🌸 Bobby | She's Gone

337 25 7
                                    

Request by blackrose966

***

Myumin berlari ke bilik air. Kemudian dia memuntahkan semua isi perutnya. Dia mengurut lembut kepalanya yang sedang berpusing. Myumin terduduk di dalam bilik air. Dia memeluk erat lututnya. Air mata Myumin mula bertakung saat dia melihat begitu banyak kesan lebam pada badannya.

Selepas 3 bulan berkahwin, barulah dia tahu perangai sebenar Bobby. Dia berubah selepas mereka berkahwin. Myumin sendiri keliru dengan perubahan Bobby. Dia tidak kenal dengan Bobby yang sekarang. Dulunya seorang yang sentiasa tersenyum kini hanya memarahi dan memakinya. Malah, dia turut dibelasah oleh Bobby. Walaupun dia sudah merayu agar Bobby menceraikannya namun Bobby hanya mengabaikan kata-katanya.

Tiba-tiba telefon Myumin berdering. Segera dia bangun dan keluar dari bilik air. Telefonnya dicapai dan tertera nama rakan baiknya, Junhoe. Disebabkan Junhoe lah, Myumin dapat bertemu dengan Bobby. Bermula saat itulah, Myumin jatuh hati dengan Bobby, begitu juga sebaliknya.

Panggilan dijawab. "Yoboseyo" sapa Myumin. Dia duduk di atas sofa yang terdapat di dalam biliknya. "Yahh, kau tak sihat ke?" soal Junhoe. Apabila dia terdengar suara Myumin tadi, dia amat terkejut. Suaranya amat lemah, seperti tiada tenaga lagi. Adakah Myumin ada masalah?

Myumin ketawa untuk menghilangkan kerisauan Junhoe. "Aniya lahh. Aku okey je ni. Kenapa kau call?" terus Myumin menukar topik. Dia tidak pernah menceritakan pada Junhoe apa yang terjadi kepadanya sepanjang 3 bulan perkahwinan dia dengan Bobby. Selepas dia berkahwin, Junhoe dan Myumin jarang berjumpa. "Saja je. Dah lama sangat kita tak jumpa. Kau pun dah jarang contact aku kan" sedih sahaja suara Junhoe meluahkan isi hatinya. Myumin ketawa.

"Miann lah. Aku sibuk sikit sekarang ni" tipu Myumin. Tangannya Myumin memegang kepalanya yang berpusing sekali lagi. Myumin cuba menahan kesakitan tersebut. "Emm, Junhoe-yaa. Aku letak dulu ya. Lepas ni aku call kau balik" kata Myumin lalu memutuskan panggilan. Myumin mengambil keputusan untuk berjumpa dengan doktor. Dia segera menyiapkan dirinya.

Myumin memakai pakaian yang tidak mendedahkan lengan dan lehernya. Kesan lebam tersebut terlalu jelas. Myumin masuk ke dalam bilik doktor apabila tiba gilirannya. Dia duduk di atas kerusi. Myumin memberitahu doktor tersebut yang dia asyik pening serta muntah di pagi hari. Kadang-kadang dirinya akan rasa loya apabila terbau ciuman yang busuk sedangkan wangian tersebut wangi. Doktor tersebut meminta Myumin melakukan urine test.

Setelah keputusan keluar, doktor memberitahu Myumin. Doktor tersebut tersenyum gembira sambil menghulurkan tangannya. "Tahniah! Puan sedang mengandung selama 4 minggu." Beritahu doktor tersebut. Myumin menekup mulutnya kerana terlalu terkejut. Huluran tangan doktor itu disambut. "Sa..saya mengandung?" tanya dia lagi sekali. Ingin memastikan apa yang dia dengar adalah betul.

Doktor itu mengangguk. Perasaan Myumin bercampur-baur. Terlalu banyak benda yang difikirkannya sekarang. Adakah dia gembira? Semestinya kerana kandungannya merupakan bukti cinta dia dengan Bobby. Tapi, Myumin rasa takut. Memandangkan Bobby sudah berubah, dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Setelah selesai urusan, Myumin pun pulang ke rumah. Saat dia membuka pintu rumah, dia terkejut apabila melihat Bobby meluru ke arahnya lalu menarik kasar rambutnya. "Kau pergi mana hah?!" jerkah Bobby. Dia menolak Myumin, membuatkan dia terjatuh. Wajah Bobby yang merah jelas menunjukkan yang dia sedang bengang. "Sa..saya pergi jumpa doktor. Saya rasa tak sihat" beritahu Myumin.

Kemudian Bobby ketawa. Dia duduk mencangkung di hadapan Myumin. "Kenapa? Kau nak doktor tu tengok luka dekat badan kau? Lepastu kau cakap laki kau yang buat. Macam tu?" tuduh Bobby. Pantas wajah Myumin ditampar kuar. Myumin memegang pipinya yang terasa kebas. Air mata sudah mengalir dengan deras. Dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan pada saat ini. Dia ingin memberitahu Bobby mengenai kandungannya. Tetapi..

