🌸 Hanbin [2] | Leaving

278 21 5
                                    

Request by denjhoe

***
"Alolo, siannya dia. Aku minta maaf okey. Aku kemalangan. Lagipun aku tak minta pun semua ni jadi dekat aku." terang Denny sambil memegang erat tangan Misoo.

Misoo tersenyum akhirnya. "Kenapa kau boleh kemalangan ni? Sampai koma pula tu! Kau tau tak, jantung ni aku macam nak gugur bila dapat call dari hospital." bebel Misoo. Dia duduk di kerusi di sebelah katil Denny.

Denny tersenyum pahit. Otaknya mengimbas kembali saat dia mendapat tahu Hanbin mempunyai perempuan lain di belakangnya. Perempuan lain?

Wajah gadis yang bersama dengan Hanbin tidak dapat dilihat dengan jelas. Namun Denny yakin yang dia tidak silao tengok. Gadis yang dengan Hanbin tu kakak aku kan?

Denny pun menceritakan soal dirinya dan Hanbin yang kini bukan lagi pasangan kekasih. Mulut Misoo melopong sehinggalah Denny habis bercerita.

"Wahhh! Dia tu memang nak kena. Kenapalah aku tak sekeh je kepala dia masa dia datang rumah kita." marah Misoo sambil menggenggam penumbuknya. Dirinya berapi apabila mendapat tahu Denny kemalangan disebabkan Hanbin!

"Dia datang rumah kita? Yeke?" soal Denny terkejut. Apa lagi yang Hanbin nak setelah hatinya disakiti?

Misoo mengangguk bersemangat. "Setiap hari. Makin lama aku tengok, dia tu dah macam tak terurus." beritahu Misoo.

Hati Denny diusik rasa sayu namun digagahkan dirinya agar terus tabah.

"Tapi kau yakin ke tu kakak kau?" soal Misoo berhati-hati. Dia tahu hubungan Denny dengan kakak tirinya itu amatlah tidak baik.

"Entahlah. Tapi lantak. Aku malas nak fikir lagi. Now, dia dengan aku dah tak ada apa-apa. Jadi, biarlah." dengan malas Denny memberitahu.

Misoo hanya mengangguk-angguk. Dia taknak cakap apa dah.

"Tapi kau jangan beritahu dia apa-apa pasal aku ye? Janji?" pandangan merayu diberikan pada Misoo. Misoo mengangguk. Dia pun tidak mahu rakannya kecewa lagi oleh lelaki yang sama.

"Aku pergi dulu ye. Nanti aku datang melawat kau lagi." pamit Misoo. Tubuh Denny dibawa ke pelukannua sebelum langkah diatur menuju ke pintu wad.

***
Denny berasa amat bosan duduk mereput di dalam bilik ini. Dia ingin keluar ke taman yang ada di hospital namun dia tiada teman.

Semasa doktor datang melihat keadaannya tadi, Denny tidak pula terfikir untuk meminta izinnya agar dia keluar berjalan-jalan di sekitar hospital.

"Bosan?"

Denny memandang ke arah pintu. Jururawat lelaki yang menukar balutan pagi tadi tersenyum memandangnya.

"Bosan sangat. Saya nak jalan-jalan tapi tak ada orang teman." tanpa berselindung, Denny memberitahu jururawat itu.

"Biar saya temankan." jururawat itu menawarkan dirinya menjadi peneman. Sudah lama dia ingin mengenali gadis ini. Semenjak pertama kali dia melihat Denny dalam keadaan yang berdarah sungguh dia rasa sedih. Tidak tahu kenapa.

Denny mengangguk gembira. Jururawat itu membantu Denny bangun dari katil dan duduk di atas kerusi roda. Kemudian, dia menolak kerusi roda tersebut menuju ke taman yang ada di hospital.

[HIATUS] Imagines + iKON Where stories live. Discover now