🌸 Yunhyeong | Morning Kiss

308 23 2
                                    

Aku sedang sibuk memasak di dapur apabila aku terasa baju aku ditarik oleh seseorang. Aku melihat ke bawah.

"Omma, appa taknak bangun lahhh.." anak perempuan aku mengadu. Bibirnya yang kecil dimuncungkannya.  Aku melutut agar mudah untuk dia bercakap dengan aku.

"Appa taknak bangun?" Soalku lembut. Rambutnya yang diikat toncang aku perbetulkan. Aku mendukungnya. Pantas kepala dia mengangguk lalu meletakkan kepalanya pada dada aku. Aku ketawa melihat telatah nya yang manja.

"Jom kita kejut appa sama sama ye?" Aku memandangnya dengan sebelah kening terangkat. Jay kelihatan begitu seronok sampai menepuk-nepuk tangannya.

"Yey!" Jeritnya dengan suara kecil. Aku membawanya yang masih didukungan aku naik ke tingkat atas. Pintu bilik terbuka. Kelihatan Yunhyeong masih lagi tidur. Selimut menutupi seluruh tubuhnya. Aku meletakkan anakku ke bawah. Punggungnya ditepuk lembut sebagai isyarat menyuruhnya mengejutkan Yunhyeong lagi sekali.

Laju sahaja dia berlari naik ke atas katil. Aku pula hanya bersandar pada muka pintu, memerhatikan gelagat dua insan yang paling aku sayang dalam dunia. Selepas kehadiran anak pertama, hidup aku bertambah ceria.

"Appaaaa" dia melompat lompat di atas katil tanpa berhenti. Sedikit sebanyak perbuatannya itu menganggu tidur Yunhyeong. Dia berhenti melompat dan mendekatkan dirinya betul-betul depan Yunhyeong. Wajah Yunhyeong diperhatikan untuk melihat sama ada dia sudah bangun atau belum.

Dari pandangan aku, aku tahu yang Yunhyeong sengaja menutup matanya lagi. Bibirnya diketap agar tidak tersenyum. Aku hanya menggelengkan kepala aku. Perangai Yunhyeong yang suka usik orang masih belum hilang dari dirinya.

Tiba-tiba Yunhyeong menarik Jay ke dalam pelukan secara tiba-tiba. Yunhyeong mencium pipinya tanpa berhenti membuatkan dia ketawa terbahak bahak. Aku turut tersenyum melihatnya.

"Omma! Tolongg lah.." akhirnya, dia meminta bantuan aku untuk melepaska dirinya daripada pelukan Yunhyeong.

"Arasseo, omma datang" kaki aku melangkah ke arah mereka. Aku naik ke atas katil.

"Andwae jagiyaaa" Yunhyeong menjauhkan Jay daripada aku. Aku mengetap gigi kerana geram. Lengan Yunhyeong ditampar lembut.

"Aishh oppaa, kasian Jay. Mesti dia lemas kan sayang?" Aku melihat ke arah Jay. Kalau dia angguk maksudnya aku menang.

Yes! Jay angguk. Sengaja aku ketawa dengan kuat untuk menjengkelkan Yunhyeong. Kemudian Yunhyeong membisikkan sesuatu pada Jay sebelum dia melepaskan pelukannya. Jay merangkak ke arah aku, lalu duduk di atas riba aku. Jara kecilnya bermain-main dengan wajah ku.

"Omma.." panggilnya manja. Aku melihatnya, menunggu untuk dia meneruskan kata-katanya. Apabila aku melihat ke arah Yunhyeong, dia sengaja mengalihkan pandangannya ke arah lain. Mesti ada seusuatu yang dia rancang ni.

"Appa nak kiss dari omma" Jay berbisik lembut ke telingaku. Mata aku membulat mendengar kata-kata darinya.  Aku memandang Yunhyeong yang sudah tersenyum nakal.

"Cepatlah jagiyaaa" dia mendepakan tangannya kepadaku. Aku ketawa melihat telatahnya. Lalu aku pun mendekatinya. Apabila aku sudah cukup dekat dengannya, dia terus menarik aku ke dalam pelukannya. Tubuhku dirangkul erat.

"Oppa, janganlah depan Jay.." kataku. Yunhyeong seperti tidak menghiraukan aku. Dia mengangkat sedikit tubuhnya kemudiannya dia mendekatkan wajahnnya dengan aku. "Gwenchana. Nanti dia lupalah.." balas Yunhyeong dengan suaranya yang sedikit serak kerana baru bangun tidur tapi suaranya cukup seksi!

"Jayy, tutup mata tau!" kata Yunhyeong sambil ketawa. Jay ketawa dengan arahan yang diterimannya. Tiba-tiba Jay berdiri. "Omma appa, Jay nak main dengan Teddy tau!" Cakapnya manja dengan senyuman kecil di bibirnya. Pantas sahaja dia berlari keluar dari bilik meninggalkan aku dan Yunhyeong sendirian.

"See? Sekarang tak ada sesiapa dah" senyuman nakal terbit di wajahnya. Aku pula menggulingkan bola mataku mendengar kata-katanya. "Eishhh! Nakal kan" kata Yunhyeong apabila dia melihat aksi aku tadi. Hidung aku dicuit lembut. Kemudiannya dia mendekatkan wajahnya sehingga dahi kami bersentuh.

Tangannya mengusap lembut kepalaku manakala sebelah lagi tangannya memeluk erat pinggang aku. "Dah lama kita macam ni" kata Yunhyeong lalu mengucup bibirku.

Aku ketawa setelah dia melepaskan bibir aku. "Nanti kita hantar Jay dekat rumah Omma"

"Waeee?" Soal aku terkejut. Yunhyeong ketawa. "Jadi kita ada masa nak buat adik untuk Jay."

"Yahhh!" Aku menampar lengannya. Aku rasa sekarang ni wajah aku mesti dah bertukar merah! Malu lah bila tiba-tiba cakap pasal ni. 

"Hhhahahha! Waee?" Tanya Yunhyeong pula. "Jay kecik lagi oppa."

"Eish, gwenchana. Kalau kita tanya Jay pun, mesti dia nak" aku terdiam sebab aku dak tak boleh nak balas kata-kata Yunhyeong lagi.

Hmm, Jay baru ja 3 tahun lebih. Jadi aku taktahu sama ada umur Jay tu sesuai untuk ada adik atau tidak. Kalau boleh aku nak berikan sepenuh perhatian dan kasih sayang aku pada Jay seorang. Tapi hati aku rasa sayu bila aku tengok Jay main seorang diri.

"Hmm, nantilah saya fikir" kataku akhirnya setelah diam buat sementara.

"Taknak buat sekarang ke?" Tanya Yunhyeong nakal. Kemudian dia ketawa apabila aku menamparnya. Aku menolaknya jauh dari aku. "Dah lah awak ni! Saya nak buat breakfast dulu." Lalu aku bangun dari katil dan berjalan keluar dari bilik.

"Omma! Jay nak adik lah!" Tiba-tiba Jay berlari ke arahku sambil memeluk anak patungnya. Mataku membulat.

"Yeahhhh!" Terdengar Yunhyeong menjerit gembira dari bilik. Aku menggelengkan kepala melihat telatah dua orang ni.

***
Malam tadi aku mimpi aku peluk Hanbin. Perasaan waktu memang susah lah nk ungkap. Mimpi paling best 🙌🙌

[HIATUS] Imagines + iKON Where stories live. Discover now