#3

45 3 0
                                    

Kembali ke realiti. Aku sedang terbaring di katil hostel. Rakan bilik aku, Sofia masih belum kelihatan. Mungkin masih di bawah atau berjumpa dengan boyfriend dia kat blok sebelah. Er, haah dia lesbian. Tapi, aku masih suci. Dia kata dia takda selera kat aku. Mungkin sebab dia yang perempuan tu kot? Entah. Mula-mula aku cuak jugak bila tahu dia homoseksual tapi bila dia kata dia dah ada 'boyfriend' lega lah sikit hati ni. Lagi pun aku kan jenis girly jugak, bukan kasar-kasar macam boyfriend dia tu.

Oh, biar aku cerita sikitlah pasal roomate aku ni. Pernah la dulu aku tanya dia kenapa pilih untuk suka perempuan daripada lelaki. Sebab ramai je budak kelas aku minat Sofia ni. Dia pun buka cerita. Time tu kita orang tengah layan drama korea. Apa tah nama dia DOTS je aku ingat. Itu pun Sofia yang bukak. Aku ikut jelah layan. Nangis jugak la part akhir tu. Okay back to topic, Sofia kata dia jadi macam ni sebab sorang lelaki. Well typical answer right? Tapi, lelaki yang jadi punca ni ayah dia sendiri. Ayah dia pernah nak try cabul dia masa arwah mak dia sakit tenat dulu. Aku pun sedih dengar. So, lepas dengar penjelasan dia aku fahamlah kenapa dia memang susah nak percaya lelaki. Kebetulan masa kami junior, boyfriend Sofia ni memang caring gila. Nama dia Izyan. Orang dok panggil Iz je. Iz ni atas umur kami. Selalu jugak tunggu Sofia habis kelas untuk balik sama-sama. Study pun sama-sama. Pandai pulak tu. Aku selalu jugak join sekaki kalau nak pergi study. Sebab Iz tu memang genius gila kot. Nak je kongsi otak. Tapi ikut apa yang si roomate aku ni cite, dia tak pernah la buat benda-benda terkutuk. Cuma dia menganggap Izyan tu boyfriend dia je. Tempat luah masalah, tempat mengada-ngada, teman shopping, partner raya and so-on.

Lama jugak aku tunggu kelibat si Sofia ni tapi tak muncul-muncul lagi. Sempat jugak lah kemas loker, sapu sampah, kemas meja study tapi dia masih tak munculkan diri.

Aku menggapai telefon bimbit yang telah dicas penuh. Ada satu mesej daripada Sofia.

'Aku tak balik harini. Adik aku masuk hospital. Tolong bagitau prof aku sumbit kerja thru email! Thanks❤'

Aku terdiam. Macam terkaku pun ada jugak. Banyak betul dugaan dalam hidup Sofia ni. Lepas kematian ibu, ayah dia buat hal. Sekarang ditahan di penjara kerana kes dadah. Ada adik seorang, Afiq nama dia kot. Kalau tak silap aku.

Kalau nak dibandingkan dengan keluarga aku, ia lebih sempurna berbanding Sofia.

I will. Take care of yourself. Dont forget to eat okay! Apa-apa hal ws.

Selesai membalas mesej, aku meletakan telefon lalu mengambil tuala. Nak mandi awal sikit. Kalau ada Sofia boleh la jadi peneman pergi toilet malam malam. Tapi ini kalau dah aku sorang sorang memang taklah aku nak keluar bilik dah.

FINALWhere stories live. Discover now