepada kekasihnya, Hyesu. Dia tahu Hyesu sukakan iKON semenjak mereka debut lagi, dan member yang paling dia minat ialah Jinhwan. Tapi Chanwoo tak kisah siapa yang Hyesu nak minat, sebab sekarang Hyesu milik dia.
"Wahhhh!" Hyesu menjerit teruja. Dia mencapai album tersebut kemudian tubuh Chanwoo dipeluk erat. Dia berasa sangat gembira. Bukan senang dia nak dapatkan album yang ada sign daripada member group dan bias sendiri. Siap ada mesej lagi tu.
Chanwoo tersenyum melihat Hyesu yang begitu gembira. Dia membalas pelukan kekasihnya. Rambut Hyesu diusap lembut. "Sekolah macam mana? Ada orang buli awak tak?" Tanya Chanwoo. Disebabkan kariernya sebagai idola, dia terpaksa menangguhkan persekolahannya. Semasa dia mula-mula menjalinkan hubungan dengan Hyesu, CEO nya telah memberikan amaran. Namun Chanwoo tidak mahu mendengar. Dia tetap dengan keputusannya dan dia tidak mahu kehilangan Hyesu.
"Hmmm" Hyesu tidak menjawab. Matanya hanya tunduk memandang jalan. Mereka sekarang sedang bersiar-siar di sebuah taman berdekatan dengan YG. Chanwoo mengajaknya untuk berjumpa kerana dia rindukan Hyesu.
"Jagiyaa, wae?" Tanya Chanwoo. Dia berhenti berjalan. Tangannya memegang kedua-dua belah bahu Hyesu.
Hyesu memandang tepat mata Chanwoo. Walaupun Chanwoo sedang memakai mask dengan topi, namun wajahnya masih boleh dilihat dengan jelas. Perlahan Hyesu menggelengkan kepalanya, kemudian dia tersenyum. "Aniyaa. Semuanya okey je" balas Hyesu.
Chanwoo hanya mengangguk. Dia tidak mahu mendesak Hyesu, jadi dia ingin memberikan Hyesu sedikit privasi.
Keesokannya, Hyesu menunjukkan albumnya kepada rakan karibnya, Damin. "Wahhh!! Daebak, serius kau untung gila lah. Aku pun nak!" Damin cakap dengan teruja.
Hyesu hanya diam. Dia tidak mahu memberitahu Damin dari mana dia mendapat album itu. Hubungannya dengan Chanwoo hanya diketahui oleh syarikat Chanwoo sahaja.
"Adalahh" Hyesu tersenyum nakal.
"Dari mana kau dapat ni?" Tiba-tiba datang Junyeon. Dia merampas album tersebut daripada tangannya Damin lalu menelitinya. Junyeon tersenyum sinis. "Aigoo. Mesti kau sign sendiri kan album ni? Aishh, murahan betullah."
"Yah!! Kau ni memang mulut puaka kan?" Marah Damin. Dia mula berdiri kerana perasaan geram sudah menguasai dirinya. Hyesu memegang tangan kiri Damin. Dia tidak mahu berlaku pergaduhan di antara mereka berdua.
"Bagi balik album aku tu" Hyesu menghulurkan tangannya namun Junyeon tidak mahu memberi. "Kalau aku buat macam ni kann..." lalu dia menghempas album tersebut ke atas lantai. "Lepastu macam ni.." kemudian dia memijak sehingga hancur.
"Apa yang kau buat ni?!" Teriak Hyesu dengan marah. Dia menolak kasar bahu Junyeon membuatkannya berundur ke belakang. Junyeon yang marah dengan tindakan Hyesu, pantas tangannya menarik kasar rambut Hyesu. Hyesu menjerit kesakitan. "Apa susah sangat? Nanti kau beli lagi yang baru, lepas tu sign lah lagi kan" kata Junyeon lalu melepaskan rambut Hyesu.
Damin ingin meluru ke arah Junyeon tetapi ditahan oleh Hyesu. Apabila Junyeon berlalu pergi, Hyesu mula mengalirkan air mata yang sudah lama ditahannya. Damin memeluk bagu Hyesu. "Aishh, gwenchana Hyesu-yaa. Gwenchana" pujuk Damin.
Semasa pulang dari sekolah, tiba-tiba datang seorang lelaki ke arah mereka. Hyesu memandang lelaki itu, dan dia terkejut apabila lelaki tersebut adalah Chanwoo. Hatinya sedih lagi sekali apabila teringatkan albumnya yang sudah musnah. "Awak siapa ye?" Tanya Damin.
