🌸 Hanbin [1] | The Old You

315 19 11
                                    

Request by Taeniekim_

***
Erfieyy begitu tekun memasak di dapur. Tidak lama lagi Hanbin akan pulang dan masa untuk makan malam juga akan tiba. Erfieyy begitu khusyuk mengacau kuah spagetti apabila dia terasa ada sepasang tangan memeluknya erat dari belakang. Erfieyy tersenyum.

"Bila masa awak sampai? Saya tak dengar pun bunyi pintu tadi." tanya Erfieyy. Dia menutup api dapur dan memusingkan tubuhnya menghadap Hanbin. Leher Hanbin dirangkul manja.

"Baru je sampai. Awak fokus sangat memasak, sebab tu lah tak sedar." balas Hanbin. Tubuh Erfieyy dibawa ke dalam pelukannya. Menatap wajah Erfieyy setelah penat bekerja dapat menghilangkan segala tekanan yang dihadapi.

"Eyyy, apa nii. Awak mandi lah duluu. Busuk tahu tak?" Erfieyy berpura-pura marah namun pelukan Hanbin dibalas juga.

Hanbin ketawa mendengar kata-kata Erfieyy. "Busuk busuk pun, suami awak jugak." balas Hanbin nakal. Dia melarikan dirinya apabila Erfieyy seakan-akan mahu menampar lengannya.

Erfieyy tersenyum apabila mendengar Hanbin yang masih lagi ketawa menaiki anak tangga menuju ke tingkat atas.

***

"Kerja awak macam mana? Okey tak?" soal Erfieyy sambil bersandar pada dada Hanbin. Mereka sedang menonton movie setelah selesai makan malam.

Terdengar keluhan berat terlepas dari mulut Hanbin. "Entahlah. Saya stress sebab tak dapat nak tulis lirik lagu. Saya tak ada idea." luah Hanbin. Dia memeluk leher Erfieyy. Rambut isterinya dicium lembut.

"Awak janganlah stress sangat. Nanti awak jatuh sakit macam mana?" kata Erfieyy dengan risau. Dia mendongak memandang Hanbin. Pipi Hanbin dipegang dan diusap lembut.

Hanbin memegang tangan Erfieyy yang berada di pipinya. Kemudian tangan itu dikucup manja. "Janganlah risau. Selagi awak ada di sisi saya, saya akan okey je." ujar Hanbin, cuba menenangkan kerisauan yang bertandang di hati Erfieyy.

Erfieyy tersenyum mendengar kata-kata Hanbin. Matanya kembali memandang televisyen. Namun fokusnya hilang kerana Hanbin memeluknya begitu kejap membuatkan Erfieyy ketawa.

"Awak ni kenapa? Taknak tengok movie ni ke?" tanya Erfieyy.

Hanbin ketawa kecil. "Jom lah tidur. Saya mengantuk sangat ni." manja suara Hanbin berkata.

"Habis tu movie ni?" soal Erfieyy polos. Tidak dapat menangkap maksud di sebalik kata-kata Hanbin.

"Biarlah. Movie tu tak best. Tidur lagi best. Jom laa" Hanbin berkelakuan manja.

"Arasseo arasseo. Kita tidur ye." Erfieyy mengalah. Hanbin bersorak gembira.

Tup!

Erfieyy tersedar daripada mengimbas kembali saat-saat manis dirinya dengan Hanbin ketika mereka mula-mula berkahwin dulu. Kini Hanbin sudah berubah kerana sibuk bekerja serta tekanan.

***
Seperti biasa, Erfieyy akan sedia menanti Hanbin untuk makan malam bersamanya. Sementara itu Erfieyy duduk berehat di ruang tamu, menghilangkan lelah selepas penat memasak.

[HIATUS] Imagines + iKON Where stories live. Discover now