🌸 Jinhwan | Married

312 20 2
                                    

Jinhwan memegang erat tangan bakal isterinya, Yeijin. Yeijin tampak begitu cantik serta menawan dengan gaun pengantin yang dipakainya.

"Awak nampak cantik sangat." lembut Jinhwan bicara sambil mengelus lembut pipi Yeijin. Wajah Yeijin yang merah kerana malu dipuji begitu membuatkan Jinhwan ketawa kecil.

"Takut tak?" tanya Jinhwan sambil mengelus lembut jari jemari Yeijin.

Yeijim menggelengkan kepalanya. "Aniya. Saya tak takut selagi awak ada di sisi saya." balas Yeijin sambil bersandar pada lengan Jinhwan. Hari yang mereka nantikan akhirnya tiba juga.

"Saya tak sabar nak mulakan hidup saya dengan awak. Dan anak kita." luah Jinhwan. Tangannya mendarat pada perut Yeijin yang masih belum lagi nampak berisi dengan kehadiran bayi di dalamnya.

Tepat pukul 10:00 pagi, Jinhwan dan Yeijin bergerak ke tempat perkahwinan mereka dijalankan. Keadaan trafik agak sesak memandangkan hari ini adalah cuti umum.

Jinhwan masih lagi dengan senyuman yang di bibirnya. Terlalu gembira kerana hari ini adalah hari bersejarah dalam hidupnya.

Apabila lampu isyarat bertukar hijau, Jinhwan menekan pedal minyak. Tiba-tiba, mata Jinhwan menangkap sebuah lori dari arah tempat duduk Yeijin sedang dipandu dengan tidak terkawal dan akhirnya merempuh kereta mereka berdua.

Kereta mereka berguling beberapa kali. Jinhwan membuka matanya. Jantungnya seolah-olah terhenti melihat wajah Yeijin dipenuhi dengan darah.

"Yeijin-aaa. Yeijin-aa!! Bangunlah. Jebalyeo.." teresak-esak Jinhwan menangis sambil memeluk tubuh Yeijin yang masih kaku.

"Jangan tinggalkan saya.." tangisnya lagi sambil memegang perut Yeijin. Dua nyawa sedang bertarung untuk hidup. Mengapa harus ini yang terjadi pada hari yang membahagiakan buat mereka? Kegembiraan sebentar tadi berubah menjadi mimpi ngeri.

***
"Doktor! Selamatkan isteri saya. Tolong selamatkan dia, doktor!" raung Jinhwan persis seperti orang tidak keruan melihat Yeijin yang sedang ditolak menggunakan  pengusung.

Doktor tersebut membawa Yeijin ke bilik untuk menerima rawatan. Jinhwan merenung Yeijin di sebalik dinding kaca dengan air mata yang masih galak mengalir tanpa ada niat mahu berhenti.

"Yeijin, saya tak pernah lagi kata yang saya cintakan awak. Sangat sangat." perlahan Jinhwan berkata. Dia begitu gigih bekerja untuk mendapatkan duit bagi menyara hidup mereka. Dia begitu bersyukur mempunyai Yeijin yang amat memahami situasinya dan tidak pernah merungut.

Tapi Jinhwan, jarang sekali, memberitahu Yeijin betapa dia cintakan Yeijin dan dia tidak sanggup kehilangannya kerana Yeijin adalah anugerah yang amat bermakna buat Jinhwan.

"Keadaan Yeijin macam mana doktor? Kandungan okey je kan?" tanya Jinhwan kalut sambil memandang Doktor Han yang baru keluar. Melihat wajah muram Doktor Han membuatkan jantung Jinhwan berdegup laju. Adakah semuanya baik-baik sahaja?

"Saya minta maaf. Tapi Yeijin sekarang boleh dikatakan dalam keadaan yang kritikal. Dia hanya dapat bergantung pada alat bantuan pernafasan sahaja." beritahu Doktor Han perlahan. Wajah Jinhwan dipandang dengan simpati.

Kata-kata Doktor Han tadi seolah-olah seperti satu renjatan elektrik buat Jinhwan. Dia berasa amat kesal dengan amat yang sedang menimpanya. Air mata yang baru saja kering kini kembali mengalir membasahi pipi.

[HIATUS] Imagines + iKON Where stories live. Discover now