Request by raehyunez781
***
Hari sudah malam, dan Nana masih lagi tidak tahu jalan untuk pulang ke hotel. Rasa menyesal pula sebab tak dengar cakap tour guide untuk kekal dalam kumpulan.Nana memandang kosong iPhonenya. Heshh, nama aje telefon mahal, tapi bila tak ada bateri tak tahan lama sama je macam telefon murah yang lain.
"Ermm, tumpang tanya boleh? Cik tahu tak jalan nak ke tempat ni?" buat kesekian kalinya, Nana bertanya pada orang yang lalu lalang di situ. Tapi malangnya, perempuan itu hanya menggeleng dan terus berlalu pergi tanpa bercakap apa-apa.
Nana melepaskan keluhan berat. Rasa nak marah pun ada.
Nak tak nak, macam terpaksa jadi pengemis untuk malam ni.
Lemah langkahnya menuju ke sebuah lorong yang agak gelap. Matanya sudah sangat layu dan badan turut berasa penat dengan aktiviti lasak yang mereka lakukan hari ini. Mereka tu merujuk pada kawan-kawan Nana yang turut ikut Nana menjelajah ke bumi Tokyo ini.
Nana mencapai sebuah kotak dan dibentangkannya di atas jalan. Tanpa berfikir panjang, Nana melabuhkan punggungnya pada kotak tersebut yang dianggap sebagai tikar dan bersandar lemah pada dinding bangunan.
Lorong itu sangat sunyi. Jauh dari kesibukan serta kebisingan seperti di kota. Hampir sahaja Nana ingin terlelap, dia terdengar bunyi derapan tapak kaki seseorang. Semakin lama, bunyinya semakin kuat seperti menghampiri Nana.
Hampir gugur jantung Nana apabila dia melihat seorang lelaki yang sedang mabuk jatuh ke arahnya lalu terus memeluk erat tubuh Nana.
"Yahhhh!! Lepaskan saya lah! Lepaskannn!!" jerit Nana sekuat hati sambil cuba melepaskan dirinya. Air mata mula bergenang kerana perasaan takut menguasai dirinya.
Sesiapa tolonglah aku. Jebalyeo. Aku tak nak lelaki ni mengapa-apakan aku.
"Tolonggg!!" deras suara Nana menjerit meminta bantuan namun memandangkan malam sudah semakin tua, pasti sukar untuknya mendapatkan bantuan.
Dan entah macam mana, lelaki mabuk itu tertarik ke belakang lalu ditolak pada satu sudut di lorong tersebut. Perlahan Nana membuka matanya, dan saat matanya bertemu dengan lelaki yang membantunya, serta merta air mata mengalir laju tanpa dapat ditahan.
Nana berlari mendapatkan lelaki itu dan memeluk tubuhnya erat. Jantungnya berdegup kencang seperti baru lepas melihat hantu. Lelaki itu terkejut apabila dipeluk secara tiba-tiba, namun ringan sahaja tangannya mengusap lembut belakang tubuh Nana untuk menenangkannya.
"Shhhh.. Kau dah selamat, berhentilah menangis." pujuk lelaki itu. Hampir 5 minit mereka dalam keadaan begitu sehingga Nana kembali tenang semula.
"Kau tak ada rumah ke? Bahaya lah duduk dekat lorong ni, lewat malam pulak tu." soalnya. Lama Nana diam membisu sebelum dia membalas pertanyaan lelaki yang langsung tidak dikenalinya.
"S-saya sesat. Dan saya taktahu jalan nak balik semula ke hotel." perlahan Nana menjawab. Matanya hanya fokus memandang ke arah lantai. Walaupun keadaan amat gelap namun Nana dapat melihat wajah lelaki di hadapannya dengan jelas sekali.
Tampan. Yaa, dia amat tampan sekali. Matanya yang bulat, amat sempurna sekali.
"Oo. Kau pergi lah tanya dekat balai polis. Aku nak pergi dulu." ujarnya lalu mengatur langkah meninggalkan Nana seorang diri. Terkedu. Ya, suka hati je dia tinggalkan aku macam ni? Dah lah lelaki mabuk tu masih ada lagi tapi nasib baik dia dah pengsan.
![](https://img.wattpad.com/cover/72959505-288-k988327.jpg)
YOU ARE READING
[HIATUS] Imagines + iKON
Fanfic+ Buku yang dipublished khas untuk iKONICs dan imaginasi datang dari diri aku sendiri / tukang request. Dibintangi oleh ahli iKON: ⇨ Kim Hanbin ⇨ Kim Jinhwan ⇨ Koo Junhoe ⇨ Kim Jiwon (Bobby) ⇨ Song Yunheong ⇨ Jung Chanwoo || 아이콘 ||