🌸 Junhoe | Just My Toy

273 17 2
                                    

Request by ParkLyna

***
Dengar sahaja loceng sekolah berbunyi, Yeri terus melangkah ke arah kantin. Tidak sabar rasanya hendak mengisi perut yang sudah membuat konsert sampai dia sendiri tidak dapat nak fokus dalam kelas.

"Yah! Tunggu lah aku. Ni tak, fikir makanan je, terus lupa kawan." bebel Chanwoo sambil mengejar Yeri yang sudah berada jauh di hadapan. Yeri ketawa kuat melihat Chanwoo yang sudah semput mengejar. Lantas tangan Chanwoi ditarik agar dia turut sama berjalan seiring dengannya.

"Cepatlah! Aku lapar ni." dengan gaya manja Yeri berkata. Chanwoo tersenyum melihat telatah Yeri yang seperti keanak-anakan.

"Okey okeyy. Jom jom." balas Chanwoo sambil menggelengkan kepala. Haish, memang sebijik perangai macam manusia yang tak makan sebulan.

***
"Dia tengok aku lahhh. Macam mana ni? Comot tak mulut aku?" kalut Yeri bertanya apabila tadi secara tidak sengaja dia bertemu mata dengan Junhoe, lelaki yang diminatinya.

Chanwoo menggulingkan biji matanya ke atas. "Kau ni perasan sangat lah. Tadi dia pun buat eyes contact dengan aku. Takde pulak aku kalut macam kau." marah Chanwoo sambil menghulurkan tisu kepada Yeri. Yeri tersengih mendengar bebelan Chanwoo.

"Kau tak faham perasaan aku bila ter eyes contact dengan crush." ujar Yeri sambil menyumbat makanan ke dalam mulutnya.

"Apa pulak tak faham? Setiap hari aku buat eyes contact dengan crush aku. Boleh je aku control." beritahu Chanwoo selamba. Dia mengerling Yeri yang sudah pun ternganga. Kemudian tiba-tiba, bahunya ditampar Yeri.

"Yahh! Wae?!" marah Chanwoo. Matanya yang sudah sedia bulat, dibulatkan lagi. Matanya mencerlung memandang Yeri yang masih lagi dengan muka kosong dia tu.

"Sejak bila kau ada crush ni? Kenapa aku tak tahu? Kau dah tak nak kongsi rahsia dengan aku ye? Macam ni kawan?" bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Yeri sehinggakan, Chanwoo terpaksa memberhentikan Yeri dengan menyumbat lebih banyak makanan ke dalam mulutnya.

"Satu satu, okey? Aku bukannya taknak bagitahu kau. Tapi tengah tunggu masa." jawab Chanwoo.

"Siapa crush kau?" tanya Yeri ingin tahu. Segera dia mendekatkan dirinya dengan Chanwoo. Tapi Chanwoo pula sengaja menjauhkan dirinya dari Yeri.

"Sabarlah. Nanti aku bagitahu. Dahlah, aku pergi dulu. Jumpa balik sekolah nanti." balas Chanwoo lalu terus bangun meninggalkan Yeri yang masih ternanti-nanti jawapannya.

Yeri mencebikkan mulutnya. Tapi seketika kemudian, ingatannya terus kembali ke makanan. Terus dia melupakan perihal crush Chanwoo tadi.

***
Yeri memasukkan buku-bukunya ke dalam beg. Setelah siap, segera dia berdiri. Tiba-tiba ada seseorang mencuit bahu Yeri. Tanpa membuang masa, Yeri memusingkan tubuhnya. Serta merta matanya membuntang, tetapi masih dapat dikawal.

"Saya nak cakap dengan awak kejap, boleh?" tanya Junhoe dengan senyuman manis di bibirnya. Memang senyunan tu boleh buat Yeri angau.

Yeri tidak dapat mengawal jantungnya yang memang sedang berdegup kencang. "Nak cakap dengan saya? Tentang apa ye?" balas Yeri. Tidak dapat dia sembunyikan senyumannya.

[HIATUS] Imagines + iKON Where stories live. Discover now