Disebabkan Chanwoo memakai mask dan topi, jadi tiada siapa yang dapat mengecam wajahnya. "Saya sepupu dia" balas Chanwoo. Dia memandang wajah Hyesu. Dia tahu sesuatu telah berlaku kepadanya. "Kenapa dengan Hyesu?" Soal Chanwoo. Dia menarik Hyesu ke dalam pelukannya. Rambut Hyesu diusap lembut.
"Junyeon rosakkan album Hyesu. Saya pun tak tahu apa sebab dia buat macam tu. Dari tadi Hyesu menangis je kerja dia" terang Damin panjang lebar. Chanwoo terkejut. "Oh, arasseo. Kamsahamnida." Katanya lalu membawa Hyesu pergi.
---
"Nanti saya bagi yang baru punya. Awak jangan sedih lagi" pujuk Chanwoo. Dari tadi lagi Hyesu hanya termenung. Sedikit pun makanannya tidak disuap ke dalam mulut. Dia hanya menguis mi tersebut.
Hyesu menggelengkan kepalanya. "Yang baru takkan sama dengan yang lama" perlahan sahaja dia membalas. "Jangan buat saya risau. Nanti saya bawa awak jumpa Jinhwan?" Dia mencuba lagi.
Hyesu memeluk tubuh Chanwoo. "Semua hadiah yang awak bagi, semuanya berharga pada saya. Sekarang, satu dah rosak" Hyesu mengadu.
"Gwenchana.."
Awal pagi di sekolah
Hyesu sedang duduk di tempat duduknya. Pandangan dilemparkan ke luar tingkap. Kemudian dia terdengar suara pelajar perempuan teriak seperti ternampak hantu. Namun Hyesu hanya mengabaikan mereka.
Hyesu mengangkat kepalanya apabila dia ternampak ada seseorang sedang berdiri di depannya mejanya. Alangkah terkejutnya Hyesu, apabila dia melihat Chanwoo berada di hadapannya. "Awak sedih lagi ke? Saya bawakan album baru untuk awak" Chanwoo duduk di sebelah Hyesu kemudiannya tangannya memeluk bahu Hyesu.
"Yahh, apa yang awak cuba buat ni?" Soal Hyesu. Dia melihat ramai pelajar perempuan sedang berkumpul di luar kelas. Hyesu mula risau. "Saya risaukan awak lah" balas Chanwoo sambil tersenyum.
"Paboyaa. Pergi balik sekarang" Hyesu mengalihkan tangan Chanwoo daripada bahunya.
"Wah! Chanwoo oppaa!!" Jerit Junyeon saat dia terpandang Chanwoo. Dia berasa sungguh gembira apabila dia dapat bertemu dengan biasnya. Junyeon berlari mendekati Chanwoo. Chanwoo berdiri.
"Awak Junyeon ke?" Pertanyaan Chanwoo membuatkan kelakuan Junyeon bertambah gedik. "Macam mana oppa tahu nama saya?" Senyumannya manja sudah tertampal di wajahnya. Dia menjeling Hyesu yang berasa di sebelah Chanwoo.
"Oh. Jadi awaklah yang rosakkan album yang saya berikan pada kekasih saya, Hyesu?" Chanwoo memandang tajam Junyeon yang sudah pun terkaku. Chanwoo tersenyum sinis. "A..apa? Kekasih?" Junyeon seperti tidak percaya dengan apa yang dia baru dengar.
Chanwoo mencapai tangan Hyesu. "Jangan sesekali kau berani ganggu dia lagi atau buat dia menangis." Amaran Chanwoo membuatkan kaki Junyeon menjadi lemah. Terus dia berlari keluar daripada kelas tersebut.
Selepas kejadian itu, Junyeon tidak pernah menganggu Hyesu. Setiap kali mereka bertembung, Junyeon akan melarikan dirinya daripada Hyesu. Dan Hyesu menjadi popular dalam kalangan peminat iKON. Siap keluar artikel lagi!
***
Impian semua kpopers. Tanpa hanya mampu mimpi je weh 😭😂
YOU ARE READING
[HIATUS] Imagines + iKON
Fanfic+ Buku yang dipublished khas untuk iKONICs dan imaginasi datang dari diri aku sendiri / tukang request. Dibintangi oleh ahli iKON: ⇨ Kim Hanbin ⇨ Kim Jinhwan ⇨ Koo Junhoe ⇨ Kim Jiwon (Bobby) ⇨ Song Yunheong ⇨ Jung Chanwoo || 아이콘 ||