🌸 Donghyuk | Just One

273 15 2
                                    

Request by songminho3003

Cast Comeo; Exo Oh Sehun

***
"Bila awak nak putus dengan Donghyuk tu? Dah berapa saya tunggu awak. Awak pun dah setuju kan nak kawin dengan saya? Perkahwinan kita lagi 2 hari." soal Sehun dari corong telefon.

Hani memicit kepalanya. Sekali sekala, dia mengerling ke arah Donghyuk yang sedang menunggunya di dalam restoran.

"Awak sabar lah. Ingat senang ke saya nak minta putus dengan dia? Tolonglah faham sikit." bentak Hani. Dia memperbetulkan rambutnya yang menutup matanya.

"Okey okey. Saya minta maaf. Saya tunggu awak ye? Bye jagiyaa." pujuk Sehun sekali gus mematikan panggilan.

***
"Awak cakap dengan siapa tadi? Macam serius je bika saya tengok muka awak." soal Donghyuk setelah Hani melabuhkan duduk di sisinya. Tangannya Hani dicapai lalu dipegang erat.

Hani tersenyum manis seraya melentokkan kepalanya pada bahu Donghyuk. "Tak ada apa lah. Em jom lah order. Saya lapar ni." kata Hani dengan manja. Donghyuk ketawa kecil lalu hidung Hani dicuit.

"Aigooo, lapar ye? Okey jom kita makan." balas Donghyuk gembira.

Dalam diam, Hani berusaha untuk mengawal riak wajahnya yang semakin resah. Bagaimana dia mahu putuskan hubungannya dengan Donghyuk sedangkan mereka sudah bersama sejak mereka sekolah menengah lagi. Namun, munculnya Sehun menyebabkan hati dan perasaannya kian berubah.

Perlahan-lahan dirinya semakin tertarik dengan Sehun. Dan disebabkan Hani tidak dapat mengawal perasaan membuatkan dia kini keliru. Keliru untuk memilih Sehun atau Donghyuk.

***
"Hmm, nanti saya nak bawak awak jumpa family saya. Agak-agak bila awak free?" soal Donghyuk dengan matanya yang masih fokus pada jalan raya. Tangannya kejap memegang stereng kereta.

Hani terkejut mendengar soalan itu namun dia masih dapat mengawal riak wajahnya. "Erm, entahlah. Nantilah saya bagitahu awak." jawab Hani sedangkan dia tahu perkara itu tidak akan berlaku.

Donghyuk memberhentikan kereta di hadapan rumah Hani. Dia menarik Hani dekat dengannya lantas pipi Hani dikucup lembut. "Jaljayeo." bisik Donghyuk sambil tersenyum.

Hani tersenyum nipis. Dia terus melangkah keluar dari kereta dengan dikira yang berserabut. Bagaimana dia mahu berterus terang?

***
[Hani POV]

Aku mencapai telefon bimbit aku. Belum sempat aku mendail nombor seseorang yang berada di minda aku, orang itu terlebih dahulu menghubungi aku.

"Eo Donghyuk-aa?" aku menegurnya dahulu. Aku sudah bertekad. Malam ini juga, aku akan putuskan hubungan aku dengannya demi Sehun.

"Awak dah tidur ke? Saya menggangu?" soal Donghyuk prihatin.

Aku rasa terharu mendengar soalan darinya. Nampak benar yang dia betul-betul ambil berat tentang aku. Keluhan berat terlepas dari bibirku.

"Kenapa ni? Awak ada masalah?" tanya Donghyuk lagi. Mungkin dia terdengar aku mengeluh barangkali.

"Donghyuk, saya.. Saya nak putuskan hubungan kita." kataku dengan hati yang berat. Bibir aku ketap untuk menahan yang hampir mengalir.

[HIATUS] Imagines + iKON Where stories live. Discover now