🌸 Hanbin [2] | The Old You

308 19 17
                                    

Request by Taeniekim_

***
Erfieyy memandang setiap sudut di dalam biliknya dengan Hanbin. Terlalu banyak kenangan manis yang mereka kongsi bersama. Namun semua itu hanyalah memori yang akan dia simpan di dalam ingatannya.

Erfieyy paksa dirinya untuk senyum. Keputusan sudah dibuat. Dia tidak mahu berpatah balik. Diletakkan sekeping kertas di atas meja solek, berharap yang Hanbin akan perasan. Setelah itu, Erfieyy pergi membawa dirinya di mana tiada sesiapa pun yang tahu tempatnya, termasuk Hanbin.

***
"Kenapa hyung buat noona macam tu?" soal Chanwoo berani kepada Hanbin. Kini mereka sedang makan di bilik latihan. Semua member iKON yang lain sudah ada, dan Hayi pula sudah pergi.

Hanbin melepaskan keluhan kasar. Pertanyaan Chanwoo tidak dijawab, dibiarkan sepi sahaja. Hatinya tawar untuk memikirkan tentang isterinya yang pasti kecewa dengan apa yang terjadi.

"Aku tahu kau stress dengan kerja kau. Tapi kau tak patut lepaskan tekanan kau pada Erfieyy. Dia tak bersalah." nasihat Jinhwan pula. Dia tahu kejadian yang berlaku tadi pun daripada mulut Chanwoo. Kecoh sahaja Chanwoo bercerita kepada mereka, sebabnya, dia kesiankan Erfieyy.

"Hyung, aku tak bermaksud pun tak nak marah dia. Aku cuma.." Hanbin tidak dapat menyambung kata-katanya. Fikirannya amat berserabut. "Dia tu tak faham ke aku ni tengah stress sebab kerja?" marah Hanbin tiba-tiba membuatkan semua terkejut. Namun Jinhwan tetap tenang.

"Hyung tahu kau stress. Tapi kau kena faham niat dia datang tadi tu baik." ujar Jinhwan lalu terus mendiamkan diri, memberikan masa untuk Hanbin berfikir.

***
Hanbin melangkah masuk ke dalam rumah. Sunyi dan gelap. Langkah diatur menuju ke dapur, mencari kelibat Erfieyy namun dia tiada di dapur.

"Jagiyaaa." panggil Hanbin sambil menaiki tangga. Pintu bilik dibuka, tetapi Erfieyy tiada di dalam. Hanbin mula risau. "Erfieyy! Awak kat mana?" panggil Hanbin lagi. Dia cuba mencari di bilik air tetapi kosong. Hanbin mengeluh. Hari sudah lewat malam, dan Erfieyy tiada di rumah. Di mana dia?

Tiba-tiba mata Hanbin menangkap sekeping kertas di atas meja solek. Laju tangannya mencapai kertas tersebut. Tidak dapat dikawal debaran di dada apabila melihat tulisan tangan Erfieyy.

Surat buat Hanbin, suami saya yamg paling saya sayang dan hormat. Pertama sekali, saya nak minta maaf. Saya tahu awak tertekan dengan kerja awak dan saya pula menambahkan beban. Saya tak bermaksud nak rosakkan kertas kerja awak. Saya pergi sebab saya tak sanggup lagi tinggal dengan Hanbin yang dingin. Awak bukan macam dulu. Awak dah lain. Lain sangat dan perkara tu buat saya kecewa. Jangan risau pasal saya, saya akan jaga diri saya. Dan saya harap dengan ketiadaan saya, awak akan lebih bahagia.

Love, Erfieyy

Hanbin melipat semua kertas tersebut dengan hatinya yang benar-benar remuk. Erfieyy sudah pergi meninggalkannya. Air mata yang ditahan dari tadi akhirnya jatuh berjuraian di pipi Hanbin. Susah untuknya menerima kenyataan yang Erfieyy pergi dari hidupnya.

Hanbin terduduk di atas lantak sambil memegang erat surat tersebut. Dia meraung-raung nama Erfieyy berharap agar dia akan kembali semula. Namun semua itu hanyalah harapan yang tidak akan terjadi.

Seminggu kemudian

Donghyuk menyiku Junhoe di sebelahnya. Dia memuncungkan mulut ke arah Hanbin yang sedang duduk termenung. Wajahnya amat muram. Tidak seperti sebelum ini.

[HIATUS] Imagines + iKON Where stories live. Discover now