Chap 1 : Pergi 😖

15.7K 377 25
                                    

6 Julai 201_

" Ohoho balik kampung, ohoho balik kampung hati girang!!! Yeay.. Balik kampung, raya raya!!!" jerit Hyfa sambil menyanyi di dalam kereta.

Sudah terbayang kampung yang jauh nun di Kelantan sana. Tak sabar nak jumpa big family, main fireworks pastu makan biskut raya.

Hyfa happy sangat dengan adik-adik dia sampai bergoyang kereta dibuatnya.

" Ya Allah, Faryn Haifa Maisarah!! Jangan nak ber'galok' sangat boleh tak???" tanya Puan Maizah,umi kepada Hyfa.

Sedikit sebanyak ada jugak terkeluar loghat kelate umi nie.

" Alah, biarlah umi.. Ni kan dah nak raya, kenalah happy happy!" seloroh Hyfa.

" Betul betul betul!!" k. ngah ,k. chik ngan wafii (adik- adik Hyfa) turut mencelah.

" Apa-apa jerlah, tapi ingat tahun depan dah PT3! Belajar tu kena leklok sikit! Kena dapat 8 A ke atas. Jangan nak baca novel dalam phone tu banyak-banyak sangat, tak elok tau tak??" pesan umi kepada Hyfa.

Hyfa hanya mengangguk macam belatuk. Mengiyakan jer kata-kata umi dia sorang.

" Dengar tak apa umi cakap tadi!?" mata Puan Maizah mencerlung memandang Hyfa tajam.

" Yer.. Hyfa dengarlah umi." balas Hyfa.

Hyfa bukannya tak nak dengar uminya membebel atau bagi nasihat, takut dia terleleh kat situ sebab sebak sangat.

" Weh, jom wefie sesama." ajak Hyfa kepada adik-adiknya.

" Jom!!" adik-adik Hyfa menyambut dengan gembira.

Pelbagai posing yang diambil ; duckface, wink dan macam -macam lagi. Ada jugak buat muka acah-acah hipster gitu.

"Kakak..." Panggil abah lembut.

" Ya abah, kenapa??" tanya Hyfa dengan muka blur nya.

" Nanti kakak belajar tu biar leklok tau. Tahun depan kakak dah jadi PT3 candidate. Kakak kena belajar sampai dapat U yang bagus-bagus lepastu dapat kerja yang elok.

Jangan jadi gadis sosial. Budak zaman sekarang ni makin pelik. Jadi manusia yang berguna untuk orang lain. Abah bukannya selalu ada nak tengokkan Hyfa. Hyfa faham??" pesan abah dengan riak wajah yang tenang.

Hyfa mengangguk sambil mengemam mulutnya. Sebak Hyfa dibuatnya.Dahlah Hyfa nie jenis mudah tersentuh, tambahan lagi kalau parents dah bukak mulut.

" Insyaallah abah" balas Hyfa.

Backpack Body Glove kesayangannya ditarik dan buku revision science dikeluarkan.

Sentap doe lepas kena tegur dengan umi dan abah tadi.Disebalik teguran mereka Hyfa tahu bahawa terselit sikit kasih sayang daripada orang yang telah membesarkannya dari kecik sampai sekarang.

Hyfa jujur yang dia ni sememangnya suka sangat baca wattpad sampai tak ingat dunia. Sedang Hyfa termenung,tiba-tiba bahunya dicuit perlahan.

" Ishh?!? Pahal?" tanya Hyfa berang.

Kacau betul aku tengah bermuhasabah sekali dengan readers ni... ye idok?

" Kakak.. Tengoklah sini." panggil K.Chik.

Hyfa berpaling dan senyuman lebar mula terukir di bibir mungil gadis itu.

Adik- adiknya membuat simbol I ❤ U dengan menggunakan tangan mereka.

" Love you all too." balas Hyfa.

Entahlah,tapi rasa bahagia sangat sekarang nie.

" Kakak kena ingat Allah selalu,walaupun kakak ditimpa ujian seberat mana pun.

Solat jangan pernah tinggal , pastu selalu doakan umi ngan abah. Ingat!! Tu pesan umi untu anak-anak umi." pesan umi terus menerus.

Sayup-sayup kengaran pesanan umi,mana taknya kalau sebelah telinga dah disumbatkan earphone.

Tapi kata-kata umi tetap menusuk ke tangkai hati milik Hyfa.




Sejam kemudian, keretanya mula sunyi. Semua adik-adik Hyfa sudah jauh melayang ke alam mimpi.

Hyfa juga hampir terlelap tetapi jumlah cahaya yang banyak menyapa bola mata Hyfa mengakibatkan dia segar semula.

'PIN!!PIN!!' bunyi hon kuat menyapa gegendang telunga Hyfa.

" Allahuakbar!!" jerit umi dan abah.

'BUM!!!'

Dan Hyfa merasakan dunia bagai berpusing-pusing.
Setelah pusingan itu terhenti, hyfa membuka mata.

Semuanya terbalik dan muka seluruh ahli keluarganya penuh dengan darah dan calar-balar.

" Umi... Umi... Bangun umi, tolong jangan tinggalkan Hyfa umi. Please, bangun umi." rayu Hyfa dengan esakan.

Perlahan-lahan mata Puan Maizah terbuka. Senyuman cuba untuk diukur buat anak gadisnya.

" Hyfa kena sabar ya sayang?? Redha dengan pemergian kami semua ,ya? Ingat pesan umi selalu ingat Allah walau apa pun yang terjadi.

Dan... Umi nak Hyfa tahu...yang kami semua sa..sayangkan Hyfa sangat.Allahurabbi." dan mata Puan Maizah sudah tertutup.

" Umi!!!! Tolong jangan tinggalkan Hyfa. Umi bangunlah...jangan tinggal kan Hyfa" rayu Hyfa lagi dengan air mata yang sudah membanjiri pipi.

Dan akhirnya semua menjadi gelap.


Permulaan yang agak slow. Abaikan typo. Btw, votelah untuk tambahkan semangat nak update lagi,ceh!! and doakan for my PT3 exam. Sorry kalau memboringkan.Bye!!

Faryn Hyfa (ON HOLD)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang