Hi.
So lets talk about sad things.
Kadang-kadang, aku terfikir sendiri. I, myself selalu je terlepas cakap kat kat my own mother. Kadang-kadang tertengking, kadang-kadang terperli, kadang-kadang termenjawab.
Sampai aku rasa,
Serina, kadang-kadang kau dah jadi selalu. Its not kadang-kadang anymore.Dan selalunya dia akan… Diam.
Aku tahu dia terasa.
Tapi hati ibu itu diam.
Aku lupa dia juga perempuan, ayat tajam atau menyakitkan hati pasti dia tersinggung.
Dan yang paling aku lupa, dia itu IBU.
Dan aku, bukan individu yang selalu mintak maaf lepas buat salah pada ibu. Bukan individu yang selalu peluk cium ibu. Bukan macam korang.
Dan aku sedar, kadang-kadang (mungkin most of the time) bila ibu mintak tolong, mesti rasa malas. Mesti rasa huh malas malas malas. Dan bila ibu bebel pasti aku pekakkan sahaja telinga. Pasti aku bersuara kembali menyuruh dia dalam bahasa halusnya senyap. Evntho aku speak indirectly dengan dia, aku tetap rasa...
Serina, ibu terasa.
On that time jugak aku sedar. Selalunya lepas tu aku diam. Dan menangis. Fikir kenapa aku sanggup cakap dengan ibu sebegitu.
Aku lupa agaknya tangan itu yang besarkan aku.
Dan bila ibu terpaksa layan rajuk aku, bila aku rasa ibu ni takfaham-faham apa yang aku minta, apa yang aku rasa, aku terus terlupa betapa lelahnya ibu saat itu terpaksa layan kehendak aku. Rajuk aku.
Dan saat selepas itu, seperti biasa aku tersedar atas kelakuan buruk aku.
Dan sekali lagi ego selamatkan aku daripada meminta maaf dari ibu.
Tapi Ibu seperti biasa, tidak sampai setengah jam, semuanya kelihatan biasa. Ibu taklagi kelihatan sedih. Ibu sudah boleh dibawa gurau. Jadi tidak perlu mintak maaf.
Sampai aku lupa, ibu mesti makan hati.
Wanita itu terlalu kuat pada aku. Melayan kerenah degil besar kepala anak-anaknya yang berbeza, setiap seorang aku dapat rasakan makan hatinya perlahan-lahan.
Dan aku masih ingat saat ibu betul betul marahkan aku, aku rela sahaja dipukulnya.
Kerana aku tahu, tangan itu juga yang akan sapukan luka itu. Kerana aku tahu, suara herdik jerkah kemarahan itu akan bertukar lembut selepas itu, bertanya tentang sakit yang aku rasa.
Ibu tetap ibu, aku tahu dia sayang anaknya, cuma mungkin bukan melalui kata-kata.
Mungkin lelah dengan perangai anak-anaknya.
Kerana itu aku rasa, ibu selalu ucap kata sayangnya untuk kucing di rumah. Sekumpulan kucing jalanan yang datang ke rumah untuk makan dan beranak. Ibu sayangkan kucingnya. Mungkin kucingnya mendengar kata. Takseperti anaknya.
Aku ingat, wanita itu aku cuma peluk atau cium hanya pada saat perpisahan. Saat dia menghantar aku untuk pulang ke kolej dan saat aku bakal menghadapi ujian.
Hanya saat itu.
Bila jauh, aku sedar jarang sekali aku call Ibu. Aku bukan jugak sejenis individu yang aku akan bagitahu ibu masalah aku.
Aku takut hati tua itu risau. Hati tua itu runsing fikirkan aku. Dia selalu sahaja begitu.
Aku juga bukan sejenis manusia yang akan call ibu untuk berborak kosong. Cerita apa yang jadi di sini bila ibu di sana.
Aku jenis manusia yang akan mencari ibu bila mahu menangis. Hanya akan cari ibu bila rasa beban tekanan yang aku tanggung dah terlebih dari sepatutnya.
Macam dulu time asrama kan, Ma?
Panik sahaja ibu datang bila cikgu khabarkan aku mungkin sudah terlebih kemurungan. Bila aku selalu menangis dalam kelas tanpa sedar. Bila aku selalu sahaja sedih tiba-tiba. Bila aku kosong.
Ibu sanggup datang. Bila aku sendiri lama tidak pulak.
Dan ayat yang ibu selalu ulang sehingga sekarang,
"Sejak bila kau kisah dengan dunia luar."
Sedangkan aku sendiri taktahu apa yang berlaku pada aku. Masih lagi mencari. Nampaknya ibu tahu dahulu.
Dan masih lagi aku ingat, bagaimana ibu taktahu menangis bila aku menangis padanya. Aku ingat aku menangis aku kata aku penat. Dan ibu hanya tahan air mata pujuk aku.
"Setahun je lagi."
Dan akhirnya aku tipu.
"Orangkan kuat."
Aku tahu bila lama takcall dia risau. Aku tahu dia rindu, bila aku lama takbalik, pasti dia bertanya bila agaknya nak balik. Aku tahu rindu dia takkan ucap.
Anaknya juga begitu kan?
Dan benda wajib yang akan dia buat ialah masakkan apa yang dia dengar aku terasa nak makan. Walaupun aku takpernah cakap terus dengan dia. Dan walaupun dia jarang masak, untuk anak dia yang sorang ni. Dia pasti masak.
Entahlah, aku terfikir juga. Dengan cara aku layan ibu layak ke aku iring ibu ke syurga nanti?
Layak ke aku agaknya?
YOU ARE READING
Typical | ✓
Nezařaditelné"Aku nak yang kaya!" "Ewwww. Tengok lelaki tu. Pengotornyaaaa..." "Relationship goal" "Macam mana nak makan banyak tapi takgemuk?" Pada aku, makhluk nama perempuan ni sangat tipikal. Macam aku. Ni cerita aku sebagai seorang perempuan yang cantik (ec...