"Aniyaa. Saya tak bagitahu tentang tu pun." Myumin menafikannya. Dia memandang wajah Bobby. Bobby tersenyum sinis. "Kau dengar sini. Walau apa pun yang kau cuba nak buat, aku takkan sesekali lepaskan kau" ugut Bobby. Dia menarik Myumin agar berdiri semula. Pergelangan tangan Myumin digenggam kuat. "Sakitlah Bobby." kata Myumin. Dia cuba melepaskan pegangan tersebut tetapi gagal. Tiba-tiba Myumin merasakan sesuatu yang pelik pada perutnya. Dia mula risau dengan keadaan kandungannya.

"Bo..Bobby. Saya nak bagitahu sesuatu" ucap Myumin. Dia memandang Bobby dengan pandangan yang cukup sayu namun Bobby sedikit pun tidak ada rasa simpati. Malah perasaan marah pula yang menguasai dirinya. "APA DIA?!" tanya Bobby kasar lalu menolak tubuh Myumin sehingga membuatkan Myumin terlanggar sebuah meja yang agak tinggi. Tanpa mereka berdua sedar, pasu bunga yang terdapat di atas meja tersebut mula berpusing. Berpusing, berpusing dan akhirnya jatuh di atas perut Myumin.

Myumin menjerit kesakitan. Tangisannya mula kedengaran. Lama-kelamaan tangisannya menjadi semakin kuat apabila dia merasakan satu sakitan yang tidak dapat diungkap. Bobby terkejut dengan apa yang berlaku. Dia menjadi semakin gelisah saat melihat ada darah yang keluar. Kini seluar Myumin sudah basah dengan darah yang mengalir tanpa berhenti. "Myumin-aa!!" jerit Bobby. Dia berlari ke arah Myumin kemudiaan memangku kepalanya.

Tanpa sempat berkata apa, mata Myumin sudah tertutup rapat. Bobby membawa Myumin ke hospital. Sepanjang Myumin dirawat, dia hanya duduk diam. Menunggu doktor keluar dari wad Myumin. Apabila pintu wad Myumin terbuka, pantas Bobby berdiri. "Macam mana keadaan Myumin, doktor?" soal Bobby tanpa membuang masa. Doktor itu mengeluh, membuatkan Bobby semakin takut dengan apa yang ingin dikatakan oleh doktor itu.

"Maafkan saya. Kandungan Myumin tak dapat diselamatkan" beritahu doktor itu. Mulut Bobby sedikit ternganga akibat terkejut. "Kandungan? Apa maksud doktor ni? Kandungan apa?" tanya Bobby keliru. Doktor itu berasa hairan dengan pertanyaan Bobby. "Isteri awak mengandung 4 minggu. Awak tak tahu?" soal doktor itu pula.

Bobby akhirnya mengangguk. Setelah doktor itu pergi, dia kembali duduk. Myumin mengandung? Tapi kenapa dia tak bagitahu aku? Dia takut aku akan belasah dia?

"YAH! Bobby!" jerit seseorang sambil berlari ke arah Bobby. Dia melihat lelaki itu, dan ianya ialah Junhoe. Junhoe meluru ke arah Bobby lalu memberikan tumbukan yang kuat pada wajah Bobby sehingga membuatkan Bobby terjatuh. "Kau memang tak guna! Apa yang kau buat selama ni hah? Kau dera isteri kau sendiri? Kau memang..!" sekali lagi tumbukan diberikan. Bobby terkejut. Dia tidak tahu bagaiman Junhoe boleh tahu.

Selepas Myumin selesai berjumpa doktor, dia menghantar mesej yang begitu panjang kepada Junhoe. Di dalam mesej itu, dia memberitahu segala yang dipendam olehnya. Junhoe berasa amat sedih dan marah. Kemudian dia dapat pula berita yang Myumin masuk hospital. "Sepatutnya aku tak perlu lepaskan Myumin dekat kau" kesal Junhoe. Dia juga ada perasaan pada Myumin tapi dia berundur apabila Myumin memberitahu yang dia sukakan Bobby.

"A..aku minta maaf. Aku tahu aku salah." luah Bobby. Dia menolak Junhoe jauh, lalu berdiri. Tiba-tiba, mereka terdengar bunyi mesin yang digunakan oleh Myumin berbunyi. Laju doktor dan juga jururawat berlari ke dalam bilik Myumin. Kedua-dua lelaki itu risau dengan keadaan Myumin. Lama mereka berdua tunggu doktor itu keluar. Kemudian mereka berdua berdiri. "Kenapa dengan Myumin?" Junhoe bangun dan meluru ke arah doktor.

"Maaf, Myumin kehilangan banyak darah. Disebabkan itu lahh..." doktor itu berhenti sekejap. Dia mengeluh. "Myumin sudah meninggal kerana kekurangan darah. Kekurangan darah menyebabkan kandungan oksigen yang diangkut ke jantung pada kadar yang sedikit. Kami meminta maaf untuk berita ini" doktor itu menundukkan tubuhnya.

Bobby sudah jatuh melutut di atas lantai. Dia tidak sempat berjumpa dengan Myumin manakala Junhoe pula tidak terkata-kata. Bobby mula meraung seperti orang tidak siuman. "Apa yang aku dah buat dekat kau selama ni!" jerit Bobby.

Aku kehilangan isteri.. dan juga anak

***

Aku tak tahu ler okey ke tak. Mian kalau bosan.

[HIATUS] Imagines + iKON Where stories live. Discover now