Cuti semester yang hanya berbaki 2 hari ini dimanfaatkan oleh aku untuk pergi memanjat Bukit Broga bersama Irfan dan dua orang adik kembarku, Nabila dan Najiha. Sebenarnya aku tak nak bawa mereka berdua tapi nanti siapa yang tolong tangkapkan gambar? Kalau nak diharapkan Irfan memang dia suka tangkap gambar bayang jelah. Katanya bayang-bayang itu istimewa sebab hanya orang tertentu je faham maksud disebalik sebuah gambar. Ye. Irfan memang menggelikan dengan ayat-ayat tak berapa manis dia tu.
"Abang ifan pun dah nak habis cuti ke?" soal Najiha. Dia memang rapat dengan Irfan sebab mereka ada minatnya yang sama dalam bidang photography dan editing.
"Haah. Cuti Abang tinggal lebih kurang 4 hari je tapi kena balik Melaka siapkan projek so I only have 2 days only" jelasnya.
"Fan nanti aku ada dinner"
"So?"
Aku mencebik. Tak faham faham ke dia ni....
"Sooo, kakak nak ajak Abang Irfan teman dia lah tu. Biasalah kakak mana ada kawan lelaki lain" kata Nabila menjelaskan apa yang aku inginkan. Walaupun agak memalukan tapi at least dia yang cakap bagi pihak aku.
Irfan hanya tersenyum sendiri.
"I will confrim it later okay? Takyah nak buat muka sangat. Kakak korang ni mengada lah bila nak akhir-akhir cuti ni"
Nabila dan Najiha ketawa. Aku hanya mampu menahan malu. Damn it.
Selepas sejam lebih perjalanan, kini kami tiba di kawasan Bukit Broga. Aku membetulkan tali kasut sebelum memulakan perjalanan.
Semasa mendaki gunung, Irfan banyak berbual dengan adik-adik ku berbanding aku. Aduh rasa macam menyesal cakap pasal dinner. Sekarang aku sendiri yang malu.
Kami tiba di puncak gunung Broga. Pemandangan di atas puncak itu sungguh mendamaikan. Aku memanjat sebuah batu besar dan duduk di atasnya sambil memandang ke pemandangnya yang sangat indah.
"Woi. Mengelamun apa" tegur Irfan.
Tak sedar pulak aku bila mamat ni naik.
"Mana ada"
"Kau merajuk ke pasal dalam kereta tadi tu?"
"Taklah. Kau kan jawab so je"
Irfan ketawa.
"Haah memang jawab so je"
Aku memandang ke arah Irfan.
"Eh eh jangan lah serious sangat"ujar Irfan.
"Okay okay macam ni, aku boleh pergi dinner tu tapi..... no sexy outfit?"pinta Irfan.
Aku terkejut. Pahal dengan mamat ni tiba tiba jadi baik ke apa...
"Heyy.. okay tak? Aku teman kau tapi..."
Kata-kata Irfan terputus disebabkan ada panggilan masuk dari telefonnya.
Irfan menjawab panggilan itu. Berbual mesra. Entah siapa aku tak tahu pulak sebab tak sempat tengok nama yang tertera.
Otak aku masih ligat memikirkan kenapa tiba tiba je Irfan cakap pasal outfit aku. Ah dinner takkan nak pakai baju kurung. Bukan dinner biasa biasa. Ish dia ni. Rungut aku di dalam hati.
YOU ARE READING
FINAL
Teen FictionKata mereka memori itu sesuatu yang tidak boleh digantikan dengan yang lain.Kata mereka juga, kita boleh memilih sama ada untuk menyimpan memori atau biarkan luput dek ingatan. Aku pilih untuk menyimpan kerana bagi aku itu adalah kenangan. Terima ka...