🌸 Hanbin [1] | Leaving

317 19 3
                                    

Request by denjhoe

***
Denny memandang Hanbin yang begitu asyik bermain dengan telefonnya. Dari tadi lagi fokus Hanbin hanyalah pada telefon, bukannya pada dirinya.

"Hanbinnn, dari tadi lagi awak asyik menghadap telefon tu aje. Bila nak order makan ni?" rungut Denny. Dia sedikit terasa hati dengan sikap Hanbin yang seolah-olah sudah tidak berminat lagi dengan dirinya.

"Ha? Oh mianhae. Okey, jom kita order." seperti baru tersedar dari dunia sendiri, Hanbin segera memanggil pelayan untuk mengambil pesanan.

"Study macam mana? Okey tak?" soal Hanbin setelah pelayan tersebut pergi meninggalkan mereka. Matanya kini fokus pada Denny yang masih dengan wajah masamnya. Pasti dia marah bukan?

"Hmm. Okey je." balas Denny acuh tak acuh. Moodnya sudah sedikit hilang dengan sikap Hanbin tadi. Bukan sekali tapi banyak kali benda ni dah terjadi.

Hanbin memegang tangan Denny, erat. Dia tahun Denny sedang marah dengan dirinya.

"Maafkan saya, ye? Saya janji benda ni takkan berulang lagi." pujuk Hanbin. Tangan Denny yang berada dalam genggamannya dikucup lembut. Namun Denny masih mendiamkan diri.

"Okey look. Saya cuma check kalau-kalau ada mesej dari Omma je. Jangan marah, please?" Hanbin menatap lama mata Denny membuatkan Denny mengalah akhirnya.

Hanbin tersenyum senang melihat Denny yang mula mengukir senyuman manis di bibirnya.

***
Sudah seminggu Denny dan Hanbin tidak bersua muka. Masing-masing begitu sibuk dengam urusan kehidupan mereka. Denny dihimpit dengan kesibukan sebagai pelajar universiti manakala Hanbin pula sibuk keluar negara untuk menjalankan konsert.

Denny menuruni anak tangga dengan berhati-hati lalu langkah diatur menuju ke pintu rumah. "Haa, ni nak pergi mana ni?" langkahnya terbantut apabila rakannya, Misoo menegur.

Dennt tersengih. "Nak pergi rumah Hanbin. Tak silap aku, diaorang dah balik dah kan dari Jepun. So, aku nak buat suprise ni." teruja sahaja suara Denny memberitahu Misoo. Rindunya pada Hanbin semakin lama semakin menggunung. Tidak sabar rasanya hendak menatap wajah Hanbin.

"Oo, tadi kemain lagi kan aku ajak keluar shopping kau taknak ikut. Banyak pulak alasan. Pening lah itulah inilah." bebel Misoo tidak puas hati. Apa ni! Pakwe lagi penting dari kawan sehidup semati ke?

Denny tersengih. Dia mendekati Misoo yang sedang duduk menghadap tv. Tubuh Misoo dipeluk dari belakang. "Alahh, kau nii. Aku rindu Hanbin lah. Seminggu tak jumpa tau! Lain lah kau. Setiap hari bukak mata, nampak terus muka kau." pujuk Denny sambil ketawa. Wajah Misoo yang masam tadi hilang diganti dengan ketawa juga mendengar kata-kata Denny.

"Yelah yelah. Pergilah cepat. Kang nanti mati kerinduan pulak kau ni." halau Misoo. Dia melambaikan tangannya pada Denny.

***
Loceng ditekan buat kali yang ketiga namun pintu rumah Hanbin masih lagi tidak dibuka. Denny mengeluh. Manalah pulak si Hanbin ni pergi.

Denny mencuba nasib untuk menekan loceng sekali lagi. Perlahan pintu rumah dibuka dan terpacul wajah Hanbin dengan rambut yang kusut dan dia hanya mengenakan seluar pendek.

[HIATUS] Imagines + iKON Where stories live. Discover now