🌸 Hanbin | That Someone

360 15 1
                                    

"Mianhae, tapi saya suka orang lain. Jadi saya tak boleh nak terima awak." kata Yuna perlahan dengan senyuman nipis di bibirnya.

Melihat wajah lelaki di hadapannya ini, Yuna tahu yang lelaki itu kecewa. Bukan lelaki itu sahaja yang pernah ditolak oleh Yuna, tapi ada ramai lagi.

Dengar sahaja bunyi loceng yang menandakan yang waktu rehat sudah tamat, Yuna terus melangkah pergi untuk masuk ke dalam kelasnya.

Yuna merupakan gadis yang pintar, dan diminati ramai pelajar lelaki. Namun tidak ada seorang pun yang diterima olehnya kerana Yuna sudah pun menyukai 'seseorang'.

Tiba sahaja di kelas, Yuna terus melihat ke arah tempat duduk Hanbin yang berada di belakang sekali.

Dia tak masuk kelas lagi.

Terus, Yuna melangkah ke tempat duduknya yang berada di hadapan sekali. Kadang-kadang, Yuna akan sengaja berbuat mengambil sesuatu daripada begnya supaya dia boleh menatap wajah Hanbin.

Ya, 'seseorang' yang dimaksudkan tadi ialah Hanbin. Kim Hanbin. Lelaki yang paling anti sosial dalam sekolah ni. Sebab apa digelar anti sosial?

Sebabnya, Hanbin tak pernah pun bersembang dengan rakan sekelasnya. Termasuklah Yuna. Menurut apa yang diketahuinya, Hanbin hanya akan bersuara apabila bersama rakan karibnya iaitu, iKON.

Yuna sendiri tidak faham kenapa dia boleh jatuh cinta dengan lelaki anti sosial tu.

Sedang Yuna mengelamun, tiba-tiba matanya menangkap figura Hanbin yang sedang masuk ke dalam kelas. Mata mereka bertemu buat beberapa saat sebelum Hanbin mengalihkan pandangannya ke arah lain.

Yuna merasakan yang jantungnya kini berdegup dengan laju tanpa dapat dikawal. Tatapan Hanbin tadi mampu membuatkan jiwanya bergelora.

---

Cikgu Yeong yang merupakan cikgu sejarah masuk ke dalam kelas dengan membawa rotan kesayangannya. Apabila melihat wajah Cikgu Yeong, serta merta ingatan Yuna kembali kepada kerja rumah yang diberikannya semalam.

Perlahan Yuna menepuk dahinya. Argh! Dia lupa nak siapkan kerja sekolahnya. Peluh mula menitik di dahi Yuna. Kakinya pula digerakkan kerana terlalu gementar.

Arghhh tak guna!  Ni semua pasal nak tengok Lee Mi Ho dekat tv.

"Kerja rumah yang saya bagi semalam, tolong hantar sekarang." arah Cikgu Yeong dengan nada seriusnya.

Yuna memejamkan matanya. Dia tidak tahu alasan apa yang harus diberikan pada Cikgu Yeong. Kalau bagi alasan yang tak logik, mau merah tangannya dirotan oleh Cikgu Yeong. Errr taknak taknak!

Semua pelajar bangun dari tempat duduk mereka dan mula bergerak ke meja guru untuk menyerahkan kerja sekolah mereka. Kecuali Yuna.

"Yuna? Mana kerja sekolah kamu?" soal Cikgu Yeong dengan sebelah keningnya terangkat. Sebelah tangannya sudah memegang rotan.

Yuna menggigit bibirnya. Otak geliganya mula berfikir apa yang harus dijawab.

"Ma-maaf cikgu. Saya tak siapkan lagi." jawab Yuna perlahan dengan wajah yang menundukkan. Tak sanggup dia nak tengok muka Cikgu Yeong yang dah menyinga tu.

[HIATUS] Imagines + iKON Where stories live. Discover now